Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

26 November 2013

Pentagon (Part 1)

Hi dan assalamualaikum! Kali ni aku nak buat cerita yang ala ala cinta tiga segi macam tu. Cinta tiga segi kan melibatkan 3 orang. Kan? Aku pun tak pernah alami kahkahkah (gelak cover malu) Pentagon kan 5 sided Polygon. Ewah gitu engko tak menahan tajuk. Jangan risau. Bacaan kau tak perlukan kalkulator. Cuma gunakan hati dan perasan. Mwahaha (gelak nak nampak tak cliche) Means that cerita ni melibatkan 5 orang. Rekaan semata mata ye. Apa kau.

Let's get started!

Arif, Afiq, Amir, Anita dan Alisya merupakan sahabat karib. Arif, Afiq dan Amir mula kenal dan rapat sejak daripada sekolah rendah lagi. Sementara Anita dan Alisya pula kenal semasa mereka sambung belajar di universiti. Kini sudah semester ke 3. Arif, Afiq dan Amir pula baru saja mendaftarkan diri mereka di universiti yang sama di mana tempat Anita dan Alisya belajar. Mereka berlima mula rapat dan menjadi sahabat karib kerana mereka satu kelas dalam satu subjek ni. 3 jejaka ni memang nakal sikit. Mereka mula tertarik untuk berkawan dengan Anita dan Alisya ni semasa Anita dan Alisya datang lambat ke kelas dan mereka terpaksa duduk di bahagian belakang kelas bersama Arif, Afiq dan Amir. Sejak daripada itu. Mereka mula berkenalan antara satu sama lain. Untung mereka sebab Anita dan Alisya ni peramah orangnya.

Sejak daripada tu, mereka pergi makan, belajar, keluar, bersenam pun bersama. Mesti akan berlima. Mereka berlima juga agak terkenal di universiti itu kerana pencapaian mereka dalam pendidikan sangat memberangsangkan. Mereka juga tampan tampan dan jelita jelita. Seringkali menjadi perbualan antara pelajar pelajar lain.

Setelah sebulan mereka menjalani kehidupan di universiti bersama, kini tiba pada hari sukan. Pada hari sukan yang dianjurkan oleh fakulti mereka, Afiq tak dapat menghadirkan diri kerana dia terpaksa mengikut keluarganya pergi melancong ke luar negara. Jadi, hanya mereka berempat saja yang menyertai hari sukan tersebut. Mereka memasuki larian 4x100 meter beregu lelaki dan perempuan. Idea larian 4x100 meter beregu ni dicadangkan oleh senior mereka. Disebabkan majoriti yang tinggi bersetuju untuk mengadakan acara larian ini, mereka terpaksa mengadakannya. Pelari pertama diambil oleh Arif, pelari kedua diambil oleh Anita, pelari ketiga diambil oleh Alisya dan seterusnya pelari keempat diambil oleh Amir.

Acara pun bermula. Arif memulakan lariannya dengan agak bagus kerana mereka memulakan acara dengan menduduki tempat kedua. Apabila Arif menghulurkan batton kepada Anita, Anita memecut lalu melencong peserta daripada kumpulan lain dan kini merampas tempat pertama. Kini batton sudah mula dipegang oleh Alisya. Alisya juga memulakan lariannya dengan agak bagus tapi dia terjatuh dengan teruk semasa hendak menghulurkan batton kepada Amir. Amir yang dalam keadaan risau dan panik berlari ke arah Alisya untuk membantunya. Dia memilih untuk tidak meneruskan lariannya. Amir memanggil pasukan keselamatan untuk membantu dia mengangkat Alisya ke tepi. Arif dan Anita juga berlari ke arah mereka. Sementara pasukan lain meneruskan larian mereka. Dengan ini, secara automatiknya mereka telah tersingkir. Kelihatan di muka Amir kerisauan dan kesedihan yang dia rasa terhadap apa yang baru saja terjadi pada Alisya. Kaki Alisya luka teruk dan bengkak akibat terseliuh.

Semasa Arif ingin membantu pasukan keselamatan mengangkat Alisya untuk di bawa ke bilik sakit, Amir menolak dan menepis tangan Arif lalu dia terus berlalu pergi bersama pasukan keselamatan ke bilik sakit. Anita yang menyaksikan kejadian itu agak terperanjat dan Arif juga seakan tidak percaya dengan tindakan Amir sebentar tadi...

Bersambung.....

3 comments:

N.S.A.R said...
This comment has been removed by the author.
Adlin Fadhlina said...

Hahaha keba mesti rasa something sbb kawan sekolah rendah comment. Bak kata orang, dulu dan sekarang lain.

Anyway, thumbs up! Cepat sikit update new entry hahaha.

Unknown said...

terbaik..dah boleh jdi penulis novel nie.x nak try ke?mana tau ada rezeki..