Pernah kau rasa yang diri kau tak bersyukur? Aku pernah rasa yang diri aku ni tak bersyukur lebih daripada orang lain yang aku nampak.
Selalunya, cara kita yang tak bersyukur ni melibatkan perbandingan yang kita sendiri buat antara hidup kita dengan hidup orang lain. Membanding bandingkan ni memang tak pernah buat kau rasa bersyukur malah kau akan minta lagi dan lagi tanpa ada rasa bersalah dan kau akan lupa untuk menghargai apa yang kau dah ada.
Tapi ada juga kadang kadang kau dapat rasa yang diri kau tu bersyukur, bila kau dapat apa yang kau nak. Seronok sangat kan? Tapi bila kau tak dapat apa yang kau nak, kau nampak orang dapat apa yang dia nak, lebih teruk lagi bila orang lain dapat apa yang kau nak. Kau terus lupa nak menghargai, kau minta lagi. Tapi satu, jangan dengki dengan orang punya rezeki.
Pernah aku rasa aku nak ada kehidupan yang orang lain ada sebab mereka ada apa yang aku nak ada tapi tak dapat. Tak payah macam tu. Bila kau ada sesuatu yang orang mahukan juga, dia pun akan rasa sama macam yang kau rasa.
Alasannya?
Hanya kerana kau tiada apa yang kau mahukan. Tak semua kemahuan kita, kita perlukan.
Macam mana pula dengan semua benda yang kau dah miliki selama ni dan separuh daripada yang kau ada tu benda yang suatu ketika dahulu kau mahukan. Lupa sudah cara bersyukur? Cara bersyukur bukan je menghargai apa yang sudah dimiliki tapi memberi kepada yang lebih memerlukan.
Sudah sudah mahukan apa yang dimiliki orang. Kau sendiri akan ada sahabat yang baik macam orang lain ada. Kau sendiri akan dapat kebahagiaan kau sendiri. Hanya dengan rasa bersyukur, kau tahu kau sudah pun memiliki apa yang kau mahukan selama ni.
Aku pun selalu juga ingatkan diri sendiri supaya terus bersyukur bila tak dapat apa yang aku nak. Mungkin itu bukan rezeki aku lagi.
8 comments:
nice .
manusia tak akan puas dengan apa yang dia ada ,, :D
sometimes pernah mempersoalkan 'kenapa hidup aku tak macam orang lain' ,, but bila tengok orang yang lagi susah,, terus rasa yang betapa bagusnya hidup kita berbanding mereka ,, :D
so now bila terasa macam tak puas hati dengan kehidupan, terus fikirkan orang yang lebih susah dari kita ,, :D
sesungguhnya Allah itu Maha Adil
Best entry ni... have a good moral to us especially the muslim n muslimah... keep it up bro! ^_^
this is nice , i love to read ur blog . theres a lot of knowledge n advises tht i can take . goodluck with ur life big brother :) hve a nice day ,
http://hashtagblurr.blogspot.com/
someone,follow me????i'm new in blog
nice entry..
Daebak 😱
Betul tu..adakah ini abg akbar azman yang handsome dekat instagram tu😁😁
Post a Comment