Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

05 February 2014

Kawan Kau Punya Kawan

Ada tak kau kawan dengan kawan kau punya kawan? Kenal sebab lepak sama. Jumpa sekali tu macam mustahil nak rapat. Tapi ni yang jumpa 2 3 kali. Kawan kau punya kawan ni dikira kawan baik kepada kawan kau lah. Sebab tu pergi mana mana pun dia ada. Kawan baik kau ada kawan baik dia yang lain dan belum tentu akan jadi kawan baik kau. Complicated kan friendship ni? Complicated bila every single thing matters to you. Why? Because you care. You care because you love your friendship.

Macam mana pula bila kawan baik kau punya kawan baik yang lain tu lama lama jadi kawan baik kau juga? Kiranya korang dah bersatu. Selalu jumpa, lepak sama, kongsi cerita. Benda macam ni sebenarnya bagus. Bagi aku ni dinamakan persahabatan yang kita tak inginkan tapi diberi untuk membuat kita menghargai. Persahabatan yang macam ni akan jadi runsing bila ada beberapa perkara berlaku antara kalian.

1) Kau gaduh dengan kawan baik kau.
2) Kau gaduh dengan kawan baik kau punya kawan baik.
3) Kawan baik kau gaduh dengan kawan baik dia yang lain tu.

Situasi 1)

- Payah. Takda tempat nak mengadu. Kalau kau rasa ada pun, kau rasa kau tak layak untuk mengadu pada kawan baik kepada kawan baik kau tu. Kawan baik kau yang kenal dia dulu. Kawan baik kau yang kenalkan kau dengan dia. Kau agak mana dia akan lebih sokong dan percaya? Even kau semua dah TERgelar sebagai kawan baik. Ha kan aku dah cakap complicated. Mesti kau akan rasa kena ditch gila gila punya. Perasaan give up tu lebih 50%. Tapi please, don't give up on friendship unless the bullshit that you are facing with the same person is happening again and again.

Situasi 2)

- Ni benda kecil je. Tak payah fikir susah. Biaq lantaq pi dia na. Kau still ada kawan baik kau walaupun kawan baik kau tu berkawan dengan dia, iaitu kawan baik kepada kawan baik kau. As long as kau tak hilang kawan baik kau yang asalnya. Tapi kalau boleh kau mesti tak nak mereka berkawan lagi kan? Jangan. Jangan ada niat jahat macam tu or kau yang akan ditinggalkan oleh semua orang. Baru padan muka kau.

Situasi 3)

- Yang ni kau kena jadi professional. As a good friend to your best friend and your best friend's best friend, (faham ke tak tu agaknya hahaha) kau kena make sure mereka berbaik semua. Kau kena pilih, nak sokong kawan baik kau ke nak sokong kawan baik kepada kawan baik kau yang kau kenal daripada kawan baik kau tu? Baik kau pilih dua dua as jalan selamat. Or else kau mesti akan kehilangan kawan baik kepada kawan baik kau tu. Mesti. Takkan lah kau nak ikut kawan baik kepada kawan baik kau tu pula. Sedangkan kau kenal dengan dia pun sebab kawan baik kau yang kenalkan.

Peningkan? Aku rasa nak meletup kepala otak buat ayat. Aku harap kau faham lah. Tolong baca banyak kali. Gerakkan sikit minda tu. Jangan malas untuk berfikir! Hahaha.

Sebab tu aku prefer untuk tidak mencapur adukkan persahabatan aku dengan orang ni dan persahabatan aku dengan orang tu. Kalau kau cukup hebat, satu kan. Lagi bagus. Merapatkan silaturrahim. Tapi kan, paling sedih bila kau kenalkan kawan baik kau yang ni dengan kawan baik kau yang tu lepas tu mereka jadi baik dan tinggalkan kau. Sila kerja kat kilang tisu untuk meratapi kesedihan yang akan berlarutan untuk beberapa hari. Sedih sangat tu.

Serious best ada kawan baik tapi terlalu banyak "kawan baik" pun tak elok. Belum tentu semua baik. Cukup lah sorang dua orang daripada banyak banyak yang masa susah pun tak nampak hidung punya batang. Hampeh natang!

11 comments:

Ain said...

Hahaha betul tu. Kena jadi professional bab bab kawan baik ni!

Izzah said...

Fuh ! Hahaha. Sukalah dgn entry kau. Banyak motivasi. Ayat pun leklek je

Ai Siti NuraeniFull said...

yah,, agree.. sahabat itu cukup 2 atau 3 orang itu sudah mewakilkan banyak orang.. walaupun di kampus banyak teman baik tapi sahabat lah yang akan mengerti kita.. walaupun kita dah di tinggalkan mereka karena cita-cita yang berbeda tapi ketika ngumpul ramme banget

Anonymous said...

Good friend and true friend is different person.. :)

Hafiz Hafizol said...

Assalam bro..


biasa yg kita aggp kawan baik tu lah yg selalu duk kata belkg kita.
Benci "kawan baik" gini..

Anonymous said...

aku terusya twitter kau walaupun aku takde twitter. Lulz. Btw, nice blog ni.. tQ (minta izin)

Unknown said...

I was swiping my twitter timeline and I kinda got to your twitter profile without realizing. And then I got to your blog here.

And yeeah, so glad that I've read this post. Thank you. Cause I was having a lot of doubts over my friendship, like, just today. And its all based on my own assumptions and the more I think, the more I got depressed. But anyway, I've read this, I do feel better, don't know why, it just somehow...enlightened me.

Thanks. :)

Nina said...

banyak kawan mmg kadang2 best tp banyak bestfriend tu yg kdg susah.

Anonymous said...

Aku suka yang ni

Unknown said...

Haha takdela sampai pecah otak mana pon baca abg pnya entry ni .

Bravo 👍👍

hooman said...

Motivated .