Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

28 November 2013

Pentagon (Part 3)

*suasana di dalam kelas*

Mereka berlima duduk sebaris.

Setelah pembelajaran berlalu selama satu jam, Afiq tidak lagi dapat menumpukan perhatiannya lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya. Kelakuannya itu tak dihiraukan oleh mereka berempat kerana mereka fokus di dalam kelas. Semasa Afiq sedang menaip sesuatu di telefon pintarnya, dia ingin bersandar tetapi telefonnya telepas dari tangannya. Hal itu menyebabkan Arif, Amir, Anita dan Alisya terganggu dan memerhatikan apa yang sedang berlaku pada Afiq. Afiq menyuruh Arif yang duduk di sebelah untuk mengambil telefonnya. Arif mengambilnya lalu meletakkan di atas meja dia sendiri. Terpampang besar apa yang tertulis di skrin telefonnya. Anita yang berada di hujung sekali tak nampak sebab kurang jelas. Alisya, Amir dan Arif agak terkejut dengan apa yang mereka baru baca. Afiq terus merampas telefonnya lalu bergegas keluar daripada kelas sambil membawa begnya sekali.

Tanpa membuang masa, Arif, Amir dan Alisya pun ikut sama. Anita yang tak tahu apa apa tadi menbiarkan saja mereka. Setelah 30 minit berlalu, Anita keluar mencari mereka berempat. Sementara itu, mereka berempat berkumpul di satu tempat. Arif memaksa Afiq menceritakan apa yang sebenarnya dia rahsiakan daripada mereka berempat sedangkan Amir dan Alisya tahu kenapa. Tetapi Alisya tak tahu yang Amir tahu dan Amir tahu yang Alisya tahu. Arif pula tak tahu yang Amir dan Alisya tahu. Anita yang mencari mereka tadi sudah pun nampak mereka dari jauh tetapi dia memilih untuk mencuri curi dengar daripada jauh sebab Anita curiga kenapa mereka tidak mengajak dia sekali semasa di dalam kelas.

Berbalik pada mereka berempat, Afiq rasa amat tertekan dan langsung tak berkata apa apa. Arif terus memaksa Afiq. Dan akhirnya Afiq membuka mulutnya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya disebalik bacaan mereka di telefon pintarnya. "Sebenarnya, aku... Aku....." Kata Afiq dengan gagap sambil memandang ke arah Amir dan Alisya. "Aku dah..."

Bersambung....

27 November 2013

Pentagon (Part 2)

*di bilik sakit*

Sedang mereka merawat kaki Alisya, Amir, Arif dan Anita hanya diam dan memerhati. Susana di dalam bilik sakit itu agak janggal kerana peristiwa di padang tadi. Selepas Alisya selesai dirawat, dia kini boleh berjalan sedikit tapi masih perlukan bantuan. Anita memapah Alisya ke cafe untuk makan kerana waktu tu ialah waktu makan tengahari dan diikuti oleh Amir dan Arif dari belakang. Mereka langsung tidak bercakap apa apa semasa perjalanan ke cafe. Semua acara sudah pun tamat.

Setibanya mereka di cafe, mereka terus mencari tempat untuk duduk. Cafe yang agak sesak dipenuhi pelajar lain itu membuatkan Alisya tidak begitu selesa. Tapi mereka tetap makan di situ. Anita dan Alisya tunggu di meja makan sementara Amir dan Arif pergi membeli makanan. Semasa tunggu makanan dihidang, Amir meminta maaf kepada Arif atas perkara yang telah berlaku. Dia tidak sengaja kerana dia terlalu risaukan Alisya ketika itu. Arif yang masih penuh dengan tanda tanya ni pun hanya senyum dan mengganggukkan kepalanya saja. Setelah makanan siap dihidang, mereka membawanya ke meja makan. Mereka makan sama sama. Amir mempelawa untuk menyuap Alisya tapi Alisya menolak pelawaan itu. Amir berkelakuan pelik hari itu. Sedangkan Alisya sendiri agak terkejut dengan tingkah laku Amir pada hari itu.

Selesai makan, mereka pun pulang ke rumah masing masing. Alisya di hantar oleh ayah Anita ke rumahnya manakala Amir pulang menaiki kereta Arif. Dalam perjalanan pulang, Arif memberanikan diri untuk menanyakan soalan kepada Amir yang hanya mendiamkan diri saja. "Kenapa kau diam je ni? Selalunya tak macam ni pun?", tanya Arif dengan nada yang agak gementar. "Aku rasa bersalah dengan korang. Aku pun tak tahu apa yang aku buat hari ni. Kenapa dengan diri aku sendiri. Tapi...", jawab Amir dengan jawapan yang tergantung. "Tapi apa?", tanya Arif lagi. "Aku rasa aku dah mula ada hati dengan Alisya lah weh. Aku rasa aku sayang dia sangat sangat. Aku tiba tiba rasa cemburu bila lelaki lain nak rapat dengan dia." Jawapan Amir tu membuatkan Arif diam seribu bahasa. Riaksi muka Arif jelas menunjukkan yang dia sangat terkejut. Sebelum ni mereka semua hanya berkawan, tiada sesiapa pun pernah cerita yang dia sukakan sesiapa. "Tapi kalau boleh aku tak nak perasaan ni terus menghantui aku. Selama ni aku cuba. Kenapa hari ni aku tak boleh tahan perasaan cemburu tu. Tapi kau janji dengan aku, jangan bagitahu sesiapa pun. Afiq pun jangan. Okay?" Tegas Amir lagi. Arif hanya mengganggukkan kepala tanpa berkata apa apa. Perjalanan mereka pulang ke rumah penuh dengan tanda tanya di kepala Arif.

Arif menurunkan Amir di hadapan rumahnya. Mereka berjabat tangan dan Arif memberitahu Amir supaya jangan risau. Dia berjanji yang dia tak akan bagitahu sesiapa pun tentang perkara yang mereka bincang tadi.

*5 hari kemudian*

Kaki Alisya kini beransur pulih. Dia sudah pun boleh berjalan sendiri. Arif, Amir, Anita dan Alisya pergi ke dewan untuk menunngu Afiq yang khabarnya sudah pulang pagi tadi. Sedang mereka menunggu ketibaan Afiq, mereka berempat berborak dan bergurau seperti biasa. Seakan akan tiada apa yang berlaku sebelum ini. Setelah beberapa minit menunggu, Afiq memanggil mereka dari jauh sambil berlari anak ke arah mereka berempat. Arif dan Amir memeluk Afiq dengan begitu erat kerana terlalu rindukan dia. Afiq pula perasan yang kaki Alisya sakit. Lalu dia bertanyakan tentang hal itu. Nada Afiq agak cemas. Suasana kembali tegang seperti yang pernah mereka lalui sebelum ini di padang dan bilik sakit. Afiq yang tak tahu apa apa menimbulkan semua ketegangan itu. Mereka menceritakan apa yang terjadi tapi tidak menceritakan hal Amir dan Arif. Afiq menunjukkan yang dia kisah dan risau akan keadaan Alisya. Mereka tak terkejut dengan kelakuan Afiq kerana dari mula Afiq memang paling rapat dengan Alisya dan mereka semua selalu menyakat mereka berdua. Afiq membawa ole ole dari luar negara untuk mereka semua. Bungkusan semuanya sama cuma barang di dalamnya itu berbeza. Afiq menyuruh mereka membuka hadiah itu di rumah saja. Setelah membahagikan ole ole dari luar negara itu, mereka bergegas untuk ke kelas...

Bersambung.....

26 November 2013

Pentagon (Part 1)

Hi dan assalamualaikum! Kali ni aku nak buat cerita yang ala ala cinta tiga segi macam tu. Cinta tiga segi kan melibatkan 3 orang. Kan? Aku pun tak pernah alami kahkahkah (gelak cover malu) Pentagon kan 5 sided Polygon. Ewah gitu engko tak menahan tajuk. Jangan risau. Bacaan kau tak perlukan kalkulator. Cuma gunakan hati dan perasan. Mwahaha (gelak nak nampak tak cliche) Means that cerita ni melibatkan 5 orang. Rekaan semata mata ye. Apa kau.

Let's get started!

Arif, Afiq, Amir, Anita dan Alisya merupakan sahabat karib. Arif, Afiq dan Amir mula kenal dan rapat sejak daripada sekolah rendah lagi. Sementara Anita dan Alisya pula kenal semasa mereka sambung belajar di universiti. Kini sudah semester ke 3. Arif, Afiq dan Amir pula baru saja mendaftarkan diri mereka di universiti yang sama di mana tempat Anita dan Alisya belajar. Mereka berlima mula rapat dan menjadi sahabat karib kerana mereka satu kelas dalam satu subjek ni. 3 jejaka ni memang nakal sikit. Mereka mula tertarik untuk berkawan dengan Anita dan Alisya ni semasa Anita dan Alisya datang lambat ke kelas dan mereka terpaksa duduk di bahagian belakang kelas bersama Arif, Afiq dan Amir. Sejak daripada itu. Mereka mula berkenalan antara satu sama lain. Untung mereka sebab Anita dan Alisya ni peramah orangnya.

Sejak daripada tu, mereka pergi makan, belajar, keluar, bersenam pun bersama. Mesti akan berlima. Mereka berlima juga agak terkenal di universiti itu kerana pencapaian mereka dalam pendidikan sangat memberangsangkan. Mereka juga tampan tampan dan jelita jelita. Seringkali menjadi perbualan antara pelajar pelajar lain.

Setelah sebulan mereka menjalani kehidupan di universiti bersama, kini tiba pada hari sukan. Pada hari sukan yang dianjurkan oleh fakulti mereka, Afiq tak dapat menghadirkan diri kerana dia terpaksa mengikut keluarganya pergi melancong ke luar negara. Jadi, hanya mereka berempat saja yang menyertai hari sukan tersebut. Mereka memasuki larian 4x100 meter beregu lelaki dan perempuan. Idea larian 4x100 meter beregu ni dicadangkan oleh senior mereka. Disebabkan majoriti yang tinggi bersetuju untuk mengadakan acara larian ini, mereka terpaksa mengadakannya. Pelari pertama diambil oleh Arif, pelari kedua diambil oleh Anita, pelari ketiga diambil oleh Alisya dan seterusnya pelari keempat diambil oleh Amir.

Acara pun bermula. Arif memulakan lariannya dengan agak bagus kerana mereka memulakan acara dengan menduduki tempat kedua. Apabila Arif menghulurkan batton kepada Anita, Anita memecut lalu melencong peserta daripada kumpulan lain dan kini merampas tempat pertama. Kini batton sudah mula dipegang oleh Alisya. Alisya juga memulakan lariannya dengan agak bagus tapi dia terjatuh dengan teruk semasa hendak menghulurkan batton kepada Amir. Amir yang dalam keadaan risau dan panik berlari ke arah Alisya untuk membantunya. Dia memilih untuk tidak meneruskan lariannya. Amir memanggil pasukan keselamatan untuk membantu dia mengangkat Alisya ke tepi. Arif dan Anita juga berlari ke arah mereka. Sementara pasukan lain meneruskan larian mereka. Dengan ini, secara automatiknya mereka telah tersingkir. Kelihatan di muka Amir kerisauan dan kesedihan yang dia rasa terhadap apa yang baru saja terjadi pada Alisya. Kaki Alisya luka teruk dan bengkak akibat terseliuh.

Semasa Arif ingin membantu pasukan keselamatan mengangkat Alisya untuk di bawa ke bilik sakit, Amir menolak dan menepis tangan Arif lalu dia terus berlalu pergi bersama pasukan keselamatan ke bilik sakit. Anita yang menyaksikan kejadian itu agak terperanjat dan Arif juga seakan tidak percaya dengan tindakan Amir sebentar tadi...

Bersambung.....

23 November 2013

Kau Rasa?

Kau rasa,
Semua yang kau dengar guna telinga,
Itu benar belaka?

Kau rasa,
Semua yang kau nampak depan mata,
Itu kebenaran yang nyata?

Kau rasa,
Kau cukup bahagia,
Bila orang lain sengsara?

Kau rasa,
Berbaloi ke antara sahabat dan cinta,
Kau korban cinta?

Pertama, sudah semestinya bila kita dengar sesuatu daripada orang, hati kita terdetik untuk percaya. Yang membezakannya, sama ada kau percaya khabar angin yang datangnya entah dari mana atau kau percayakan si dia yang ditabur fitnah dunia. Sahabat, keluarga dan cinta, tak semudah yang disangka untuk percaya. Kau dulu akan ditanya. Baru ditanya pada mereka yang menjaja cerita. Sahabat, keluarga dan cinta juga tak akan sewenang wenangnya membuang kau begitu saja, meski dosa itu sudah sebati dalam hati kau yang sudah tiada lagi cahaya. Malah mereka berdoa, bagi semangat untuk kau kuat, agar kembali ke jalan yang benar.

Kedua, dua biji mata itu lemah, selalu nampak yang salah, yang benar jarang sekali terjengah. Yang kau tatap, yang kau nampak terus sentap, itu hanya perangkap. Tak mustahil sesetengah yang kau lihat itu penuh muslihat. Orang kalau ada niat jahat, tak kira kau siapa walaupun sahabat. Jadi, jangan terlalu mudah untuk mempercayai. Siasat, meski ambil masa, kebenaran yang kau peroleh benar benar belaka.

Ketiga, bahagia ke bila kau rampas kebahagiaan orang lain dengan membuat kesengsaraan yang kau rasa itu sebagai balasan kau pada mereka yang langsung tak salah apa apa. Perolehnya mereka kebahagiaan itu kadang kadang tak pernah diminta. Ia datang dengan sendirinya. Balasan daripada keikhlasan yang telah dia berikan. Kau kena tahu, kebahagiaan yang kau miliki daripada orang lain itu kekalnya seketika cuma. Kesengsaraan yang kembali akan kau rasa lebih teruk, dua kali ganda. Punya susah orang jaga, kau rampas macam tu je? Ada orang yang buat orang lain bahagia, tapi dia sendiri tak pernah rasa macam mananya bahagia.

Akhir sekali, sahabat dan cinta sama tarafnya kerana percintaan itu bermulanya daripada persahabatan. Jika kau miliki persahabatan dan percintaan, pilihlah persahabatan meski kau perlu korbankan kebahagiaan kau sendiri. Mana lagi sakit? Tengok orang yang kau sayang tak bahagia atau kau sendiri tak bahagia? "Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati." Hati kita lain lain. Pilihan kita sendiri impaknya berbeza dengan mereka yang lain. Kalau boleh, korbankan kebahagiaan kita untuk orang yang kita sayang. Bukan lah namanya sayang kalau tiada pengorbanan.

14 November 2013

Macam Kawan Tapi Bukan

Kawan kita yang hari ini, kawan baik ke kawan rapat ke kawan kawan biasa ke, semua mereka yang dahulunya kita langsung tak kenal. Dan mereka ini juga berlainan anggapan kita pada dia.

Ada yang kau baru kenal, kau tak rasa yang dia akan jadi kawan baik kau. Ada tu pula kau baru je kenal terus kau rasa dia sangat memahami kau dan kau rasa benda tu boleh buat kalian jadi rapat.

Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, apa yang kau jangka akan berlaku dalam persahabatan kau dengan seseorang.

Pertama, pada kawan yang kau anggap kawan biasa. Kenal secara tak sengaja, jarang sekali berjumpa, perlu bila ada, tak ada pun tak apa.

Kedua, pada kawan yang kau anggap kawan baik. Tak ada kau cari, semua masalah kau kongsi, rahsia kau bagi, tak ada tak lengkap lah sehari.

Kawan yang dulu kau anggap biasa. Sekarang siapa dia pada kau? Masih kau rasa dia kawan yang biasa atau dia yang selalu ada bila kau perlu bantuan? Atau kau sendiri menganggap dia seorang yang baik dengan cara layanan dia pada kau? Sedangkan sebelum ni takda pun kau dengan dia mengaku antara satu sama lain yang kalian sahabat baik.

Kawan yang dulu kau anggap baik. Kawan baik. Masih kau rasa dia seorang kawan yang baik untuk kau? Masih kalian rapat seperti dulu? Atau dia yang kau anggap baik, sudah mula buat "taik". Dia yang kau anggap baik, susah susah baru dia nak cari. Kau je yang berkongsi. Kau je yang mesranya tak lari. Dia? Anggap kau ada takda. Kalau ada ada lah. Kalau takda pun takpa.

Bagus lah kalau kawan yang dulu kau anggap kawan biasa tapi kau rasa dia seorang kawan yang baik. Bagus lah kalau kawan yang dulu kau anggap baik, sekarang kalian masih rapat. Tapi kalau yang dulu kau anggap baik, sekarang kau tak rasa dia orang yang sama, apa kau buat? Diam untuk menerima, tapi seringkali kau dikecewa olehnya. Sakit hati dengan bahasa dan tindakannya. Atau, kau luah apa yang kau rasa, tentang apa yang kau tak puas hati dengan dia. Kalau dengan itu dia tarik muka, jauhkan dirinya, sedar lah kau bahawa dia tidak lagi memerlukan kau sebagai seorang kawan. Mungkin dulu dia perlu kau sebab dia hanya mahu dibantu.

Bagi aku, dengan apa yang aku dah lalui dengan seseorang tu, indah atau sebaliknya, aku sayang sangat nak biarkan macam tu je. Fikir balik apa yang kalian dah janji bersama, ingat balik pahit getir bila kalian bersama. Jangan jadi seorang yang cakap tak serupa bikin. Mesti kau sayang nak putuskan persahabatan tu. Dan bila benda benda ni terjadi, dahulunya kau pernah tertanya tanya. Pernah mengagakkan perkara perkara macam tu jadi. Biasa lah. Takkan tak ada 2 orang yang bergelar sahabat tak bergaduh.

For me, friendship is more complicated than relationship between couples.

Kalau kau tak nak benda benda ni berlaku, senang je. Masa mula jumpa, masa mula kenal hati budi dia, jangan senang sangat nak mengaku dia itu ini pada diri kau. Sedangkan kawan yang dah 2 tahun kau kenal pun hari ni kau tak faham dia, inikan pula dia yang baru kau kenal sebulan dua.

Indah kan hidup ni kalau dua dua ikhlas dalam persahabatannya? Tiada hasad dengki. Cemburu itu langsung takda. Bila berjaya seorang kawan patutnya rasa bangga. Dah anggap macam keluarga.

Jadi, jangan anggap persahabatan ni benda mudah. Jaga hati kawan. Jaga bila dia tak mampu bangun. Buang semua hasad dengki atau perasaan tak puas hati kalau kau sayang persahatan kau dengan dia. Tak akan bahagia bila kau mula rasa tak suka. Apa apa pun, perginya dia meninggalkan kau, pasti ada yang lebih baik datang mengganti. Yang benar tak akan pergi buat kau tiada sesiapa di sisi :-)