Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

23 November 2013

Kau Rasa?

Kau rasa,
Semua yang kau dengar guna telinga,
Itu benar belaka?

Kau rasa,
Semua yang kau nampak depan mata,
Itu kebenaran yang nyata?

Kau rasa,
Kau cukup bahagia,
Bila orang lain sengsara?

Kau rasa,
Berbaloi ke antara sahabat dan cinta,
Kau korban cinta?

Pertama, sudah semestinya bila kita dengar sesuatu daripada orang, hati kita terdetik untuk percaya. Yang membezakannya, sama ada kau percaya khabar angin yang datangnya entah dari mana atau kau percayakan si dia yang ditabur fitnah dunia. Sahabat, keluarga dan cinta, tak semudah yang disangka untuk percaya. Kau dulu akan ditanya. Baru ditanya pada mereka yang menjaja cerita. Sahabat, keluarga dan cinta juga tak akan sewenang wenangnya membuang kau begitu saja, meski dosa itu sudah sebati dalam hati kau yang sudah tiada lagi cahaya. Malah mereka berdoa, bagi semangat untuk kau kuat, agar kembali ke jalan yang benar.

Kedua, dua biji mata itu lemah, selalu nampak yang salah, yang benar jarang sekali terjengah. Yang kau tatap, yang kau nampak terus sentap, itu hanya perangkap. Tak mustahil sesetengah yang kau lihat itu penuh muslihat. Orang kalau ada niat jahat, tak kira kau siapa walaupun sahabat. Jadi, jangan terlalu mudah untuk mempercayai. Siasat, meski ambil masa, kebenaran yang kau peroleh benar benar belaka.

Ketiga, bahagia ke bila kau rampas kebahagiaan orang lain dengan membuat kesengsaraan yang kau rasa itu sebagai balasan kau pada mereka yang langsung tak salah apa apa. Perolehnya mereka kebahagiaan itu kadang kadang tak pernah diminta. Ia datang dengan sendirinya. Balasan daripada keikhlasan yang telah dia berikan. Kau kena tahu, kebahagiaan yang kau miliki daripada orang lain itu kekalnya seketika cuma. Kesengsaraan yang kembali akan kau rasa lebih teruk, dua kali ganda. Punya susah orang jaga, kau rampas macam tu je? Ada orang yang buat orang lain bahagia, tapi dia sendiri tak pernah rasa macam mananya bahagia.

Akhir sekali, sahabat dan cinta sama tarafnya kerana percintaan itu bermulanya daripada persahabatan. Jika kau miliki persahabatan dan percintaan, pilihlah persahabatan meski kau perlu korbankan kebahagiaan kau sendiri. Mana lagi sakit? Tengok orang yang kau sayang tak bahagia atau kau sendiri tak bahagia? "Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati." Hati kita lain lain. Pilihan kita sendiri impaknya berbeza dengan mereka yang lain. Kalau boleh, korbankan kebahagiaan kita untuk orang yang kita sayang. Bukan lah namanya sayang kalau tiada pengorbanan.

2 comments:

Unknown said...

Kalau dibaca dalam-dalam,
pasti akan kau faham.
Sebuah makna yg cukup dalam,
buat seluruh umat manusia,
yg sedang mengukir rasa.

Unknown said...

kepada keba , ni orang yang buat keba marah fasal tweet about #TB . sebab ai rasa sentap pulak dekat tweet keba yang tegur blabla tu . and keba delete all tweet keba yang ada kena mengena about #tb tu kan ? Actually , ai tak de pun rasa nak tegur ke pe , ai just saja tweet macam tu . ai memang suka quotes , sorry lah if keba rasa ayat ai tu macam nak malukan keba , seriously , ai anggap tu gurauan je T_T and , public ? ya , memang public but kalau yang tengok pun follower ai jelah . diorang takde nya nak burukkan keba lah . keba yang over thinking . opss . okay sorry kalau ayat ni kasar tapi hakikatnya memang takde niat pun nak buat keba terasa . ai tweet macanmtu pun sebab tahu keba kan tweetpemesh then manalah nak layan tweet ai ni kan , thats why lah ai buat macamtu . and keba kata kalau nak tegur jangan dekat ublic kan? jelasnya ,memang kita tak tegur pun just acah acah je faham ? tapi kalau betul nak tegur un , kalau tak kat public macamana ? dm ? macam keba follow ai . ni pun nasib baik terfikirkan cara ni . tu pun tak tahulah keba baca ke tah -_- and ikhklas dari hati , sorry banyak banyak banyak sebab buat keba salah faham . takut pulak kena perli dengan tweet pemesh . macam nak mencari nahas je ai ni . hikhik . kbye