Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

28 February 2011

My Lovely 3 Days With Them ♥

Hello semua. Hello. Hello? Bello? Tello? Hahahaha. Lama siot tak update blog. Sheeww habuk! Semalam aku baru balik lepas g kursus 3 hari tu. Aku cakap dekat Cyberjaya eh? Takpon. Haha aku kena tipu douh dengan cikgu. Hahahawtf. Kursus tu dekat SMK Nyalas jeh. 25KM from my school. Hehe dekat jeh setan. Okay aku nak story sikit pasal 3 hari tu.

DAY 1 (25/2/11)

Ouh no aku bagun pagi excited gila wei nak pegi Cyberjaya tuuuuu. Kau ade? Then sampai sekolah belajar kejap then bertolak lah. Rupa-rupanya pegi SMK Nyalas jeh kot. Bukan Cyberjaya. Mula-mula aku tahu yang aku kena tipu. Aku rasa nak balik tau tak. Macam neraka dekat sane! Masa kat dewan tu aku fikir nak balik, balik and bantal bucuk, Hahaha. Aku rasa macam tak sanggup nak dekat situ selama 3 hari. Its gonna be my worst nightmare. Hooo~

Lepas penerangan sikit, bagi-bagi kumpulan. Paling siot kena pisah dengan sekolah aku. Campur sekolah lain. Macam nak mati tau tak masa tu takde geng. Semua sekolah lain. Dah bagi-bagi tu aku group 4. Amar group 7. Kay Hell eh pisah. Aku duduk senyap jeh. First sampai dekat group aku tu, Yeah aku tengok muka ahli dulu. Hahaha gooooood semua muka baik gila. Lega sikit ah kan masa tu. Kitorang dapat Faci akak Ida dengan abang Aawad. Best kot. 10 orang setiap kumpulan. Ada 10 kumpulan. Pastu pemilihan ketua group. Aku lah jadi ketua diorang lantik. Nak ingat nama koaen susah lagi. Then kena buat logo, cheers and motto group. Know what my lakaran dipilih :p Then buat ah macam mane aku lakar tu. Bukan aku sorang buat. SEMUA buat. Yeah best gila. Then tak sempat latih cheers. Memang tak ah kan. Haha. Then persembahkan lah logo tu. Then explain lah ape kejadah semua. Aku yang explain semua. Ketua kan. Cheers failed kot. Kelakar gila wei masa tu. Meeheee.

Then malam tu ada kelas IT. Adobe Photoshop. Kay so bored masa tu dia ajar asas guna jeh. Aku dah tahu. Hehe. Patutnya tidur kol 12. Kitorang semua meroyan. Haha tidur kol 2:30 pagi main-main.

DAY 2 (26/2/11)

- Whoa who knows it is better than yesterday. Petang tu macam siot. Ingatkan nak kenakan abang-abang akak-akak Facilitators (Faci) Kitorang semua nyorokkan kasot dekat kawasan sekolah pastu suruh diorang carik ar sampai jumpa. Last-last kitorang kena ikat tangan 1 kumpulan tu. Then pegi lah cari kasot sorang-sorang dekat mana kita nyorokkan tadi. Ah gila taik tol. Paling susah sorang budak pompuan nie g nyorok kat kelapa sawit! Yang lagi sorang pompuan dekat tandas laki. Hahaha semua kena masuk tandas XD Then dah jumpa semua kumpol balik dekat dewan. Kena booo siot tertipu ngan diorang. Then pastu explorace yang best gila tapi memenatkan. We're the firts group arrived at the last check point, Well :-p

Malam tu penat gila. Sebab petang banyak aktiviti. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan mmg best gila ah. Happy jeh. Then malam tu macam biasa kelas IT. Adobe Photoshop lah. Buat poster. Best gila time tu. Hakhakhak. Then Latihan Dalam Kumpulan kat dewan. Menari nari semua. Joget chicken dance lah ape lah. Jadi budak-budak. SANGAT BEST XD

Then ada suprise dari akakakak and abangabang Faci. Jyeah ada aktiviti tambahan. Paling best sebab cerita tentang hidup kita. Mean kita share lah suka and duka hidup kita dalam group. Semua group jarak2. Nak lepak mana2 pon boleh. Kitorang dekat gelanggang sepak takraw. Masa tu pukul 1:30 pagi. Sepatutnya aktiviti habis 11:45. Then cerita lah. Dengar story orang lain pulak. Ade sedih gila sampai nangis. Actually aku tengok orang tu nangis aku pon nangis. Mengalir air mata. Sedih sangat. Gelapkan masa tu. So no one know. Pheeew selamat tak kantoi. Hahahawtf aku dah bagi tau semua orang. Then blablabla dah kol 4 pagi. Balik asrama teros tidur. Bangun kol 6 pagi. Kay 2 jam jeh tidur. Bangun pagi memang ngantuk ah. Tapi best malam tadi :)

DAY 3 (27/2/11)


Do you believe in magic? YEAH I DO. Know what, today is the last day. Nak balik dah. Aku dah seronok ada kat sini :'(
Mulakan hari itu dengan mata mengantuk. Then siap-siap gerak g MMU@Melaka Perdana. Sampai sane dapat t-shirt. Black colour I looooike. Then ada ucapan dekat dewan besar tu. Best gila tempat dia. Orang sapu sampah pon guna mesin. Maklum ah teknologi kan. Hahaha. Then kat sana jumpa sekolah sekolah lain lagi 1 melaka gabung ah. Memang ramai tak payah cakap ah. Then majlis bersurai tu. Sedih kot semua nak ber[isah. Perempuan memang ramai nangis. Aku? Aku? Aku? Hahahahaha tak nagis. Sedih jeh. Memang sedih sangat nak berpisah, belum puas lagi nak kawan ngan kawan baru. Kay amek gambar semua. Mintak facebook semua. No telepon semua. Then balik ah semua muram jeh. Haish kejap jeh.

Masa mula-mula sampai aku rasa nak balik jeh. Bila dah best, tak nak balik pon ade.

To my group: Arif, Rosli, Ikhwan, Atul, Amira, Pika, Liha, Athirah and Ain I will never forgetyou all. Hehe sweet memories

p/s: solat sempurna di sana :)

Much Love,
Akbar Azman

14 February 2011

Kita Sayang Dia, Dia Sayang Kita Ke?

Hello manusia sekalian alam :) Actually post nie bukan lah sambungan post yang nie --> Bila Hati Dah Sayang seperti mana yang aku cakap dulu. Muahaha. Sorry for the wrong info. Appologise is accepted :P Kali nie aku nak cerita pasal diri kita yang tak dihargai pulak. Dulu kita yang tak hargai orang, sekarang... Deal!

Korang ada minat dekat someone tak? Ada tak? Ada? Huh? Ada? Eleh tak nak ngaku pulak. Aku ada. Haks tui. Alah kalau aku dulu ada lah, sekarang mana ada. Hehehe. Okay, korang mesti ada kan? Pergh kalau dah minat dekat someone kepala hotak asyik nak fikir dia jeh kan. Asyik ingat dia. Sikit-sikit dia, banyak-banyak dia. Dia dia dia dia.

Kalau orang yang korang minat tu budak sekolah korang sendiri, whoa semangat bangun pagi nak jumpa dia kannn. Macam mana pulak kalau orang yang korang suka tu kawan korang sendiri! Of course lah kita takut nak bagi tahu dia yang kita suka dia. Gila? Dah lama kawan tiba-tiba beralih arah, dah jatuh hati? Dan dah tentu jugak korang takut nak luah kan perasaan tu dekat si dia. Mana tahu takut-takut si dia tak suka kita, terus dia tak nak kawan kita lagi :(

Aku ada 1 kes dekat sekolah. Baru tahun lepas, dah baik, tiba-tiba yang si bunga pergi luahkan perasaan dia yang sebenar kepada si kumbang. LOL kan dah bergaduh. Rupa-rupanya si kumbang lebih suka berkawan daripada bercinta. Bengong, see? Elok-elok baik, kamceng gila babeng, now langsong dah tak bertegur. Tapi macam mana pulak dengan cakap orang, "belum cuba, belum tahu, dah cuba baru tahu" Please, itu bukan senang, bukan hal main-main. Pepatah tu bukan untuk cinta monyet. Benda tu adalah untuk orang yang betul-betul ada perasaan sayang, yang mungkin dah saling kenal hati budi masing-masing.

Dalam satu situasi, korang dah bengang sangat dengan pujaan hati korang nie. Kita tunjuk, bagi hint kat dia yang kita suka dia, tak jugak dia faham. Buat bodoh jugak. Buat macam takde apa-apa yang berlaku. Padahal? Kita dah macam-macam buat untuk cari attention dia. Okay aku dah fedup. HAHA contoh, tu contoh lah. Korang mula lah tak nak layan dia macam mana korang selalu layan dia dekat sekolah/kelas or tandas(LOL). Kononnya korang harap dia akan tanya, "Eh kau/awak kenapa? Tak nak kawan dengan aku/saya lagi ke? Saya minta maaf ye kalau saya lukakan hati awak" HAHAHAHA lawak! Konon je kita harap macam tu. Realiti? Ampeh! Kita pon dia langsong tak pandang! Langsung dia tak perasan yang kita "merajuk" dengan dia. HAHA kesian korang, terbiar XD

Last-last, nak tak nak, tak kan kita nak dia cakap ayat macam tu, jangan mimpi lah kan. Kita jugak yang terpaksa buat-buat baik dengan dia baik. Kita pulak yang buat konon-kononnya takde apa-apa yang berlaku. Pergh berasap kot kalau dah jatuh hati dengan orang mcm nie. Tapi takpe, lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki. Haks tui. Lepas nie kalau dia cakap, kita pulak takyah layan. *Tunggu dia cakap dengan kita* 10 tahun kemudian lah jawabnya.

*Tukar mood serious. Jangan gelak. Mood jiwang on. Cet aku kata jangan gelak XD

Okay fine kalau dia tak pernah hargai apa yang kita buat untuk dia. Kita layan dia punya baik, jaga hati dan perasaan dia. Kalau boleh apa dia suka kita buat. Tapi langsung dia tak hargai kita. Hargai apa yang kita dah buat! Manusia jenis apa? Fikir dah bagus sangat? Rasa macam orang bodoh pulak terhegih-hegih dekat orang yang tak akan mungkin suka kita lebih dari kawan. Takpe, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Mungkin Allah tak bukak lagi hati dia untuk kita. Ada jodoh tak kan kemana.

Kalau kita terpaksa berpisah dengan dia. Tentu kita sedih. Dia? Tak payah cakap lah. Tau pon tak yang kita nak pegi jauh dari dia. Takpe. Ada rezeki boleh jumpa lagi. So bye pujaan hati aku. Selamat tinggal. Mungkin suatu hari nanti kau akan perasan aku yang aku takde dekat sisi kau lagi. Dan masa tu baru kau tercari-cari kemana perginya aku yang dulu selalu ada untuk kau. Itu lah yang dia salu buat dekat kita. Tinggalkan kita bila masa kita perlukan dia :') Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali pada kau, dan kita akan menjadi manusia yang boleh hargai sesama kita.

Ceeeewaaaahhhh XD Sekian. Kemerepekkan aku tamat.
Akbar Azman c(:

10 February 2011

Bila Hati Dah Sayang Sangat

Hai semua. How is everybody? Hari nie mood jiwang sikit daripada biasa. Wakakah. Woo woo jiwang beb, jiwang, tak boleh gelak XD Cewah Akbar! Okay today aku nak cerita sikit pasal hati, pasal apa yang aku rasa, alami selama nie. Mungkin ada antara korang yang akan faham apa yang aku nak sampaikan. Terima kasih kalau korang still membaca.

Berdasarkan tajuk, aku nak tanya, pernah tak korang rasa sayang dekat seseorang dengan tiba2? Or sayang dekat orang yang baru dalam sekeliling korang sebab dia baik dengan kita, dia bercakap dengan kita, peramah, always make you happy or something else? Mesti ada kan. Tak payah tipulah!

Mula-mula dulu kita anggap dia biasa je, tak lebih daripada seorang manusia yang telah ditakdirkan menjadi kawan kita. Tapi itu dulu, bila kita dah mula mengenali dia, bercakap dengan dia, dah kawan dengan dia, sedikit sebanyak rasa sayang sebagai kawan tu bertambah. Sebab? Pertama, dia baik gila dengan kita. Kedua, dia always support kita dari belakang. Dia jugak dengar masalah kita, gelak sama2. Macam-macam lagi. Kalau nak diingatkan balik lah, OMG sweet gila kan!

Tapi dulu dengan sekarang mana sama, dah berbeza. Apa yang berbeza? Berbeza dari soal hati dan perasaan kita terhadapt dia. Kita dah mula anggap dia sebahagian daripada hidup kita. Kita dah mula rasa dia penting dalam hidup kita. Dah mula anggap dia kawan baik kita, kawan gelak ketawa sedih bersama. Apa-apa yang kita nak buat, mesti dengan dia, mana-mana kita nak pegi, mesti nak dengan dia. Baik, baik jugak, kadang2 tu ada jugak kita rasa geram dengan dia, sakit hati. Manusia, memang tak pernah lepas dari buat silap.

Adat resam kehidupan berkawan, ada baik, ada gaduh. Kalau tak, takde kita jadi kawan baik. Masa kita gaduh dan baik jugak lah kita saling kenal antara satu sama lain. Kita lebih tau sikap sebenar perangai kawan kita tu. Cuba hidup kita nie happy je memanjang, best ke? Happy memang happy, tapi takde lah kita rasa hidup nie mencabar, penuh dengan dugaan dah cobaan. Aku rasa, dugaan dan cubaan nie lah yang membuatkan kita lebih matang dan kuat untuk hidup. Alah, kalau gaduh, mesti baik balik punyalah. Kata bestfriend.

Pepatah ada mengatakan, air kalau dicincang tak kan putus. Tak caya pegi cuba. Sedar tak sedar, lama-lama kita akan berbaik jugak dengan dia, eh dah berbaik pulak dah kan. Seperti yang aku cakapkan tadi, hidup nie ada suka dan duka. Pahit manis kehidupan. Contoh lah, tina-tiba kawan kita tu murong je, jauhkan diri dari kita, mesti kita dapat rasa kan sesuatu. Maybe dia ada masalah keluarga, sakit ke. Tertekan ke. Nak tak nak, kita akan rasa jugak tempias-tempias perasaan tu. Kawan yang bagus ialah kawan yang sedih bila kawan dia sedih, bahagia bila kawan dia bahagia. Wah kalau dia takde dalam satu jangka masa yang panjang, sure kita rindu gila bebeh T.T !

Paling aku tak suka, yang nie, bila kita dah sayang sangat dengan dia, sayang sangat2, dah anggap gila babeng punya bestfriend, or maybe more than that, or dah macam family kita sendiri. Tiba-tiba...dia pergi tinggalkan kita untuk selamanya. Dia pergi macam tu je tinggalkan kita keseorangan :( Masa tu lah, kita akan tersa sangat kesilapan yang kita buat dekat dia, cara layanan kita dekat dia, pernah ke kita bahagiakan dia selama nie? Pernah ke dia senang dengan kehadiran kita dalam hidup dia? Meskipon dia buat kita bahagia. Kalau kita sedar selama nie dia lah yang terbaik, mesti kita akan bahagiakan dia, layan dia dengan baik. Rencah hidup, manusia nie memang, even aku sendiri, bila orang tu ada depan mata, langsung tak nak hargai dia, tapi, kenapa? Kenapa bila dia dah takde, kita masih mencari dia?! Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan dia. Kita kena redha.

Last luahan hati aku, pandangan aku, please lah hormat-menghormati. Kau ada kelebihan dan kekurangan kau, aku ada kelebihan dan kekurangan aku. Kita tak pernah mintak semua kekurangan tu untuk kita. Yang penting kita baiki silap kita. Yelah bukan senangkan nak buat, aku sendiri macam tu. Manusia. Biasalah. Okay aku rasa cukup sampai sini. Benda nie takde kena mengena dengan sesiapa. Just luahan hati dan pendapat aku sendiri. Yang hayati, terima kasih banyak. Yang loya dan menyampah, justb wait for your turn to face all of that things. You will know what I'm saying just now. Maybe lepas nie, ada sambungan...Thanks sudi baca celoteh aku yang panjang nie. Terasa dihargai :)

Yang Ikhlas,
Akbar Azman