Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

24 August 2011

Penuh Kebencian

Assalamualaikum semua. Sorry sebab lama tak update blog. I'm not as busy as a student who will sit for SPM examinations. Poor me. I'm lazy and useless shit.

Macam biasa, aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi aku kena mula. Kalau tak, macam mana aku nak luahkan apa yang aku rasa? Ni blog, blog aku! Tempat luahan aku... kau takde hak nak berkata apa-apa kalau aku update macam-macam dekat sini. Kau takde hak. Aku sakit. Sakit hati. Hati yang sakit lebih menyakitkan berbanding luka secara fizikal. Kau tak tahu apa-apa... sebab kau tak rasa macam mana aku rasakan sekarang. Pernah rasa kehilangan seseorang yang kau sayang sangat? Pernah rasa macam mana bila takde orang ambil peduli pasal kau? Pernah rasa macam mana apabila dibenci oleh semua orang? Pernah rasa macam mana kau tak disayang? dan... pernah kau rasa yang diri kau ni tak penting bagi semua orang...?


Kita tak sedar yang diri kita ni, cara hidup kita ni berbeza dengan orang lain. Bukan semua orang suka dengan kita, suka dengan apa yang kita buat. Dan dengan sebab itu jugalah mereka, masing-masing ada alasan yang tersendiri kenapa mereka berbuat demikian. Benci mugkin? Jeles barangkali? Atau... mereka tak tahu apa yang mereka cuba lakukan. Mereka hanya mahukan apa? Yes, mereka hanya mahukan keseronokan. Tapi kenapa perlu dibencinya kita ni? Besar sangat ke mereka ni? Kalau besar mana pun dia, kau jangan lupa, Allah Maha Besar.

Kadang-kadang kita happy dan kadang-kadang kita sedih. Itu biasa, lumrah hidup seorang manusia. Tipulah kalau kau tak pernah sedih, tipulah kalau kau happy sepanjang masa. Gembira-gembira juga, pernah ke terfikir perasaan orang terhadap kita? Kita tak tahu apa-apa. Kita tak boleh baca hati dan perasaan orang. Kita tak tahu orang yang baik dengan kita tu sebenarnya tak suka kita, dah tak mustahil orang yang benci kita tu orang yang terlalu menyayangi kita. Subhanallah. Jiwa dan perasaan tak boleh dikotak-katikkan. Kita manusia. Ada hati dan perasaan.

Ada suatu masa nanti, masa yang kita rasa semua orang senang dengan kehadiran kita, suka dengan telatah kita. Tapi tak, kita salah, aku salah. Kenapa aku begitu bodoh kerana mudah untuk mempercayai orang yang tak sepatutnya aku percaya? Aku ingatkan semua orang sukakan aku sebab serasa aku, aku takde buat masalah dengan orang. So kenapa aku mesti fikir yang ada orang benci aku. Dan dengan itu, tekaan aku memang salah. Hinanya aku. Aku tak sedar, lain orang, lain cara dan lain orang mempunyai lain hati dah perasaan. Walau kita buat baik macam mana sekali pun, kalau orang dah tak suka tu, tak suka juga. Mungkin dia tak suka sebab kita ni bukan orang yang dia suka. Erti kata lain, cemburu? Aku tak tau. Aku kan hina. Time tu, bila seorang berani menyuarakan kebencian dia terhadap kita, seorang demi seorang akan berbuat demikian. Kenapa yang lain turut serta kalau sebelum ni tidak berkata apa-apa? Kenapa?!! Takut? Dengar ni, "takut kerana salah, berani kerana benar" Kalau kau benar benci aku dengan sebab yang kukuh, kau perlu menayatakannya. Kalau tidak, kau akan takut untuk menyatakan. See?

Mungkin, yang lain-lain tu cuma jeles dengan kita, jeles dengan apa yang kita ada. So, mereka lebih mendiamkan perasaan benci tu dalam diri. Membenci kerana cemburu memang tak patut dan sebab itu mereka tak berani menyuarakan. Bak kata aku tadi, bila seorang mula, yang lain akan memberanikan diri untuk menyatakan kebencian mereka terhadap kita. Kerana mereka tahu yang mereka tidak berseorangan! Masa tu, orang yang pernah baik dengan kita, yang pernah bercakap dengan kita, bergurau dan sebagainya, dengan tiba-tiba menyatakan hasrat bencinya. Dulu kata kita baik, kelakar, sporting and blablabla, tapi sekarang, mengutuk kita. Kata kita berlagak, kata kita ni "bajet", kata kita ni keji, kata kita hina, kata kita bodoh, kata kita macam-macam yang buruk-buruk. Tak ke benda tu semua berbau "cemburu"? Kalau tak, mereka boleh juga dianggap "hipokrit" sebab berpura-pura baik dengan kita. dan paling menyedihkan, mereka kata "Kau fikir semua suka kau ke? Kau fikir aku suka kau? Jangan nak perasan. Semua orang benci kau." Dan masa tu, perasaan kita hancur, hati rasa pedih, dan kita mula menitiskan air mata kelemahan. Kita rasa lemah dengan semua kata-kata tu. Kita mula rasa diri kita hina pada mata semua orang. Itu bermaksud mereka berjaya membuat kita jatuh. Dan kita decided untuk pergi dan menangis seorang diri.

Allah Maha Besar, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dan pada masa itu juga, ada seorang hamba Allah yang tetap akan menyokong kita dari segi apa pun. Walaupun seorang yang nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang membenci kita, it is truly amazing how that person can cheer us up. Dia menenangkan kita, beri kata-kata semangat. Sedikit sebanyak pun, itu cukup untuk buat hati kita tenang sekejap.

Sedihkan bila orang yang kita sayang, yang pernah buat kita bahagia, yang pernah rapat dengan kita tiba-tiba pergi macam tu je. Pergi dengan mereka-mereka yang tak suka kita. Itu sangat sakit. Sakitnya tak terkata. Hanya Allah je yang tahu... Bukan senang nak hilangkan perasaan sayang pada seseorang yang tak layak dibenci walaupun mereka membenci kita. Enough said. Manusia tetap manusia. Yang pergi tetap pergi. Dan ada yang akan tetap bersama kita. Wallahualam.

03 August 2011

Dimanakah sayang ku? :'(


Sayang, you dekat mana? I rindu sangat dekat you! Please. I want to see you lah sayang. I tak boleh hidup tanpa you tahu tak. I sayang sangat dekat you. Kenapa you tinggalkan I sorang-sorang? :'( Sedih tahu tak. I tak sanggup hidup macam ni lagi. Hmm. Tolong balik ye sayang? I harap you dengar panggilan I ni. I rasa nak menangis tahu tak bila I tahu you pergi tinggalkan I.

Sayang tak ingat ke kenangan manis kita dulu? Bila kita duduk berduan dekat rumah I? Dekat sekolah, dalam kelas. Best sangat masa tu! I asyik tenung mata you je. I asyik pegang tangan you je kan? You tak rindu ke saat-saat indah tu? Then I usap pipi you dengan tapak tangan I. Licin sangat pipi you. Hmm. Dengan titik peluh I selama ni, I berkorban masa luangkan masa dengan you. You tak ingat ke?!!! Please sayang. I need you. Hmmm :'( Sayaaaaaaaaaaaaaang where are you!!!!

Tadi, I pergi sekolah. Then tiba-tiba hati I tak sedap sangat. Entah kenapa I rasa macam tu. I... I tak tau. Then bila I dengar orang cakap you dah pergi buat selama-lamanya pada hari ni tinggalkan I, I terus rasa sedih. I menangis tau tak bila I dapat tahu benda tu. Tapi kenapa, kenapa you mesti tinggalkan I sekarang?! Kenapa you mesti tinggalkan I masa I betul-betul dah sayangkan you, masa I perlukan you sayang! Answer me please! I know you are hear me :'( Why. Why this happens to me.

Then, I try cari you macam orang gila tadi. Banyak kali I cari tempat yang sama. Sampaikan ada makcik ni kata I gila dekat sekolah tadi. I tau, perasaan I kuat mengatakan you masih ada. Then, I ters berharap. I lari sana, lari sini cari you. TAPI YOU DAH TAKDE!!! You betul-betul tinggalkan I! Sampai hati you sayang. Sayang, you nak tahu tak? orang yang tengah baca ni dah kena tipu siot dengan aku. Wakakakah! Hello guys! Whats up?! Long time no see yo?! Hahaha sebenarnya entry ni aku buat pasal fail PEKA Fizik aku dah hilang kena curi dengan malaon mana tah! Kurang ajar siaa hidup kau curi fail peka aku! Penting tau tak! SPM tu. Pergh penat aku buat dekat rumah, dekat sekolah, dalam kelas. Kau rembat je?! POO KEY MARK betul hidup kau. Well, biar Allah yang balas perbuatan kau ni.

Btw, (Hahahaha still tergelak) hari ni dekat sekolah aku hidup mcm separuh nyawa. Masa tgh belajar math kot Amar kena panggil. Lepas tu dia masuk kelas balik. Aku tanya kenapa? Dia kata fail PEKA Fizik dia hilang! Then dia ajak aku cari. Lepas tu, aku punya pulak hilang sekali? Ewah banyak cantik kau. Hahaha dalam kelas tu aku dgn Amar je yang fail hilang! Menyirap darah aku tadi. Benda tu penting sangat masa SPM nanti. Aku dengan Amar pun sampai 3 masa tak masuk kelas disebabkan mencari benda tu. Memang harini pahala puasa aku dgn dia sia-sia lah. Asyik maki orang yang ambil tu. Takde life siaaa kau. Missed kelas Math, Bm. Jalan 1 sekolah pasal benda tu je!!!!!!! Macam orang gila dibuatnya.

So, fyi aku dgn Amar kena buat semula report tu. Ada 6 report semuanya! Kena hantar kesemua 6 esok jugak! Memang gila kan. Kejang tangan aku! Ni aku baru lepas siapkan. Daripada pukul 3 aku mula, sampai pukul 6 tadi. 3 jam siol 3 jam siol. Wei pencuri kau boleh g mati! Tapi sebelum balik tadi aku semangat nak buat sebab aku cerita hal ni dekat semua cikgu yang aku terserempak masa cari fail ni tadi. Wekkk :P Ramai cakap "Tulah ramai sangat peminat. Sampai fail pun nak kena curi" Then Amar cakap "Kalau dah tergilakan kitorang pun jangan lah ambil fail penting tu, ambik la gambar kitorang ke apa kan :P" Then ada juga cikgu yang cakap macam ni "Ada hikmahnya tu. Awak buat lah semula. Jadikan ni sebagai ulang kaji. Mana tau SPM nanti keluar ke. Berkat Ramadhan ni" Pheww lega. Aku tau ada hikmahnya. Tapi yang pencuri tu KAU BOLEH MATI NOW BANG BANG! DIE!