Macam biasa, aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi aku kena mula. Kalau tak, macam mana aku nak luahkan apa yang aku rasa? Ni blog, blog aku! Tempat luahan aku... kau takde hak nak berkata apa-apa kalau aku update macam-macam dekat sini. Kau takde hak. Aku sakit. Sakit hati. Hati yang sakit lebih menyakitkan berbanding luka secara fizikal. Kau tak tahu apa-apa... sebab kau tak rasa macam mana aku rasakan sekarang. Pernah rasa kehilangan seseorang yang kau sayang sangat? Pernah rasa macam mana bila takde orang ambil peduli pasal kau? Pernah rasa macam mana apabila dibenci oleh semua orang? Pernah rasa macam mana kau tak disayang? dan... pernah kau rasa yang diri kau ni tak penting bagi semua orang...?

Kita tak sedar yang diri kita ni, cara hidup kita ni berbeza dengan orang lain. Bukan semua orang suka dengan kita, suka dengan apa yang kita buat. Dan dengan sebab itu jugalah mereka, masing-masing ada alasan yang tersendiri kenapa mereka berbuat demikian. Benci mugkin? Jeles barangkali? Atau... mereka tak tahu apa yang mereka cuba lakukan. Mereka hanya mahukan apa? Yes, mereka hanya mahukan keseronokan. Tapi kenapa perlu dibencinya kita ni? Besar sangat ke mereka ni? Kalau besar mana pun dia, kau jangan lupa, Allah Maha Besar.
Kadang-kadang kita happy dan kadang-kadang kita sedih. Itu biasa, lumrah hidup seorang manusia. Tipulah kalau kau tak pernah sedih, tipulah kalau kau happy sepanjang masa. Gembira-gembira juga, pernah ke terfikir perasaan orang terhadap kita? Kita tak tahu apa-apa. Kita tak boleh baca hati dan perasaan orang. Kita tak tahu orang yang baik dengan kita tu sebenarnya tak suka kita, dah tak mustahil orang yang benci kita tu orang yang terlalu menyayangi kita. Subhanallah. Jiwa dan perasaan tak boleh dikotak-katikkan. Kita manusia. Ada hati dan perasaan.
Ada suatu masa nanti, masa yang kita rasa semua orang senang dengan kehadiran kita, suka dengan telatah kita. Tapi tak, kita salah, aku salah. Kenapa aku begitu bodoh kerana mudah untuk mempercayai orang yang tak sepatutnya aku percaya? Aku ingatkan semua orang sukakan aku sebab serasa aku, aku takde buat masalah dengan orang. So kenapa aku mesti fikir yang ada orang benci aku. Dan dengan itu, tekaan aku memang salah. Hinanya aku. Aku tak sedar, lain orang, lain cara dan lain orang mempunyai lain hati dah perasaan. Walau kita buat baik macam mana sekali pun, kalau orang dah tak suka tu, tak suka juga. Mungkin dia tak suka sebab kita ni bukan orang yang dia suka. Erti kata lain, cemburu? Aku tak tau. Aku kan hina. Time tu, bila seorang berani menyuarakan kebencian dia terhadap kita, seorang demi seorang akan berbuat demikian. Kenapa yang lain turut serta kalau sebelum ni tidak berkata apa-apa? Kenapa?!! Takut? Dengar ni, "takut kerana salah, berani kerana benar" Kalau kau benar benci aku dengan sebab yang kukuh, kau perlu menayatakannya. Kalau tidak, kau akan takut untuk menyatakan. See?
Mungkin, yang lain-lain tu cuma jeles dengan kita, jeles dengan apa yang kita ada. So, mereka lebih mendiamkan perasaan benci tu dalam diri. Membenci kerana cemburu memang tak patut dan sebab itu mereka tak berani menyuarakan. Bak kata aku tadi, bila seorang mula, yang lain akan memberanikan diri untuk menyatakan kebencian mereka terhadap kita. Kerana mereka tahu yang mereka tidak berseorangan! Masa tu, orang yang pernah baik dengan kita, yang pernah bercakap dengan kita, bergurau dan sebagainya, dengan tiba-tiba menyatakan hasrat bencinya. Dulu kata kita baik, kelakar, sporting and blablabla, tapi sekarang, mengutuk kita. Kata kita berlagak, kata kita ni "bajet", kata kita ni keji, kata kita hina, kata kita bodoh, kata kita macam-macam yang buruk-buruk. Tak ke benda tu semua berbau "cemburu"? Kalau tak, mereka boleh juga dianggap "hipokrit" sebab berpura-pura baik dengan kita. dan paling menyedihkan, mereka kata "Kau fikir semua suka kau ke? Kau fikir aku suka kau? Jangan nak perasan. Semua orang benci kau." Dan masa tu, perasaan kita hancur, hati rasa pedih, dan kita mula menitiskan air mata kelemahan. Kita rasa lemah dengan semua kata-kata tu. Kita mula rasa diri kita hina pada mata semua orang. Itu bermaksud mereka berjaya membuat kita jatuh. Dan kita decided untuk pergi dan menangis seorang diri.
Allah Maha Besar, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dan pada masa itu juga, ada seorang hamba Allah yang tetap akan menyokong kita dari segi apa pun. Walaupun seorang yang nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang membenci kita, it is truly amazing how that person can cheer us up. Dia menenangkan kita, beri kata-kata semangat. Sedikit sebanyak pun, itu cukup untuk buat hati kita tenang sekejap.
Sedihkan bila orang yang kita sayang, yang pernah buat kita bahagia, yang pernah rapat dengan kita tiba-tiba pergi macam tu je. Pergi dengan mereka-mereka yang tak suka kita. Itu sangat sakit. Sakitnya tak terkata. Hanya Allah je yang tahu... Bukan senang nak hilangkan perasaan sayang pada seseorang yang tak layak dibenci walaupun mereka membenci kita. Enough said. Manusia tetap manusia. Yang pergi tetap pergi. Dan ada yang akan tetap bersama kita. Wallahualam.