Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

03 December 2013

Pentagon (Part 4)

"Sebenarnya aku dah lama bercinta dengan Alisya..." *zoom in zoom out banyak kali kat muka memasing termasuk Anita yang sedang curi curi dengar perbualan mereka selama beberapa saat diiringi sound effect yang sangat dramatic*

"Aku bukan tak nak bagitahu semua, tapi kami rasa belum masanya untuk bagitahu. Aku tak nak jejaskan persahabatan kita berlima dengan kisah percintaan kami berdua." Terang Afiq. "Aku dari mula dah suruh Afiq ceritakan pasal hal ni tapi dia enggan bagitahu korang semua." Sampuk Alisya. Amir hanya mendiamkan diri kerana dia sudah pun tahu hal sebenar pada mulanya. Arif memandang Amir, memandang Afiq lalu berkata, "Sampai hati kau rahsiakan benda macam ni dengan kami. Apa guna aku dengan Amir sebagai kawan kau?" "Arif, sebenarnya aku dah lama tahu diorang bercinta sebab Afiq hanya menceritakan hal ini pada aku sebab dia takut kau cemburu." Sampuk Amir. Arif bertambah terkejut lalu beredar daripada situ. Anita yang mendengarnya terduduk bersandar disebalik dinding. Afiq, Amir dan Alisya juga beredar.

Setelah selang beberapa hari mereka berlima tak duduk bersama, rakan rakan mereka yang lain sudah mula perasan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan mereka. Daniel yang agak rapat juga dengan Arif bertanya pada dia apakah yang telah terjadi. Arif hanya berkata tiada apa apa yang berlaku. Daniel faham kenapa Arif enggan memberitahunya. Daniel yang suka melihat persahabatan mereka berlima menasihati Arif agar berbincang dengan baik. Arif memikirkan kata kata Daniel itu.

Keesokan harinya, Arif mengajak mereka berempat berkumpul untuk menyelesaikan perkara yang tak berapa nak selesai tu. Mereka berlima berkumpul di taman permainan yang berdekatan dengan kampus mereka. Afiq, Amir dan Alisya sudah berada di sana lebih awal. Kemudian Arif tiba. Mereka hanya menunggu kedatangan Anita. Selang beberapa minit, Anita pun tiba. Arif memulakan perbincangan mereka dengan meminta maaf atas kelakuan dia yang menjauhkan diri pada mereka beberapa hari yang lepas. Anita hanya melemparkan senyuman tanpa berkata apa apa. Afiq mewakili Alisya dan Amir turut meminta maaf atas perkara yang berlaku. "Aku nak Afiq yang terangkan apa sebenarnya yang terjadi." Kata Arif dengan tegas. Suasana menjadi sunyi, Afiq memulakan kata kata beliau sambil berdiri.

"Macam ni. Dulu masa mula mula kita nak kenal dengan Alisya dan Anita, kan aku yang minta nombor telefon Anita. Kita semua rapat pun sebab ini. Kita semua mula dapat nombor masing masing sebab ini. Afiq yang suruh aku ajak mereka berdua ni lepak sama sama dulu kan. Sejak tu kita rapat dengan Alisya juga. Balik daripada lepak tu, aku terus cerita dekat Amir yang aku suka Alisya. Aku text Anita minta nombor Alisya. Sebelum tu beberapa hari aku dengan Anita berborak kosong sampailah satu hari aku beranikan diri minta nombor Alisya pada Anita. Aku text Alisya. Lepas tu dia pun layan. Aku tak cerita dekat kau sebab aku ingat kau pun suka dia. Masa lepak tu pun korang berdua yang paling banyak bercakap. Aku segan. Lepas beberapa hari tu, aku dengan Alisya setiap hari contact. Apa apa aku akan cerita kat Amir. Lama lama tu, kami tahu kami suka sama suka. Jadi kami terus bercinta. Aku ingatkan nak bagitahu bila kami dah nak berkahwin nanti." Jelas Afiq dengan lebarnya. Mereka berempat hanya mendiamkan diri. Kejutan demi kejutan yang Anita dan Arif rasakan. Satu demi satu terbongkar.

"Kalau kau nilai perasaan aku pada Alisya hanya dengan perbualan pertama kami tu, kau silap. Aku memang rasa selesa berbual dengan Alisya. Sementara aku rasa agak malu dan kekok nak berbual dengan Anita sebab dia pun masa tu nampak malu malu. Hanya Alisya yang peramah." Balas Arif dengan hampa.

Bila Afiq mula nak sambung penjelasan beliau, kedengaran suara seseorang menangis teresak esak. Semua terkejut. Mereka melihat sekeliling mereka, kelihatan Anita sedang menahan air mata tapi dia gagal. Dia menangis. Tiada seorang pun yang tahu kenapa. Perhatian mula beralih pada Anita. Alisya memeluk Anita dan bertanya kenapa. Apa yang sedang berlaku. 3 lelaki itu hanya memerhati dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

Bersambung...

28 November 2013

Pentagon (Part 3)

*suasana di dalam kelas*

Mereka berlima duduk sebaris.

Setelah pembelajaran berlalu selama satu jam, Afiq tidak lagi dapat menumpukan perhatiannya lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya. Kelakuannya itu tak dihiraukan oleh mereka berempat kerana mereka fokus di dalam kelas. Semasa Afiq sedang menaip sesuatu di telefon pintarnya, dia ingin bersandar tetapi telefonnya telepas dari tangannya. Hal itu menyebabkan Arif, Amir, Anita dan Alisya terganggu dan memerhatikan apa yang sedang berlaku pada Afiq. Afiq menyuruh Arif yang duduk di sebelah untuk mengambil telefonnya. Arif mengambilnya lalu meletakkan di atas meja dia sendiri. Terpampang besar apa yang tertulis di skrin telefonnya. Anita yang berada di hujung sekali tak nampak sebab kurang jelas. Alisya, Amir dan Arif agak terkejut dengan apa yang mereka baru baca. Afiq terus merampas telefonnya lalu bergegas keluar daripada kelas sambil membawa begnya sekali.

Tanpa membuang masa, Arif, Amir dan Alisya pun ikut sama. Anita yang tak tahu apa apa tadi menbiarkan saja mereka. Setelah 30 minit berlalu, Anita keluar mencari mereka berempat. Sementara itu, mereka berempat berkumpul di satu tempat. Arif memaksa Afiq menceritakan apa yang sebenarnya dia rahsiakan daripada mereka berempat sedangkan Amir dan Alisya tahu kenapa. Tetapi Alisya tak tahu yang Amir tahu dan Amir tahu yang Alisya tahu. Arif pula tak tahu yang Amir dan Alisya tahu. Anita yang mencari mereka tadi sudah pun nampak mereka dari jauh tetapi dia memilih untuk mencuri curi dengar daripada jauh sebab Anita curiga kenapa mereka tidak mengajak dia sekali semasa di dalam kelas.

Berbalik pada mereka berempat, Afiq rasa amat tertekan dan langsung tak berkata apa apa. Arif terus memaksa Afiq. Dan akhirnya Afiq membuka mulutnya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya disebalik bacaan mereka di telefon pintarnya. "Sebenarnya, aku... Aku....." Kata Afiq dengan gagap sambil memandang ke arah Amir dan Alisya. "Aku dah..."

Bersambung....

27 November 2013

Pentagon (Part 2)

*di bilik sakit*

Sedang mereka merawat kaki Alisya, Amir, Arif dan Anita hanya diam dan memerhati. Susana di dalam bilik sakit itu agak janggal kerana peristiwa di padang tadi. Selepas Alisya selesai dirawat, dia kini boleh berjalan sedikit tapi masih perlukan bantuan. Anita memapah Alisya ke cafe untuk makan kerana waktu tu ialah waktu makan tengahari dan diikuti oleh Amir dan Arif dari belakang. Mereka langsung tidak bercakap apa apa semasa perjalanan ke cafe. Semua acara sudah pun tamat.

Setibanya mereka di cafe, mereka terus mencari tempat untuk duduk. Cafe yang agak sesak dipenuhi pelajar lain itu membuatkan Alisya tidak begitu selesa. Tapi mereka tetap makan di situ. Anita dan Alisya tunggu di meja makan sementara Amir dan Arif pergi membeli makanan. Semasa tunggu makanan dihidang, Amir meminta maaf kepada Arif atas perkara yang telah berlaku. Dia tidak sengaja kerana dia terlalu risaukan Alisya ketika itu. Arif yang masih penuh dengan tanda tanya ni pun hanya senyum dan mengganggukkan kepalanya saja. Setelah makanan siap dihidang, mereka membawanya ke meja makan. Mereka makan sama sama. Amir mempelawa untuk menyuap Alisya tapi Alisya menolak pelawaan itu. Amir berkelakuan pelik hari itu. Sedangkan Alisya sendiri agak terkejut dengan tingkah laku Amir pada hari itu.

Selesai makan, mereka pun pulang ke rumah masing masing. Alisya di hantar oleh ayah Anita ke rumahnya manakala Amir pulang menaiki kereta Arif. Dalam perjalanan pulang, Arif memberanikan diri untuk menanyakan soalan kepada Amir yang hanya mendiamkan diri saja. "Kenapa kau diam je ni? Selalunya tak macam ni pun?", tanya Arif dengan nada yang agak gementar. "Aku rasa bersalah dengan korang. Aku pun tak tahu apa yang aku buat hari ni. Kenapa dengan diri aku sendiri. Tapi...", jawab Amir dengan jawapan yang tergantung. "Tapi apa?", tanya Arif lagi. "Aku rasa aku dah mula ada hati dengan Alisya lah weh. Aku rasa aku sayang dia sangat sangat. Aku tiba tiba rasa cemburu bila lelaki lain nak rapat dengan dia." Jawapan Amir tu membuatkan Arif diam seribu bahasa. Riaksi muka Arif jelas menunjukkan yang dia sangat terkejut. Sebelum ni mereka semua hanya berkawan, tiada sesiapa pun pernah cerita yang dia sukakan sesiapa. "Tapi kalau boleh aku tak nak perasaan ni terus menghantui aku. Selama ni aku cuba. Kenapa hari ni aku tak boleh tahan perasaan cemburu tu. Tapi kau janji dengan aku, jangan bagitahu sesiapa pun. Afiq pun jangan. Okay?" Tegas Amir lagi. Arif hanya mengganggukkan kepala tanpa berkata apa apa. Perjalanan mereka pulang ke rumah penuh dengan tanda tanya di kepala Arif.

Arif menurunkan Amir di hadapan rumahnya. Mereka berjabat tangan dan Arif memberitahu Amir supaya jangan risau. Dia berjanji yang dia tak akan bagitahu sesiapa pun tentang perkara yang mereka bincang tadi.

*5 hari kemudian*

Kaki Alisya kini beransur pulih. Dia sudah pun boleh berjalan sendiri. Arif, Amir, Anita dan Alisya pergi ke dewan untuk menunngu Afiq yang khabarnya sudah pulang pagi tadi. Sedang mereka menunggu ketibaan Afiq, mereka berempat berborak dan bergurau seperti biasa. Seakan akan tiada apa yang berlaku sebelum ini. Setelah beberapa minit menunggu, Afiq memanggil mereka dari jauh sambil berlari anak ke arah mereka berempat. Arif dan Amir memeluk Afiq dengan begitu erat kerana terlalu rindukan dia. Afiq pula perasan yang kaki Alisya sakit. Lalu dia bertanyakan tentang hal itu. Nada Afiq agak cemas. Suasana kembali tegang seperti yang pernah mereka lalui sebelum ini di padang dan bilik sakit. Afiq yang tak tahu apa apa menimbulkan semua ketegangan itu. Mereka menceritakan apa yang terjadi tapi tidak menceritakan hal Amir dan Arif. Afiq menunjukkan yang dia kisah dan risau akan keadaan Alisya. Mereka tak terkejut dengan kelakuan Afiq kerana dari mula Afiq memang paling rapat dengan Alisya dan mereka semua selalu menyakat mereka berdua. Afiq membawa ole ole dari luar negara untuk mereka semua. Bungkusan semuanya sama cuma barang di dalamnya itu berbeza. Afiq menyuruh mereka membuka hadiah itu di rumah saja. Setelah membahagikan ole ole dari luar negara itu, mereka bergegas untuk ke kelas...

Bersambung.....

26 November 2013

Pentagon (Part 1)

Hi dan assalamualaikum! Kali ni aku nak buat cerita yang ala ala cinta tiga segi macam tu. Cinta tiga segi kan melibatkan 3 orang. Kan? Aku pun tak pernah alami kahkahkah (gelak cover malu) Pentagon kan 5 sided Polygon. Ewah gitu engko tak menahan tajuk. Jangan risau. Bacaan kau tak perlukan kalkulator. Cuma gunakan hati dan perasan. Mwahaha (gelak nak nampak tak cliche) Means that cerita ni melibatkan 5 orang. Rekaan semata mata ye. Apa kau.

Let's get started!

Arif, Afiq, Amir, Anita dan Alisya merupakan sahabat karib. Arif, Afiq dan Amir mula kenal dan rapat sejak daripada sekolah rendah lagi. Sementara Anita dan Alisya pula kenal semasa mereka sambung belajar di universiti. Kini sudah semester ke 3. Arif, Afiq dan Amir pula baru saja mendaftarkan diri mereka di universiti yang sama di mana tempat Anita dan Alisya belajar. Mereka berlima mula rapat dan menjadi sahabat karib kerana mereka satu kelas dalam satu subjek ni. 3 jejaka ni memang nakal sikit. Mereka mula tertarik untuk berkawan dengan Anita dan Alisya ni semasa Anita dan Alisya datang lambat ke kelas dan mereka terpaksa duduk di bahagian belakang kelas bersama Arif, Afiq dan Amir. Sejak daripada itu. Mereka mula berkenalan antara satu sama lain. Untung mereka sebab Anita dan Alisya ni peramah orangnya.

Sejak daripada tu, mereka pergi makan, belajar, keluar, bersenam pun bersama. Mesti akan berlima. Mereka berlima juga agak terkenal di universiti itu kerana pencapaian mereka dalam pendidikan sangat memberangsangkan. Mereka juga tampan tampan dan jelita jelita. Seringkali menjadi perbualan antara pelajar pelajar lain.

Setelah sebulan mereka menjalani kehidupan di universiti bersama, kini tiba pada hari sukan. Pada hari sukan yang dianjurkan oleh fakulti mereka, Afiq tak dapat menghadirkan diri kerana dia terpaksa mengikut keluarganya pergi melancong ke luar negara. Jadi, hanya mereka berempat saja yang menyertai hari sukan tersebut. Mereka memasuki larian 4x100 meter beregu lelaki dan perempuan. Idea larian 4x100 meter beregu ni dicadangkan oleh senior mereka. Disebabkan majoriti yang tinggi bersetuju untuk mengadakan acara larian ini, mereka terpaksa mengadakannya. Pelari pertama diambil oleh Arif, pelari kedua diambil oleh Anita, pelari ketiga diambil oleh Alisya dan seterusnya pelari keempat diambil oleh Amir.

Acara pun bermula. Arif memulakan lariannya dengan agak bagus kerana mereka memulakan acara dengan menduduki tempat kedua. Apabila Arif menghulurkan batton kepada Anita, Anita memecut lalu melencong peserta daripada kumpulan lain dan kini merampas tempat pertama. Kini batton sudah mula dipegang oleh Alisya. Alisya juga memulakan lariannya dengan agak bagus tapi dia terjatuh dengan teruk semasa hendak menghulurkan batton kepada Amir. Amir yang dalam keadaan risau dan panik berlari ke arah Alisya untuk membantunya. Dia memilih untuk tidak meneruskan lariannya. Amir memanggil pasukan keselamatan untuk membantu dia mengangkat Alisya ke tepi. Arif dan Anita juga berlari ke arah mereka. Sementara pasukan lain meneruskan larian mereka. Dengan ini, secara automatiknya mereka telah tersingkir. Kelihatan di muka Amir kerisauan dan kesedihan yang dia rasa terhadap apa yang baru saja terjadi pada Alisya. Kaki Alisya luka teruk dan bengkak akibat terseliuh.

Semasa Arif ingin membantu pasukan keselamatan mengangkat Alisya untuk di bawa ke bilik sakit, Amir menolak dan menepis tangan Arif lalu dia terus berlalu pergi bersama pasukan keselamatan ke bilik sakit. Anita yang menyaksikan kejadian itu agak terperanjat dan Arif juga seakan tidak percaya dengan tindakan Amir sebentar tadi...

Bersambung.....

23 November 2013

Kau Rasa?

Kau rasa,
Semua yang kau dengar guna telinga,
Itu benar belaka?

Kau rasa,
Semua yang kau nampak depan mata,
Itu kebenaran yang nyata?

Kau rasa,
Kau cukup bahagia,
Bila orang lain sengsara?

Kau rasa,
Berbaloi ke antara sahabat dan cinta,
Kau korban cinta?

Pertama, sudah semestinya bila kita dengar sesuatu daripada orang, hati kita terdetik untuk percaya. Yang membezakannya, sama ada kau percaya khabar angin yang datangnya entah dari mana atau kau percayakan si dia yang ditabur fitnah dunia. Sahabat, keluarga dan cinta, tak semudah yang disangka untuk percaya. Kau dulu akan ditanya. Baru ditanya pada mereka yang menjaja cerita. Sahabat, keluarga dan cinta juga tak akan sewenang wenangnya membuang kau begitu saja, meski dosa itu sudah sebati dalam hati kau yang sudah tiada lagi cahaya. Malah mereka berdoa, bagi semangat untuk kau kuat, agar kembali ke jalan yang benar.

Kedua, dua biji mata itu lemah, selalu nampak yang salah, yang benar jarang sekali terjengah. Yang kau tatap, yang kau nampak terus sentap, itu hanya perangkap. Tak mustahil sesetengah yang kau lihat itu penuh muslihat. Orang kalau ada niat jahat, tak kira kau siapa walaupun sahabat. Jadi, jangan terlalu mudah untuk mempercayai. Siasat, meski ambil masa, kebenaran yang kau peroleh benar benar belaka.

Ketiga, bahagia ke bila kau rampas kebahagiaan orang lain dengan membuat kesengsaraan yang kau rasa itu sebagai balasan kau pada mereka yang langsung tak salah apa apa. Perolehnya mereka kebahagiaan itu kadang kadang tak pernah diminta. Ia datang dengan sendirinya. Balasan daripada keikhlasan yang telah dia berikan. Kau kena tahu, kebahagiaan yang kau miliki daripada orang lain itu kekalnya seketika cuma. Kesengsaraan yang kembali akan kau rasa lebih teruk, dua kali ganda. Punya susah orang jaga, kau rampas macam tu je? Ada orang yang buat orang lain bahagia, tapi dia sendiri tak pernah rasa macam mananya bahagia.

Akhir sekali, sahabat dan cinta sama tarafnya kerana percintaan itu bermulanya daripada persahabatan. Jika kau miliki persahabatan dan percintaan, pilihlah persahabatan meski kau perlu korbankan kebahagiaan kau sendiri. Mana lagi sakit? Tengok orang yang kau sayang tak bahagia atau kau sendiri tak bahagia? "Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati." Hati kita lain lain. Pilihan kita sendiri impaknya berbeza dengan mereka yang lain. Kalau boleh, korbankan kebahagiaan kita untuk orang yang kita sayang. Bukan lah namanya sayang kalau tiada pengorbanan.

14 November 2013

Macam Kawan Tapi Bukan

Kawan kita yang hari ini, kawan baik ke kawan rapat ke kawan kawan biasa ke, semua mereka yang dahulunya kita langsung tak kenal. Dan mereka ini juga berlainan anggapan kita pada dia.

Ada yang kau baru kenal, kau tak rasa yang dia akan jadi kawan baik kau. Ada tu pula kau baru je kenal terus kau rasa dia sangat memahami kau dan kau rasa benda tu boleh buat kalian jadi rapat.

Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, apa yang kau jangka akan berlaku dalam persahabatan kau dengan seseorang.

Pertama, pada kawan yang kau anggap kawan biasa. Kenal secara tak sengaja, jarang sekali berjumpa, perlu bila ada, tak ada pun tak apa.

Kedua, pada kawan yang kau anggap kawan baik. Tak ada kau cari, semua masalah kau kongsi, rahsia kau bagi, tak ada tak lengkap lah sehari.

Kawan yang dulu kau anggap biasa. Sekarang siapa dia pada kau? Masih kau rasa dia kawan yang biasa atau dia yang selalu ada bila kau perlu bantuan? Atau kau sendiri menganggap dia seorang yang baik dengan cara layanan dia pada kau? Sedangkan sebelum ni takda pun kau dengan dia mengaku antara satu sama lain yang kalian sahabat baik.

Kawan yang dulu kau anggap baik. Kawan baik. Masih kau rasa dia seorang kawan yang baik untuk kau? Masih kalian rapat seperti dulu? Atau dia yang kau anggap baik, sudah mula buat "taik". Dia yang kau anggap baik, susah susah baru dia nak cari. Kau je yang berkongsi. Kau je yang mesranya tak lari. Dia? Anggap kau ada takda. Kalau ada ada lah. Kalau takda pun takpa.

Bagus lah kalau kawan yang dulu kau anggap kawan biasa tapi kau rasa dia seorang kawan yang baik. Bagus lah kalau kawan yang dulu kau anggap baik, sekarang kalian masih rapat. Tapi kalau yang dulu kau anggap baik, sekarang kau tak rasa dia orang yang sama, apa kau buat? Diam untuk menerima, tapi seringkali kau dikecewa olehnya. Sakit hati dengan bahasa dan tindakannya. Atau, kau luah apa yang kau rasa, tentang apa yang kau tak puas hati dengan dia. Kalau dengan itu dia tarik muka, jauhkan dirinya, sedar lah kau bahawa dia tidak lagi memerlukan kau sebagai seorang kawan. Mungkin dulu dia perlu kau sebab dia hanya mahu dibantu.

Bagi aku, dengan apa yang aku dah lalui dengan seseorang tu, indah atau sebaliknya, aku sayang sangat nak biarkan macam tu je. Fikir balik apa yang kalian dah janji bersama, ingat balik pahit getir bila kalian bersama. Jangan jadi seorang yang cakap tak serupa bikin. Mesti kau sayang nak putuskan persahabatan tu. Dan bila benda benda ni terjadi, dahulunya kau pernah tertanya tanya. Pernah mengagakkan perkara perkara macam tu jadi. Biasa lah. Takkan tak ada 2 orang yang bergelar sahabat tak bergaduh.

For me, friendship is more complicated than relationship between couples.

Kalau kau tak nak benda benda ni berlaku, senang je. Masa mula jumpa, masa mula kenal hati budi dia, jangan senang sangat nak mengaku dia itu ini pada diri kau. Sedangkan kawan yang dah 2 tahun kau kenal pun hari ni kau tak faham dia, inikan pula dia yang baru kau kenal sebulan dua.

Indah kan hidup ni kalau dua dua ikhlas dalam persahabatannya? Tiada hasad dengki. Cemburu itu langsung takda. Bila berjaya seorang kawan patutnya rasa bangga. Dah anggap macam keluarga.

Jadi, jangan anggap persahabatan ni benda mudah. Jaga hati kawan. Jaga bila dia tak mampu bangun. Buang semua hasad dengki atau perasaan tak puas hati kalau kau sayang persahatan kau dengan dia. Tak akan bahagia bila kau mula rasa tak suka. Apa apa pun, perginya dia meninggalkan kau, pasti ada yang lebih baik datang mengganti. Yang benar tak akan pergi buat kau tiada sesiapa di sisi :-)

05 October 2013

Bezanya Dulu & Sekarang

Bezanya dulu dengan sekarang;

Masa dia selalu ada untuk kau, kau suka. Kau bahagia. Sampaikan kau harap dia ada untuk selamanya. Apa yang dia kata, ikhlas dari hatinya, kau percaya. Langsung tiada prasangka. Tepat pada hati kau boleh merasa bahawa betapa ikhlasnya dia. Kalian berdua bahagia. Menyemai janji bersama. Menghabiskan masa setiap hari meluahkan kata kata. Masalah kau, masalah dia. Kebahagiaan kau, itu milik dia juga. Semua benda dia bagitahu kau. Tiada rahsia antara kalian berdua. Buat apa, makan apa, sihat ke tidak, dah bangun tidur ke belum, pergi mana. Sampai kan, keluarga dia kau kenal. Keluarga kau juga sama mengenali dia. Dengan itu, makin akrab kalian berdua. Kau dah anggap dia macam keluarga sendiri. Cuma kadang kadang bila dia takda masa untuk kau, kau je yang suka fikir bukan bukan. Kau sangka dia hanya janji dusta. Kau sangka dia tak ada untuk kau. Kau suka berfikiran buruk. Walhal dia takda niat langsung. Kau je yang "over attached". Bila dah macam tu, ada juga kau rasa sedih sebab kau fikir macam tu, walau dia sentiasa ada untuk kau. Walau bukan pada zahirnya, dia memang ada. Cuma jarak tak mengizinkan. Sekejap kau bahagia. Sekejap kau sedih. Walau dia sentiasa ada.

Itu dulu. Sekarang;

Everything goes well. Allah kalau sayangkan hamba dia, mesti dia beri ujian di dunia. Susah mana kau rasa, sedih mana pun, ingat, Allah itu maha penyayang. Dia takkan uji kau di luar kemampuan kau sendiri. Disebalik ujian dia, ada pengajaran yang lebih baik untuk kau masa akan datang.  Dan tiba hari itu, di mana telah terpahat dalam bukunya, kau bakal menduduki ujian daripadaNya. Kali ni, dia betul pergi. Dengan sendiri. Bukan dengan panggilan Ilahi. Bukan kau fikir bukan bukan macam dulu, tapi ni benar benar berlaku. Siapa je masa tu juga boleh terima, boleh redha. Mula mula mesti sedih gila. Menangis setiap malam memikirkan apa yang sebenarnya terjadi. Hari demi hari, Allah tunjuk kau jawapan kenapa. Kau tahu alasan dia. Alasan yang lebih baik untuk kalian berdua, tapi susah nak diterima. Kau tahu dia sayang kau. Itu memang tak boleh dinafikan. Sebab ikhlas dia buat kau percaya. Dia pun tak pernah berdusta. Tapi apa kan daya. Semua ketentuan Dia. Walau tak lama, cuma sementara, hari demi hari kau merela, kau redha. Sakitnya lama lama tinggal parut sahaja. Pedih luka semua terubat jua dengan doa. Apa yang dia beri, apa yang dia janji, pesanan dia, kau ingat sampai bila bila. Kau sayang. Kau tak nak lupa. Cuma hanya menerima. Kau jalani kehidupan seperti biasa. Ada masa masa dia, bila kau bahagia tanpa dia, kau sedar masa kau sedih dia ada, tu semua silap belaka walhal dia memang ada. Cuma kau buruk sangka. Kau bahagia sekarang, fikir kau, kau lagi bahagia bila bersama dia. Minta kau cuma satu, jika diberi pilihan kedua untuk ada dia, terima. Baiki semua. Kerana bagi aku, sayang aku takkan pernah mati. Harap kau, dia bahagia. Bila benar dia bahagia tanpa kau, kenapa kau tidak begitu juga. Kan? :-) 

22 September 2013

Tolong Jangan

Bukan apa,
Bukan tak mensyukuri,
Tapi,
Aku risau.
Selalu aku fikir,
Mereka yang aku miliki hari ini,
Mungkin kah mereka bakal pergi?
Dengan panggilan Ilahi sudah pasti,
Tapi,
Pergi dengan rela hati mereka sendiri.

Aku cuma takut,
Hadir mereka cuma sementara.
Untuk ajar aku bagaimana,
Kuat di dunia hadapi ujianNya.
Aku kata ini,
Kerana pernah aku alami.
Tak sanggup aku harungi lagi.

Aku juga percaya,
Ada kebahagiaan yang kekal abadi atas muka bumi ini.
Itu buat aku kuat.
Mengatakan mereka yang sayang aku,
Mereka yang aku sayang,
Semuanya yang ada hari ni dalam hidup aku,
Aku menadah tangan agar mereka sentiasa ada,
Tak pernah berubah.

Setiap detik waktu,
Macam macam boleh berlaku.
Itu satu.
Lagi,
Paling teruk bila berlaku yang tak diingini.

Aku minta dijauhkan semua itu.
Aku dah sayang sangat dengan apa yang aku ada sekarang.
Keluarga aku, kawan kawan baik aku, mereka yang aku anggap macam keluarga sendiri,
Mereka ni lah yang tiada pilih berganti.

Aku rela jadi yang pergi dulu,
Kerana aku tak sanggup terpaku,
Melihat semuanya memori dahulu.

13 September 2013

Aku Disayang Atau Aku Yang Menyayang

Aku bersyukur sangat dapat kenal semua orang dalam hidup aku. Cerita sekarang atau cerita dahulu, aku tak kisah. Yang penting, kenangannya akan tetap dikenang aku.

Jika dulu dia yang aku kenal,
Rapat tiada jarak sejengkal,
Sekarang aku ditinggal,
Tak pernah aku menyesal,
Dapat mereka aku kenal.

Sekarang makin bertambah orang sayang,
Aku disayang atau aku yang menyayang,
Tiada masalah sebarang,
Yang aku tahu gelap makin kian terang,
Jangan cuba kau conteng arang.

Ada lah rezeki untuk berbaik,
Dengan yang dulu buat buat baik,
Akan aku ambil,
Pulihkan yang tak stabil.
Jika tiada rezeki yang memanggil,
Aku masih stabil.

Yang ada dengan aku tak kira masa,
Di mana mahupun bila bila saja,
Itu perlu aku tumpukan selamanya,
Andai mereka tahu semua,
Lebih daripada apa aku tunjuk mereka,
Allah saja tahu kenapa aku lakukan semua demi mereka.

Mereka semangat aku,
Kawan atau keluarga aku,
Makin teguh aku,
Bila mereka bersatu,
Jadi satu.

Tak perlu bagitahu,
Mereka tahu,
Siapa kau dan kau pada aku.
Perasan lah,
Kalau kau bukan orangnya,
Cuba.
Cuba jadi sama.
InsyaAllah,
Kau akan memiliki "mereka" kau sendiri,
Seperti yang aku sudah pun miliki.

Alhamdulillah.

30 August 2013

Merdekakan Akalmu

Merdekakan Akalmu;

Jatuh berdiri kau di situ,
Berpegang kepada semangat yang satu,

Jatuh berdiri kau di situ,
Ingin menuju destinasi kalbu.

Jatuh berdiri kau di situ,
Bukan seorang diri tapi dibantu.

Jatuh berdiri kau di situ,
Menanam semangat cinta tanah airku.

Merdekakan akalmu,
Bangkitkan semangat dahulu,
Seperti sejarah tercacat dalam buku.

Merdekakan akalmu,
Menyusun ilmu,
Memperoleh kemajuan dunia baru.

Merdekakan akalmu,
Agar terus kau menyeru--
Ini tanah airku,
Apa pun yang berlaku,
Mereka dan aku,
Bersatu,
Mengekalkan kemerdekaan negara tanah tumpahnya darahku.

29 August 2013

Aku Selalu Pesan

Aku selalu pesan,
Sakit ke, bahagia ke,
Kongsi.
Jangan simpan sendiri.
Nanti makan hati.

Bila tiba masa aku pula,
Susah aku nak kongsi,
Lagi lagi masa hati hampir mati.
Aku rasa,
Aku tiada siapa lagi.
Walau ada yang sayang aku pun,
Semua jauh dari sisi.

Kalau dekat seinchi,
Dah lama aku peluk.
Agar tenang rasa hati,
Walau di dalam bagai dicucuk semak berduri.

Kenapa semua ni boleh jadi?

Sebab kau tak kisah pasal hati sendiri.
Kau tanggung walau kau tak mampu berdikari.
Kau nak yang lain kongsi,
Sebab kau kisah hati mereka,
Lebih lagi.

27 August 2013

Aku Tak Boleh

Kalau aku rindu sesuatu,
Atau,
Seseorang semestinya,
Ego yang tinggi,
Hati keras gila nak mati pun,
Tewas.

Rindu,
Tak jual ubat dekat farmasi tu.
Rindu,
Makin kau diam,
Menghakis ia hati dulu.
Lama lama,
Sakit kau rasa.
Kau diam,
Rindu menendang jiwa.
Hati tak rasa apa,
Makan pun tak selera.
Tak tipu.

Pernah tak,
Kau pakai baju tu,
Sebab rindu je.

Pernah tak,
Kau dengar lagu tu,
Sebab kau rindu dia yang dulu.

Pernah tak,
Kau terasa nak makan sesuatu,
Sebab itu kegemarannya yang dia pernah bagitahu.

Pernah tak,
Kau diam termangu,
Rasa macam dungu,
Tak tahu apa apa,
Tak tahu mahu dibilang apa.
Kata disekat dik rindu yang tak terubat.

Kalau rindu bisa buat kau jatuh sakit,
Bangkitlah menyuarakan rindu yang tersepit.
Sikit sikit,
Hati bisa terlepas dari tersepit sakit.

Kau,
Aku,
Ada cara sendiri.
Luah atau pendam rindu,
Tak semua tahu.

Meski rindu tak berbau,
Rasalah dengan janji yang kau katakan dulu.
Susah aku,
Senang aku,
Kau tetap akan bersama setiap waktu.

21 August 2013

Rugi Ke?

Rugi ke?

Apa yang ruginya?

Rugi ke kau buat baik dengan semua orang?
Ini tak, semua benda adanya tak kena di mata kau. Orang buat baik, kau buruk sangka. Apatah lagi orang buat silap, cepat je kau nak tangkap. Kau tu? Sempurna sangat dah? Baiki diri sendiri.

Rugi ke kau lepaskan semua benda yang kau nak bagitahu daripada kau simpan dan tunjuk ego kau setinggi awan di langit?
Memang puas hati. Kejap je lah tapi. Berhari hari. Tak tahan sampai mati pun. Daripada terlambat, dia dah pergi baru kau berlari menyampaikan rasa hati. Sangat rugi.

Lagi,
Rugi kalau kau menolong dan mengharapkan balas budi. Tidak dapat apa yang kau mahukan, kau ungkit semua. Apa yang orang rasa? Macam macam. Seingat dia kau ikhlas, tapi lain pula yang dibalas. Sekali tu jelah orang minta tolong. Lepas ni, tiada lagi. Orang benci lagi ada.

Ada benda yang kita nak buat tapi kita tak nak sebab sakit hati. Jangan, buat lah. Tak rugi pun. Jangan sebab sakit hati, kita tak berbudi, kita hanya menyakiti. Sampai bila dendam mahu singgah di hati sedangkan niat ikhlas sudah lama mati.

Jika ikhlas kau beri,
Balasan semua di akhirat nanti.
Itu Allah janji.
Mesti.

03 August 2013

3 dalam 1

3 dalam 1 apa yang aku cuba maksudkan? Teruskan membaca. 

Macam ni sebenarnya, aku nak cerita pasal hari Khamis hari tu. Lupa pula nak update blog pasal tu. Padahal dah niat dalam hati nak update. Okay, mari kita mulakan.

Khamis, 1 Ogos 2013.
Aku, Aizat dan Megat berbuka sama untuk kali terakhirnya dalam bulan Ramadan untuk tahun ni sebelum masing masing cuti raya. Macam biasa, Anna takda. Dia berbuka dengan orang lain je. Kan.

Sebenarnya, rancangan kami lain tapi, Megat yang tukar semuanya. Penakut sangat nak tengok The Conjuring tu. Last last semua shopping je. Ganap duit.

Sebelum Aizat sampai, aku dengan Megat dah shopping sikit sementara tunggu dia sampai. Lepas Aizat sampai, kami terus berbuka di Seoul Garden. Main masak masak. Bergelak ketawa. Lepas makan je terus sambung shopping lagi. 

Di sini, bermula lah kisah 3 dalam 1 nya. Hahahaha. Kau tahu kan fitting room besar mana je? Kitorang nak beli ada satu baju ni, design sama cuma warna berbeza. Dalam kedai tu fitting room dia ada 3 je. 2 ada orang, satu kosong. Semua tak sabar nak cuba. 

Jadinya, Megat dapat masuk dulu. Aku tanpa fikir panjang, aku terus masuk juga sekali dengan Megat. Tiba tiba Aizat tolak pintu nak masuk sekali. Dah lah kedai tu ramai gila orang. Penuh. Tengah cuba baju masing masing, keluarlah kata kata yang membawa 1000 makna. Aku mula dulu. 

Aku: Eee Megat. Hitamnya kau punya! Aizat! Besarnya kau punya!

Lepas tu tiga tiga gelak dalam fitting room tu. Kepala otak kami tiga orang ni masing masing dah tercemar. Kau faham faham jelah hahahaha. Dah lah fitting room tu kecil. Dah puas hati semua, masa nak keluar tu, Megat dan Aizat. 

"Weh Keba kau punya sempit. Asal ketat?!"

HAHAHAHAHAHAHAHAHA masa ni aku cannot go dah duduk dalam tu lama lama. Kalau nak tahu, baju Megat warna hitam. Aku punya warna kelabu dan Aizat punya warna merah, cuma Aizat je size M. Aku dengan Megat size S. Sebab tu Megat "punya hitam". Aizat punya "besar". Dan aku yang "ketat dan sempit" ni sebab badan aku dengan Aizat sama. Tapi aku pakai S. Megat memang dah tentu badan kecil pakai S. Hahahaha. Jahanam kalau aku tak terangkan nanti.

Lepas tu, sekali bertiga keluar dari fitting room tu. Kau bayangkan dengan ramai orang dalam kedai tu. Keluar je gelak gelak. Aip aip abang kaunter tu jangan fikir lain. Hahaha. 

Dah selesai bayar semua. Kitorang terus balik. Sabar jap. Cerita belum habis. Aizat dah balik dulu naik kereta sorang. Si Megat naik aku sebab dia parking tempat lain. Masa dah sampai tempat dia parking tu, ramai gila orang beratur nak bayar tiket parking. Panjang gila beratur. Sebab mesin lain rosak. Aku pun padan kan muka Megat. Sampai je tepi jalan nak turunkan dia, dia celaka cepat cepat turun dari kereta lepas tu lari tanpa ambil barang dia. Hahahahaha sumpah tak terlintas lansung dalam kepala otak aku dia nak dajal aku. Kenalah aku tunggu sampai dia habis bayar. Takkan aku nak campak je barang dia tepi jalan tu. Eyyy nasib baik kawan tau. 

Ha, macam tu lah ceritanya. Entah bila agaknya kami nak berempat balik menjadi complete #MB4. Hope raya nanti dapat lah raya sama sama! :D

01 August 2013

Izinkan Kanda, Dinda.

Dinda,
Izinkan aku melelapkan mata,
Hanya untuk sementara.
Tak relaku lihat kau berduka sendiri setiap masa,
Manakan bisa aku pergi selamanya.
Aku masih belum bersedia.

Dinda,
Pergi ku seketika,
Untuk mencari mimpi kita.
Harapan jadi halal berdua,
Bahagia bisa kita kongsi bersama,
Hingga ke syurga.

Dinda,
Memiliki keluarga bahagia,
Keluarga Sakinah namanya,
Bukankah itu lebih mulia?
Bukankah itu cita cita kita?
Daripada bercinta menyelam ayat ayat dusta remaja.

Dinda,
Selamat malam.
Bawa keluar duka terpendam.
Jangan biar ia jadi hitam.
Kelak hidupmu kelam suram,
Dipenuhi dendam.

Salam,
Kanda bucuk masham.

**
Kanda: Aku tiada apa apa. Aku cuma ada tulang saja.
Dinda: Takpa, biarkan aku jadi isimu. Memenuhi setiap ruang kosong dalam hidupmu.

Kwaja Dinda bersweet perli habis.

30 July 2013

Pergi

Tak, bukan. Ini bukan lagu Aizat Hamdan. Ini kau. Untuk kau. Untuk kita yang rasa sama.

Apa kau tunggu lagi?
Pergi.
Baik kau pergi.
Daripada kau terus disakiti.
Disakiti oleh perasaan sendiri.

Kau sendiri dah nampak jawapan depan mata.
Kau dah nampak macam mana cara dia layan kau.
Tak perlu tunggu.
Walau 1000 tahun sekalipun,
Dia ada pilihan dia sendiri.

Dia tak sakitkan kau,
Cuma kau yang degil.
Tak nak pergi.
Masih terhegeh menunggu yang tak pasti.

Dia punya pengganti yang lebih baik.
Kau sendiri nampak beza kau dengan pengganti kau. 

Sudah lah. 
Sakit kau berdiri,
Sakit kau menanti,
Sakit kau pergi,
Banyak lagi yang ada.

Lama lama kau lupakan dia juga. 
Tapi, kena ada pengganti. 
Pengganti yang ikhlas,
Bukan yang kau main pilih malas.
Nanti derita yang kau terima sebagai balas.

28 July 2013

Dulu Tak Pun

Dalam dunia ni, hari hari kau akan jumpa orang baru, hari hari kau akan jumpa orang yang sama. Bergantung ke mana kau pergi dan apa keputusan yang kau buat setiap hari.

Kalau jumpa orang yang sama hari hari, bosan. Kalau jumpa orang baru hari hari, segan. Kita selalu tumpukan pada orang baru dalam hidup kita. Konon nak mulakan semuanya baru. Hidup baru, perangai baru, kebahagiaan bersama orang baru.

Kita tak sedar, orang yang sama kita jumpa hari hari tu pun kita mampu mulakan sesuatu yang baru dengan dia. Daripada sahabat kepada lebih daripada tu. Ya, itu biasa berlaku dan jika berlakunya benda tu, selalunya tak menjadi. Kawan tak lagi jadi kawan. Sorang simpan perasaan hanya sebagai kawan dan lagi sorang mahukan lebih daripada itu. Apa nak buat, kita rancang, Allah tentukan.

Masalahnya,
Pernah kau macam jumpa orang baru hari ni, lepas tu kau macam tak heran dan tak endah pun dengan dia. Bila tibanya esok hari, kau jumpa dia sekali lagi. Perasaan masih sama. Takda apa apa. Kau tengok dia, dia tengok kau. Dah. Tu je. Kau tak terfikir langsung nak jadi kawan dia. Dia pun rasa macam apa kau rasa. 

Tapi,
Tak mustahil. Mana tahu, tiba tiba satu hari kau macam mula bercakap dengan dia, mula tanya soalan wajib bila baru nak kenal.

"Nama kau siapa?"
"Umur berapa?"
"Tinggal kat mana?"
Dan seterusnya. 

Akan tetapi,
Perasaannya masih sama. Tiada apa apa. Sekadar borak buang masa. Hari hari benda yang sama kau buat dengan dia. Bercakap. Kenal antara satu sama lain. Sampai masa, kau mula rasa selesa, kau rasa dia perlukan apa yang kau perlukan. Kau rasa dia faham apa yang kau rasakan. Sikit sikit ia mula. Kau mula nak jadi lebih rapat dengan dia. Kau nampak dia juga sama. Seakan akan perasaan kau dengan dia bertegur sapa.

Dulu tak pun.
Sekarang baru rasa. Hari ni baru kau sedar. Kau sendiri tak boleh agak benda macam ni akan berlaku. Orang yang langsung kau tak heran dulu dulu, sekarang sebagai teman.

Tibalah masanya. Kau dah sepenuhnya rasa kau perlukan dia. Tapi sejak kau mula tunjuk semua, dia seakan akan berubah. Tidak, dia tak berubah. Cuma kehendak kau dulu dan sekarang pada dia yang berubah. Dia biasa. Layan kau macam dulu dulu. Tiada siapa salah.

Bila kau mula sedar apa yang kau nak mulakan tu tak menjadi, baik kau hindari semua yang kau rasa. Balik kepada kau yang dulu. Perasaan di mana kau anggap dia biasa biasa je. 

Tapi, payah. Makin dilupakan, makin kuat diingatan. Warna, bau, apa yang kalian berdua katakan, sering menghantui ingatan. 

Kuat. Kau perlu kuat untuk lawan. Daripada kau sakit nanti. Baik kau berhenti. Anggap kau leka dengan mudah untuk berasa sayang pada seseorang. Mungkin dia seorang yang penyayang, sebab tu kau rasa disayangi dan kau mahu menyayangi. Tapi dia, penyayang pada semua orang. Layanan dia semua sama.

Sedarlah. Lebih baik kau anggap apa yang kau rasa tu mainan perasaan. Anggaplah dia kawan. Anggaplah dia masa mula mula korang kenal. Itu lebih baik daripada syok sendiri.

Sakit sikit. Tapi tak lama. Sekejap je, sebab, perasaan berubah. Bukan sekali, tapi banyak kali.

20 July 2013

Paras Rupa

Sering kita minta minta,
Nak rupa macam dia,
Nak rupa macam dia,
Kenapa muka aku banyak cela,
Kenapa muka dia cantik belaka,
Kenapa muka dia kacak sentiasa.
Kita minta,
Kita mengadu,
Tanpa kita sedar.
Buruk lagi kalau tak ada muka.

Kalau muka kita semua sama,
Mana isteri tuan,
Mana suami puan,
Keliru tak keruan.
Tiada balas kata pujian.
Bosan.
Tiada hiburan mata.
Umpama duduk depan cermin,
Bertentang mata dengan diri sendiri.
Jangan.

Bersyukur lah.
Dua biji mata,
Nampak indah dunia.
Dua cuping telinga,
Dengar alunan nada & irama.
Sebatang hidung,
Hidu bau wangi.
Mulut,
Berkata ia meluahkan rasa.
Tanpa itu semua,
Kau bukan manusia,
Kau.....
Kau.......
Tiada nama.
Entah wujudnya pun bila.

Tapi jangan bangga,
Bongkak,
Kekwat segala.
Allah tarik apa yang sedia ada.
Baru padan muka.

Kadang kadang aku pun sama... 2X5

15 July 2013

Kisah Dunia


Aku mulakan dengan soalan.
Soalan yang dah lama aku simpan.
Soalan berbentuk ungkapan.
Jawapan perlukan huraian.

Pernah kau lihat mereka yang hidup susah, tapi masih kerah mengumbah tong sampah untuk sesuap nasi?

Anak anak kecil meminta sedekah,
Berbekalkan buku senaskah,
Membuatkan orang anggap ia tipu helah.

"Bang, kak, derma lah. Saya orang susah. Ibu bapa tiada." Kata anak anak kecil tu dengan suara resah.

Yang mampu, balasnya tidak pada yang menadah.
Itu yang selalu kita nampak.
Ada pun dua dalam berjuta menghulurkan kertas berharga.

Jangan salah sangka.
Aku bukan mahu menghina mereka.
Tapi cukup sedar ke kita.
Hidup kita bagaimana.
Sesusah mereka?
Atau syiling kita buang merata.

Mampu kita,
Bersyukur kita.
Susah kita,
Dugaan dunia.
Usaha.
Kesenangan tunggu di hujung sana.

Hulur tangan ringankan beban.
Bukan hulur tangan menuding kesalahan.
Susah kita perlu bantuan.
Susah orang lain kita faham perasaan.

Susah kita, bantu lah jua.
Pengorbanan.
Tak tergambar besar nilainya.
Allah saja dapat membalas segala,
Di dunia atau akhirat sana.

Itu pasti.
Mensyukuri mesti.
Alhamdulillah.

14 July 2013

Termenung



Termenung.
Kau sedar separuh jiwa kau pergi.
Entah ke mana ia menyendiri.
Mungkin tinggal di segenap mimpi,
Mungkin penat dengan realiti. 

Kau termenung lagi.
Berlari anak anak kecil bersama rakannya.
Kau fikir sejenak, itu dulu kau selepas bayi.
Berlari ke sana ke mari. 
Yang kau kenal hanya mainan sendiri.

Selangkah demi selangkah kau menjejakkan kaki di atas bumi,
Kau sedar.
Hidup bukan cuma berdiri.
Terkadang kau harus berlari mengejar mimpi, sendiri.

Termenung kerana sepi.
Sepi kerana dia tak lagi di sisi.
Termenung kerana diri.
Diri yang tak lagi kau yakini.

Menyendiri untuk termenung.
Ada terdetiknya dalam diri untuk kau sedar.
Jauh mana kau tersasar.
Pudar.
Samar.

Termenung jauh ke sana.
Fikirkan pasal dia.
Termenung jauh ke sana.
Fikirkan pasal "kita".

Sedarlah.
Termenung sudah.
Langkah masih pasrah. 
Bergerak mengambil langkah.
Agar semua seperti mana yang kau damba indah.
InsyaAllah.

10 July 2013

Tak Mengapa

Kalis luka pedih di hati. Kais bahagia jauh tersisih. Berseorangan aku sedih, berteman aku ketawa gigih. 

Perasaan cuma, segenap ia muncul tiba, ranap hancur perasaan tiba tiba. Kau mungkin tak tahu kenapa. Aku yang rasanya, aku yang mengalirkan air mata. 

Senyum aku, gembira kau jangka. Senyum aku, pedih kau tak sangka. Siapa "kita"? Dua jasad yang tegak berdiri atas kata kata yang kita berdua cipta atau, maksud yang kau benar ada ceritanya? 

Takpa.

Jika perlu ku ini hanya sementara, duka itu aku tepis sahaja. Kau pergi nanti jangan tanpa berita. Aku di sini mungkin masih mahu tahu apa dan kenapa. Semoga bahagia. Ucapan aku ku hala, hala ke jalan kau yang kau pilih, mungkin tak lama.

07 July 2013

Keliru

Hidup kau mula dilahirkan berseorangan. Yang kau ada cuma ibu dan ayah. Ada juga yang dilahirkan yatim piatu. Itu semua suatu ketika dahulu.

Lihat kau yang sekarang. Berdiri atas kaki sendiri. Tapi tu tak bermakna kau tak perlukan sesiapa. Keluarga itu memang wajib kau ada sebagai semangat kau dalam hidup.

Cuma. 

Kau hanya mahukan seseorang yang bukan datangnya daripada keluarga kau sendiri tapi semangat yang mampu dia bagi pada kau tiada tolak bandingnya. Kau perlu teman. Rakan? Banyak. Itu sebagai tempat kau kongsi gelak dan tawa bersama. Tapi bukan semua.

Dia. Dia yang kau nak bersama selamanya dalam hidup kau. Walaupun kau terpisah dengannya dengan panggilan Ilahi, kau masih tetap rasa dia bersama dengan kau. Sebab perasaan ikhlas kau untuk dia dan dia untuk kau tak pernah lupus.

Masalahnya, adakah manusia macam tu di dunia? Yang boleh balas perasaan kau sama macam apa yang kau bagi dekat dia? Susah. Kau kena rasa macam macam. Kau kena hadapi macam macam. Hanya untuk dapatkan seseorang. Itu lah pengorbanan kalau nak tahu.

Bila kau dah jumpa seorang yang kau rasa kau boleh serahkan perasaan kau, kau cuba untuk kenal dia lebih rapat. Kau sanggup buat apa pun demi sepatah kata pada dia kepada kau. Itu sudah cukup sebab walau apa pun benda kecil yang dia buat, sudah cukup membahagiakan kau. 

Apa pula balasnya pada kau? Adakah sama? Itu permasalahannya.

1) Dia berikan apa yang kau nak. Dia balas seperti mana yang kau impi. Kau bahagia. Tak lama tu, ada benda yang berubah dari semasa ke semasa. Daripada bahagia kepada derita.

2) Dia uji kau untuk tengok sama ada kau betul betul ada perasaan pada dia. Mula mula sakit, tapi lama lama dia nampak ikhlas kau, dia balas dengan baik. Daripada derita kepada bahagia.

Akhir sekali, akan ada satu perasaan yang wujud di mana kau sendiri tak faham. Perasaan kau pada dia berubah walaupun antara kau dengan dia macam tak ada apa yang berlaku. Setiap kata yang diberi, kau rasa sangsi. Setiap hari, kau terfikir sama ada dia memang untuk kau atau kau yang membuatkan dia untuk kau walhal dia milik orang lain.

Tapi, apa pula yang dia rasa? Adakah sama macam kau rasa? Perasaan tu datang kembali.

Mungkin perasaan kau masih sama. Cuma perasaan dia yang berubah buat kau rasa kau berubah. Mungkin, mungkin dia yang dah tak rasa macam dulu lagi pada kau.

Kau anggap itu cuma mainan perasaan kau. Kau cuba berfikiran positif. Dalam pada itu, kau mahu menguji dia seperti mana dia pernah menguji kau. 

Kau jauhkan diri. 
Kau buat tak kisah pada dia lagi. 
Kau letak ego atas tinggi.
Cuma untuk lihat perasaan dia ada atau tidak lagi.

Beberapa hari kau cuba, dia seolah takda apa apa yang terjadi. Kau cuba untuk terus menyendiri. Gagal. Kau tak boleh. Apa yang dia beri, kau mesti nak balas. Apa yang dia hantar, kau mesti rasa gementar. 

Kau mula rasa takut nak berlaku jujur pada dia atas apa yang kau sedang rasakan. Kau takut reaksi yang dia bagi. Kisah ke atau tak lagi. Kau ambil keputusan untuk anggap takda apa yang berlaku. Anggap perasaan itu tak wujud. Kau suram. Kau pendam dalam. Makin hari kau lupa apa itu rasanya bahagia. 

Salah kau juga. Walaupun tiada yang dengar, tiada yang kisah, luahkan je. Lagi teruk kalau kau pendam dan tiada siapa yang mendengar.

Semua yang kau ingat pasal dia, menyakitkan walhal dia je yang kau rasa boleh membahagiakan kau. 

Ingat. Itu rasa. Bukan nyata. 
Mungkin, dah tiba masanya kau pergi. 
Tinggalkan semua yang kau anggap membahagiakan padahal langsung tidak. 

Ini semua sebab kau sorang yang berusaha, pihak yang lagi satu? Buat tak peka. Yang kau boleh harapkan cuma, dia rasa apa yang kau rasa agar dia cari kau semula. 

Doa yang terbaik. Allah maha mendengar.

01 July 2013

Malam Dikejar Anjing

Assalamuaikum dan selamat sejahtera semua. Kisah kali ini berlaku pada malam sebelum kami pergi ke #Floria2013. Nak tahu kami selamat ataupun tidak daripada dikejar anjing, teruskan membaca.

Kami merujuk kepada aku, Anna Khayalan dan juga Megat AD.

Kami turun KL awal sehari semata mata nak pergi #Floria2013 tu je. Tapi disebabkan datang awal sehari. Kami bercadang nak overnight. Before tu aku dengan Megat daripada Melaka datang hari Sabtu. Malam tu baru ambil Anna dekat hostel dia. Nak tahu tak... Hostel Anna kan... Macam kan... Pernah tengok tempat pekerja Bangla tinggal dekat kawasan pembinaan? Hostel dia takda beza pun dengan tempat macam tu. Hahaha. Patutlah dia bising je. Masa nak ambil Anna tu, aku dengan Megat kena naik tingkat 13 sebab Anna takut nak naik lift sorang sorang. Hek eleh, hantu nampak dia pun hantu takut haha. Penakut betul lah! Teroaksa lah naik. Sampai je kat tingkat 13, tunggu dia keluar. Ada 3 orang perempuan naik juga. Sebelum diorang keluar daripada lift, diorang menjerit nampak aku dengan Megat hahahaha sebab dekat situ kawasan perempuan. Kitorang main naik je sebab guard kat bawah takda. Well, typical Malaysian guards. Ada takda sama je. Most lah. Not semua. Aku dengan Megat pun dah kaku tak tahu nak buat apa. Then perempuan tu tutup badan dia macam nak elak kitorang rogol -.-" Kau ingat aku apa?! Hahaha. Then diorang cepat cepat masuk lift balik tutup pintu. Then keluar balik buat muka pelik. Then kecoh satu floor tu cakap ada lelaki hahahahaha aku dengan Megat dah tak tahu nak buat apa selain menyorok! XD

Ni semua Anna punya pasal. Lepas tu semua keluar nak tengok. Anna pun keluar sekali. Bengong punya Anna. Memalukan!

Lepas tu kitorang pergi tengok bola. (Hanya aku, Anna, Megat je tahu dekat mana kitorang tengok bola JDT lawan Kelantan hahahaha) Lepas tu semua lapar pergi makan dekat PappaRich. Sebelum tu pergi ambil kawan k a w a n KAWAN K A W A N Megat okay kawan hahahaha. Lepas habis makan tu Megat belanja. Alhamdulillah. Semoga rambut dia cepat tumbuh. Lepas makan tu Megat pergi hantar kawa dia balik dulu. 5 minit katanya. Kau tahu jelah 5 minit Melayu macam mana kan. Aku dengan Anna menunggu sampai sejam sampai kedai tu dah tutup. Lepas tu aku dengan Anna lepak tepi kedai tu tunggu Megat. Call semua tak angkat. Sambil tu borak borak dengan Anna. Cerita macam macam :-p Sementara tunggu Megat, aku dengan Anna nampak banyak gila anjing tepi tepi tu. Anna dah takut. Hahaha! Aku pula pergi panggil anjing tu dengan cara nak panggil kucing. Wahahaha anjing tu pandang okay lepas tu dia jeling.

Lepas tu makin banyak pula anjung. Aku saja sakat Anna lagi. Panggil anjing tu.

"Woff woff, meow meow~" Semua anjing pandang. Anna dah takut hahahahahaha. Lepas tu rakam video. Anna suruh aku panggil anjing tu sebab Anna kata macam ni,

"Keba pergi sana Anna rakam. Lepas tu Megat sampai kita panggil anjing tu kita lari masuk dalam kereta Megat. Biar anjing tu kejar kereta kita." Hahahaha bongok Anna. Lepas tu kitorang pun buat lah video. Baru start nak panggil anjing tu, Megat sampai. Lepas tu Anna dah suka dah Megat sampai. Temgah syok dia leka buat video, aku panggil anjing tu "woff woff" kuat gila. Semua pandang hahaha. Anna dengan kaki pendek dia lari terkedek kedek masuk dalam kereta. Hahahaha sumpah huru hara gila masa tu. Aku ada video tu. Last sekali ni aku ada bagi link. Tengok okay! Hahaha.

Then Megat sampai kitorang pun masuk kereta dengan lelahnya. Mula mula nak marah Megat. Lepas tu tak jadi sebab....... rahsia kan kan kan Megat kan Anna hahaha.

Lepas tu pergi hantar Anna ke rumah Meen pula. Malam tu kalau nak tahu, Anna tersangat hyper. Banyak gelak. Tak pernah aku tengok dia macam tu. Mungkin rindu sangat kat kami haha. Keesokan harinya pergi #Floria2013 tu. Seriously cantik gila. Kitorang melawat semua tempat. Puas hati lah pergi. Walaupun sekejap. Malangnya Anna tak dapat bunga. Semua bunga dalam pasu. Takkan nak angkut pula hahaha. Lepas tu semua tanya "Mana Aizat?" "Aizat takda?" "Mana abang long korang?" Haha dia busy so tak dapat pergi. Dia dah pergi hari lain.

Jadi, weekend tu memang seronok gila spend time with 2 of #MB4! Bawah ni aku sediakan video keek kami yang hampir dikejar anjing tu hahaha. See ya in next entry! Bye! :D

#CLICKHEREFORVIDEO