Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

09 November 2011

Kenapa Berubah?

     Aku tau ada diantara kita berubah disebabkan someone. Mungkin ada juga orang yang mereka sayang, kawan, family or sesiapa je yang mereka kenal, berubah menjadi orang lain. Tak sama seperti yang kita kenal dia dulu, masa mula-mula kita rapat dengan dia. Bencikan? Sedih, menyesal pun ada. Aku pun pernah hadapi semua tu. Yeah, it's hurts a lot. Cukuplah sekali, tak nak ianya berulang.

     Someone yang kita kenal. Ada juga someone yang kita dah lama kenal, yang dulunya baik, ramah dengan kita, selalu tegur kita, but now? Ianya sungguh berbeza. Kita dengan dia dah macam tak pernah kenal. Padahal dulu kemain baik lagi. Ada juga perasaan rindu dekat dia, sedih, rasa nak tegur dia, tapi kita je tak berani. And kadang-kadang kita terfikir, adakah dia rasa apa yang kita rasa? Perasan apa yang kita perasan? Yes, some of them rasa apa yang kita rasa and some of them are not. Heartless, terus berubah.

     Macam mana pula dengan someone yang baru kita kenal? Aku paling tak suka benda ni. Sekarang ni kan macam-macam sosial network, macam Twitter, Facebook, Tumblr and macam-macam lagi. Mesti kita banyak buat kawan kan? Mesti kita dah jumpa bermacam jenis ragam manusia. Barulah kita tahu, bukan kita sorang je yang bernasib baik/tak bernasib baik, orang lain pun macam tu juga. Back to the point, mesti kita dah ada best friends on internet kan? Or kawan baru dekat internet. Yes, apa yang aku cuba nak bagi tahu ialah bila dah dapat kawan baru, mula-mula kita baik dengan dia, hari-hari tegur, hari-hari chatting, mesra macam dah dengan kawan lama. Disebabkan hari-hari tu lah, semua benda berubah. This is so fucking internet duh. We will meet with a lot of people. Tiba-tiba je kawan baru yang kita kenal tu dah macam tak nak layan kita, tak nak kawan dengan kita, layan pun macam nak tak nak. Sebab? Sebab dia dah ada kawan baru. Maybe someone yang better than kita. Don't you hate that when we are started to love someone, they are suddenly leave us, just like that! Love is not only about lovers, it is about friends too. Sayang dekat kawan kadangkala lebih besar ertinya daripada sayang akan kekasih you know? If you ever experienced this, you will know what I felt. Maybe kita hanya berkawan dengan mereka di internet, we don't even know them in the real life isn't? Some people tak campur adukkan real life dia with life on internet. Bila dia sedih dengan orang sekelilingnya, dia still ada kawan on the internet. You know what? Some strangers are better and more good than our "friends" in real life? I ever met with those strangers btw. Kita sendiri tak sangka benda ni, but ada juga yang bercinta melalui internet. Bak kata orang, falling in love at the first sight lah katakan. Hahaha who doesn't? And yeah, mereka berubah. Maybe dia tak rasa apa yang kita rasa. For me, aku lebih pentingkan kawan. Tak kesah aku kenal kau kat mana, berapa lama, once we are friend, kita tetap berkawan. Lepas tu, kita jumpa orang lain, be a friend, and nak ke benda yang sama terjadi? They leave us again? Aku harap sangat, once aku dapat kawan, aku nak kawan dengan mereka sampai bila-bila. Ingat bercinta je tak kenal umur? Tak kira jarak? Tak kira bangsa? Berkawan pun sama lah.

     And lastly, maybe it is our own fault. Maybe kita yang berubah. Why? Because they were too. Maybe kita je yang tak perasan semua tu jadi. The main problem is ego kita. Masing-masing menjulung ego masing-masing. Nak orang je tegur kta dulu, nak orang je jaga perasaan kita. Kita pun kena fikirkan pasal perasaan orang lain juga. Jangan disebabkan ego je, kita akan menyesal suatu hari nanti. I told you.

     So, tak kesah dalam persahabatan ke, percintaan ke, setiap individu mesti memainkan peranan masing-masing. Letak ego jauh-jauh. kurangkan angkuh, kurangkan rasa cemburu. Dengan semua ni, kasih sayang kita for someone tu boleh bertambah. Kita tengok dia ambil berat pasal kita, dia tengok kita ambil berat pasal dia. Tak ke benda tu boleh menguatkan sesuatu perhubungan dan kasih sayang? :) Jangan pentingkan perasaan kita je, perasaan orang lain pun kena jaga tau.

The conclusion for me: Kawan? Yeah, selamanya berkawan :)

Yang ikhlas,
Akbar Azman :D

24 August 2011

Penuh Kebencian

Assalamualaikum semua. Sorry sebab lama tak update blog. I'm not as busy as a student who will sit for SPM examinations. Poor me. I'm lazy and useless shit.

Macam biasa, aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi aku kena mula. Kalau tak, macam mana aku nak luahkan apa yang aku rasa? Ni blog, blog aku! Tempat luahan aku... kau takde hak nak berkata apa-apa kalau aku update macam-macam dekat sini. Kau takde hak. Aku sakit. Sakit hati. Hati yang sakit lebih menyakitkan berbanding luka secara fizikal. Kau tak tahu apa-apa... sebab kau tak rasa macam mana aku rasakan sekarang. Pernah rasa kehilangan seseorang yang kau sayang sangat? Pernah rasa macam mana bila takde orang ambil peduli pasal kau? Pernah rasa macam mana apabila dibenci oleh semua orang? Pernah rasa macam mana kau tak disayang? dan... pernah kau rasa yang diri kau ni tak penting bagi semua orang...?


Kita tak sedar yang diri kita ni, cara hidup kita ni berbeza dengan orang lain. Bukan semua orang suka dengan kita, suka dengan apa yang kita buat. Dan dengan sebab itu jugalah mereka, masing-masing ada alasan yang tersendiri kenapa mereka berbuat demikian. Benci mugkin? Jeles barangkali? Atau... mereka tak tahu apa yang mereka cuba lakukan. Mereka hanya mahukan apa? Yes, mereka hanya mahukan keseronokan. Tapi kenapa perlu dibencinya kita ni? Besar sangat ke mereka ni? Kalau besar mana pun dia, kau jangan lupa, Allah Maha Besar.

Kadang-kadang kita happy dan kadang-kadang kita sedih. Itu biasa, lumrah hidup seorang manusia. Tipulah kalau kau tak pernah sedih, tipulah kalau kau happy sepanjang masa. Gembira-gembira juga, pernah ke terfikir perasaan orang terhadap kita? Kita tak tahu apa-apa. Kita tak boleh baca hati dan perasaan orang. Kita tak tahu orang yang baik dengan kita tu sebenarnya tak suka kita, dah tak mustahil orang yang benci kita tu orang yang terlalu menyayangi kita. Subhanallah. Jiwa dan perasaan tak boleh dikotak-katikkan. Kita manusia. Ada hati dan perasaan.

Ada suatu masa nanti, masa yang kita rasa semua orang senang dengan kehadiran kita, suka dengan telatah kita. Tapi tak, kita salah, aku salah. Kenapa aku begitu bodoh kerana mudah untuk mempercayai orang yang tak sepatutnya aku percaya? Aku ingatkan semua orang sukakan aku sebab serasa aku, aku takde buat masalah dengan orang. So kenapa aku mesti fikir yang ada orang benci aku. Dan dengan itu, tekaan aku memang salah. Hinanya aku. Aku tak sedar, lain orang, lain cara dan lain orang mempunyai lain hati dah perasaan. Walau kita buat baik macam mana sekali pun, kalau orang dah tak suka tu, tak suka juga. Mungkin dia tak suka sebab kita ni bukan orang yang dia suka. Erti kata lain, cemburu? Aku tak tau. Aku kan hina. Time tu, bila seorang berani menyuarakan kebencian dia terhadap kita, seorang demi seorang akan berbuat demikian. Kenapa yang lain turut serta kalau sebelum ni tidak berkata apa-apa? Kenapa?!! Takut? Dengar ni, "takut kerana salah, berani kerana benar" Kalau kau benar benci aku dengan sebab yang kukuh, kau perlu menayatakannya. Kalau tidak, kau akan takut untuk menyatakan. See?

Mungkin, yang lain-lain tu cuma jeles dengan kita, jeles dengan apa yang kita ada. So, mereka lebih mendiamkan perasaan benci tu dalam diri. Membenci kerana cemburu memang tak patut dan sebab itu mereka tak berani menyuarakan. Bak kata aku tadi, bila seorang mula, yang lain akan memberanikan diri untuk menyatakan kebencian mereka terhadap kita. Kerana mereka tahu yang mereka tidak berseorangan! Masa tu, orang yang pernah baik dengan kita, yang pernah bercakap dengan kita, bergurau dan sebagainya, dengan tiba-tiba menyatakan hasrat bencinya. Dulu kata kita baik, kelakar, sporting and blablabla, tapi sekarang, mengutuk kita. Kata kita berlagak, kata kita ni "bajet", kata kita ni keji, kata kita hina, kata kita bodoh, kata kita macam-macam yang buruk-buruk. Tak ke benda tu semua berbau "cemburu"? Kalau tak, mereka boleh juga dianggap "hipokrit" sebab berpura-pura baik dengan kita. dan paling menyedihkan, mereka kata "Kau fikir semua suka kau ke? Kau fikir aku suka kau? Jangan nak perasan. Semua orang benci kau." Dan masa tu, perasaan kita hancur, hati rasa pedih, dan kita mula menitiskan air mata kelemahan. Kita rasa lemah dengan semua kata-kata tu. Kita mula rasa diri kita hina pada mata semua orang. Itu bermaksud mereka berjaya membuat kita jatuh. Dan kita decided untuk pergi dan menangis seorang diri.

Allah Maha Besar, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dan pada masa itu juga, ada seorang hamba Allah yang tetap akan menyokong kita dari segi apa pun. Walaupun seorang yang nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang membenci kita, it is truly amazing how that person can cheer us up. Dia menenangkan kita, beri kata-kata semangat. Sedikit sebanyak pun, itu cukup untuk buat hati kita tenang sekejap.

Sedihkan bila orang yang kita sayang, yang pernah buat kita bahagia, yang pernah rapat dengan kita tiba-tiba pergi macam tu je. Pergi dengan mereka-mereka yang tak suka kita. Itu sangat sakit. Sakitnya tak terkata. Hanya Allah je yang tahu... Bukan senang nak hilangkan perasaan sayang pada seseorang yang tak layak dibenci walaupun mereka membenci kita. Enough said. Manusia tetap manusia. Yang pergi tetap pergi. Dan ada yang akan tetap bersama kita. Wallahualam.

03 August 2011

Dimanakah sayang ku? :'(


Sayang, you dekat mana? I rindu sangat dekat you! Please. I want to see you lah sayang. I tak boleh hidup tanpa you tahu tak. I sayang sangat dekat you. Kenapa you tinggalkan I sorang-sorang? :'( Sedih tahu tak. I tak sanggup hidup macam ni lagi. Hmm. Tolong balik ye sayang? I harap you dengar panggilan I ni. I rasa nak menangis tahu tak bila I tahu you pergi tinggalkan I.

Sayang tak ingat ke kenangan manis kita dulu? Bila kita duduk berduan dekat rumah I? Dekat sekolah, dalam kelas. Best sangat masa tu! I asyik tenung mata you je. I asyik pegang tangan you je kan? You tak rindu ke saat-saat indah tu? Then I usap pipi you dengan tapak tangan I. Licin sangat pipi you. Hmm. Dengan titik peluh I selama ni, I berkorban masa luangkan masa dengan you. You tak ingat ke?!!! Please sayang. I need you. Hmmm :'( Sayaaaaaaaaaaaaaang where are you!!!!

Tadi, I pergi sekolah. Then tiba-tiba hati I tak sedap sangat. Entah kenapa I rasa macam tu. I... I tak tau. Then bila I dengar orang cakap you dah pergi buat selama-lamanya pada hari ni tinggalkan I, I terus rasa sedih. I menangis tau tak bila I dapat tahu benda tu. Tapi kenapa, kenapa you mesti tinggalkan I sekarang?! Kenapa you mesti tinggalkan I masa I betul-betul dah sayangkan you, masa I perlukan you sayang! Answer me please! I know you are hear me :'( Why. Why this happens to me.

Then, I try cari you macam orang gila tadi. Banyak kali I cari tempat yang sama. Sampaikan ada makcik ni kata I gila dekat sekolah tadi. I tau, perasaan I kuat mengatakan you masih ada. Then, I ters berharap. I lari sana, lari sini cari you. TAPI YOU DAH TAKDE!!! You betul-betul tinggalkan I! Sampai hati you sayang. Sayang, you nak tahu tak? orang yang tengah baca ni dah kena tipu siot dengan aku. Wakakakah! Hello guys! Whats up?! Long time no see yo?! Hahaha sebenarnya entry ni aku buat pasal fail PEKA Fizik aku dah hilang kena curi dengan malaon mana tah! Kurang ajar siaa hidup kau curi fail peka aku! Penting tau tak! SPM tu. Pergh penat aku buat dekat rumah, dekat sekolah, dalam kelas. Kau rembat je?! POO KEY MARK betul hidup kau. Well, biar Allah yang balas perbuatan kau ni.

Btw, (Hahahaha still tergelak) hari ni dekat sekolah aku hidup mcm separuh nyawa. Masa tgh belajar math kot Amar kena panggil. Lepas tu dia masuk kelas balik. Aku tanya kenapa? Dia kata fail PEKA Fizik dia hilang! Then dia ajak aku cari. Lepas tu, aku punya pulak hilang sekali? Ewah banyak cantik kau. Hahaha dalam kelas tu aku dgn Amar je yang fail hilang! Menyirap darah aku tadi. Benda tu penting sangat masa SPM nanti. Aku dengan Amar pun sampai 3 masa tak masuk kelas disebabkan mencari benda tu. Memang harini pahala puasa aku dgn dia sia-sia lah. Asyik maki orang yang ambil tu. Takde life siaaa kau. Missed kelas Math, Bm. Jalan 1 sekolah pasal benda tu je!!!!!!! Macam orang gila dibuatnya.

So, fyi aku dgn Amar kena buat semula report tu. Ada 6 report semuanya! Kena hantar kesemua 6 esok jugak! Memang gila kan. Kejang tangan aku! Ni aku baru lepas siapkan. Daripada pukul 3 aku mula, sampai pukul 6 tadi. 3 jam siol 3 jam siol. Wei pencuri kau boleh g mati! Tapi sebelum balik tadi aku semangat nak buat sebab aku cerita hal ni dekat semua cikgu yang aku terserempak masa cari fail ni tadi. Wekkk :P Ramai cakap "Tulah ramai sangat peminat. Sampai fail pun nak kena curi" Then Amar cakap "Kalau dah tergilakan kitorang pun jangan lah ambil fail penting tu, ambik la gambar kitorang ke apa kan :P" Then ada juga cikgu yang cakap macam ni "Ada hikmahnya tu. Awak buat lah semula. Jadikan ni sebagai ulang kaji. Mana tau SPM nanti keluar ke. Berkat Ramadhan ni" Pheww lega. Aku tau ada hikmahnya. Tapi yang pencuri tu KAU BOLEH MATI NOW BANG BANG! DIE!

08 May 2011

Sayang

Assalamulaikum semua! Rindunya dekat korang. Lama tak dengar cerita. Cecite cecite. Haha padahal hari-hari nampak muka aku dekat facebook tu. Online je kerjanya aku ni. SPM serupa tak. Amboi amboi amboi Akbar ni. Berubahlah nak, masa depan kau lagi penting. Okay.

Panjang bebenor aku merepek dekat atas tu. Mari kita start dengan tajuk entry ni. Aku tak jiwang, aku tak jatuh cinta, aku bukan pro dalam bab-bab cinta. Tapi, bagi aku, cukuplah satu pengalaman cinta aku dengan bekas kekasih aku dulu. Itulah cinta awal dan akhir aku. Hmm. Apa itu sayang? Sayang membawa banyak maksud dari aspek-aspek yang tertentu. Sayang kepada Tuhan, sayang kepada ibubapa, sayang kepada kekasih dan akhir sekali adalah sayang yang aku sendiri alami, sayang kepada sahabat. Dalam hidup aku, kawan lebih penting daripada kekasih. Walaupon kita ada kekasih, sahabat tetap paling setia. Walaupon kita ada banyak harta, sahabat paling berharga. Mesti setiap daripada kita ada sahabat baik kan. Sayanglah sahabat korang tu selagi mereka masih ada. Nanti kalau diorang dah takde, siapa lagi nak kawan dengan kita, siapa lagi nak gelak ketawa dengan kita eh? Siapa...

Macam mana pula sayang kepada ibubapa? Syurga kita sebagai anak ni terletak di bawah telapak kaki ibu. Ye aku tahu korang semua dah tau. Tapi, kalau semua orang dah tau, aku dah tau, kenapa kita still derhaka kepada ibubapa kita? Sakitkan hati mereka, melawan cakap mereka. Tau ke kita betapa tersentuhnya hati mereka dengan sikap kita yang sedemikian? Ada yang sanggup terajang mak, bunuh bapa, dan hantar ibubapa diorang di rumah orang-rang tua. Jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita sewaktu kita kecil dulu.

Sayang kepada kekasih pula? Yang ni yang aku lemah ni. Aku mana ada kekasih lagi sekarang ni. Macam mana aku nak tau macam mana rasa sayang kepada kekasih tu? Dah 2 tahun aku tak bercinta ni. Tapi, berdasarkan pengalaman-pengalaman yang aku tengok kawan-kawan aku punya percintaan, aku faham sedikit sebanyak. Bagi aku. takpayah dok bercintan cinton kalau kita masih sekolah ni. Buang masa je. You will end up that shitty thing with broken heart. Believe me ;) Kawan aku ada yang couple dari form 1 dengan pakwa dia, form 5 ni putus juga. So, kalau korang dah cukup bagus untuk kawal perasaan korang, cuba lah bercinta kalau nak tau tahap mana korang faham perasaan orang.

Sayang kepada Tuhan tapayah cakaplah. Tiada tolak bandingnya//


Okay tapi ada 1 perasaan sayang yang tak kiralah pada siapa korang rasa. Bagi aku sayang ni menyakitkan. Sangat sakit menusuk kalbu. Haha cewah.Ye aku tak tipu. Okay sekarang kita cakap pasal "orang" yang kita sayang tu. Kita memanglah dah sayang gila dekat dia, tapi dia tu camne pulak? Sayang ke dekat kita? Tu yang selalu buatkan kita fikir pasal dia, caring pasal dia. Tapi sampai 1 masa yang korang rasa korang silap. Sebab sayang orang yang tak pernah sayangkan korang dah hiraukan orang yang sayangkan korang. Benda ni kita tak perasan sebenarnya. Sampai 1 masa yang korang rasa korang nie menyusahkan dia, kacau hidup dia, buat dia tak selesa, merimaskan dia and apa-apa je yang dia tak suka. Sekali korang rasa maam tu, macam aku sendiri rasa. Aku tersentap gila babeng ah. Macam aku ni orang bodoh. Sebab selama ni kita ingatkan dia layan kita dia suka and sayang dengan kita. Tapi tak douh, kita silap. Dia gembira dengan kita sebab masa tu kita je ada dengan dia. Tapi masa kita ada dengan dia, dan dia pula ada dengan orang lain, kita terus diam. Dia terus layan orang lain lebih dari kita. Masa tu juga kita sedar siapa diri kita dalam hidup dia. Kalau akau macam tu, sumpah tersentap habis ah kan. Tapi kalau aku, aku berdoa dengan Tuhan supaya buang dia dalam ingatan aku, buang dia dalam fikiran aku. Hilangkan perasaan sayang aku dekat dia. Sebab aku dah tak sanggup nak kecewa disebabkan dia. Sakit hati, luka pedih kita, hanya Allah jeh yang tahu.

//Tapi... Macam mana kalau dia dah takde nanti? Sanggup ke kita hadapi hari-hari yang akan datang tanpa orang yang kita sayang selama nie? Orang yang banyak bagi kita semangat walaupun semangat tu datang dengan sendirinya dengan bantuan perasaan sayang kita itu sendiri? Jadi, korang fikirlah. Jangan jadi murah sangat untuk melontarkan perasaan sayang nie dekat sebarangan orang. Kita yang terseksa juga nanti kalau sayang tak dibalas. Sayanglah orang yang sayang korang dan tinggalkan lah orang yang korang sayang yang belum tentu menyayangi korang :')
MuchLove,
AkbarAzman

05 March 2011

My Girlfriend's Birthday

Hello my sweet hearts. How are you? I'm good. Okay hari nie aku nak mempersembahkan sebuah cerita yang aku karang sendiri. Okay, actually all inspirations from this story came from something that I found in my school bag. It is so sweet. Wanna know what was that? Haha. Lets start//

Title: As you read at my title there.
Actors: Boyfriend and Girlfriend
Pengarah: Akbar Azman of course




Pada suatu malam yang sunyi dan sejuk ditambah tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Girlfriend send msg dekat Boyfriend dia.

Girlfriend: "Hi you, how are you? I miss you"
Boyfriend: "Hi, I'm fine. I miss you too baby"
Girlfriend: "You tgh buat apa? You you, ingat tak esok hari apa? Hehe"
Boyfriend: "Esok? Ada apa ekh? Hehe"
Girlfriend: "Ish you nie. How dare you lupa birthday I :'("
Boyfriend: "Alaa you nie I gurau sikit pon dah tak boleh. Baru nak manja-manja dgn sayang I nie kan"
Girlfriend: "Hehe sayang you lah. Esok kita sambut sama-sama kay. I want something simple but special from you for me"
Boyfriend: "Okay darling. I'll make sure that special thing is just for you. See you tomorrow."

The next day//the Boyfriend's girlfriend birthday

Diorang jumpe dekat taman bunga yang banyak bunga lah kan. Plus rama-rama berwarna-warni gitu. Redup, angin bertiup dan kicauan burung kedengaran. Mereka pon jumpalah. Then duduk kat 1 tempat nie. Bawah pokok yang rendang. Sebelum tu, lelaki tu pegi belikan ice-cream for both of them. Strawberry flavor for her girlfriend and Vanilla flavor for himself. Just imagine how sweet is that. Lepas habis makan tu diorang potong kek. Boyfriend nyanyikan lagu happy birthday lah. Takkan lagu Baby by Justin Bieber pulak kan. Haha. So dah kenyang apa semua, that girl nak hadiah yang telah dijanjikan semalam.

Lelaki tu pon masukkan tangan dia dalam poket seluar dia then keluarkan dengan tangan yang tertutup. Lelaki tu suruh perempuan tu tutup mata and hulurkan tangan kanan. Lelaki tu pon tarik tangan perempuan tu then bagi apa yang ada dekat tangan dia. Bila perempuan tu buka mata dia, perempuan tu terkejut tengok lelaki tu bagi dia sejibik gula HACKS jeh. Perempuan tu pon kecewa lah kan sebab lelaki tu main-main and mungkir janji dengan dia. Siapa yang tak sakit hati bila seseorang memungkiri janjinya? Siapa? Kalau kita pon marah kan :( So perempuan tu baling gula HACKS tu dekat lelaki tu and pergi meninggalkannya~

Lelaki tu tak kejar malam dia hanya berdiam diri. Dia tunggu perempuan tu untuk datang dekat dia balik. Too bad it is just a waste of time. So lelaki tu pon risau lah pasal that girl. Then he text her girlfriend.

Boyfriend: "Baby, are you okay? Still mad at me? I'm sorry sayang because I made you cry on you big day"

//No answer
Lelaki tu call pon tak angkat.
//1 hour later, she replied

Girlfriend: "I don't care! I hate you. You don't love me. Don't ever you call me baby after this. Between you and me is nothing anymore. I want break up"
Boyfriend: "Whaaaaat? Are you serious? Don't be like this sayang. I sayang you sangat-sangat"
Girlfriend: "Sayang you kata? Sayanglah sangat kan sampai gula sejibik you bagi I on my birthday? What type of man are you?"

Boyfriend replied with a broken heart </3

Boyfriend: "Its okay than if you're not appreciate what I gave to you. For your knowledge, I bagi gula HACKS tu ada maksud yang mendalam tahu tak? Tu lah benda yang simple dan bermakna yang you nak kan dari I. I ingat masa tadi I nak cakap something dekat you after I bagi gula HACKS tu. Tapi you dah lari dulu. Tinggalkan I sorang-sorang. Semua pandang I. I malu. But its okay. Just for you. You nak tahu? I bagi gula HACKS tu sebab I nak you baca dekat plastik gula tu. H A C K S. I nak bagi tahu you apa makna dia. HACKS means Hanya Aku Cinta Kamu Seorang :') I tahu itu hanya 1 kata. Nampak tak bermakna. Tapi bagi I, takde benda dalam dunia nie boleh digantikan dengan harta benda for our love. Walaupun ianya hanya I perkataan, ingat, keikhlasan dan kasih sayang I masa I nak ucap dekat you tu lebih besar pengertiannya berbanding benda yang mahal. So this what you want. We brake up kan. Thanks sayang 'cause made me happy selama nie. I takkan lupa pengorbanan you selama nie dekat I. Thanks so much, baby. Goodbye. Kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit."

When she read the msg. She was shocked and cried. Dia call boyfriend dia, text, there is no answer from that boy. Keesokkan harinya dia nak jumpa lelaki tu, lelaki tu dah takde sebab lelaki dah pergi jauh untuk lupakan awek dia tu. Perempuan tu tak berhenti nangis sebab menyesal sangat lebih pentingkan harta benda daripada keikhlasan dan ketulusan hati seorang lelaki.

//Tamat...

Much Love,
Akbar Azman

28 February 2011

My Lovely 3 Days With Them ♥

Hello semua. Hello. Hello? Bello? Tello? Hahahaha. Lama siot tak update blog. Sheeww habuk! Semalam aku baru balik lepas g kursus 3 hari tu. Aku cakap dekat Cyberjaya eh? Takpon. Haha aku kena tipu douh dengan cikgu. Hahahawtf. Kursus tu dekat SMK Nyalas jeh. 25KM from my school. Hehe dekat jeh setan. Okay aku nak story sikit pasal 3 hari tu.

DAY 1 (25/2/11)

Ouh no aku bagun pagi excited gila wei nak pegi Cyberjaya tuuuuu. Kau ade? Then sampai sekolah belajar kejap then bertolak lah. Rupa-rupanya pegi SMK Nyalas jeh kot. Bukan Cyberjaya. Mula-mula aku tahu yang aku kena tipu. Aku rasa nak balik tau tak. Macam neraka dekat sane! Masa kat dewan tu aku fikir nak balik, balik and bantal bucuk, Hahaha. Aku rasa macam tak sanggup nak dekat situ selama 3 hari. Its gonna be my worst nightmare. Hooo~

Lepas penerangan sikit, bagi-bagi kumpulan. Paling siot kena pisah dengan sekolah aku. Campur sekolah lain. Macam nak mati tau tak masa tu takde geng. Semua sekolah lain. Dah bagi-bagi tu aku group 4. Amar group 7. Kay Hell eh pisah. Aku duduk senyap jeh. First sampai dekat group aku tu, Yeah aku tengok muka ahli dulu. Hahaha gooooood semua muka baik gila. Lega sikit ah kan masa tu. Kitorang dapat Faci akak Ida dengan abang Aawad. Best kot. 10 orang setiap kumpulan. Ada 10 kumpulan. Pastu pemilihan ketua group. Aku lah jadi ketua diorang lantik. Nak ingat nama koaen susah lagi. Then kena buat logo, cheers and motto group. Know what my lakaran dipilih :p Then buat ah macam mane aku lakar tu. Bukan aku sorang buat. SEMUA buat. Yeah best gila. Then tak sempat latih cheers. Memang tak ah kan. Haha. Then persembahkan lah logo tu. Then explain lah ape kejadah semua. Aku yang explain semua. Ketua kan. Cheers failed kot. Kelakar gila wei masa tu. Meeheee.

Then malam tu ada kelas IT. Adobe Photoshop. Kay so bored masa tu dia ajar asas guna jeh. Aku dah tahu. Hehe. Patutnya tidur kol 12. Kitorang semua meroyan. Haha tidur kol 2:30 pagi main-main.

DAY 2 (26/2/11)

- Whoa who knows it is better than yesterday. Petang tu macam siot. Ingatkan nak kenakan abang-abang akak-akak Facilitators (Faci) Kitorang semua nyorokkan kasot dekat kawasan sekolah pastu suruh diorang carik ar sampai jumpa. Last-last kitorang kena ikat tangan 1 kumpulan tu. Then pegi lah cari kasot sorang-sorang dekat mana kita nyorokkan tadi. Ah gila taik tol. Paling susah sorang budak pompuan nie g nyorok kat kelapa sawit! Yang lagi sorang pompuan dekat tandas laki. Hahaha semua kena masuk tandas XD Then dah jumpa semua kumpol balik dekat dewan. Kena booo siot tertipu ngan diorang. Then pastu explorace yang best gila tapi memenatkan. We're the firts group arrived at the last check point, Well :-p

Malam tu penat gila. Sebab petang banyak aktiviti. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan mmg best gila ah. Happy jeh. Then malam tu macam biasa kelas IT. Adobe Photoshop lah. Buat poster. Best gila time tu. Hakhakhak. Then Latihan Dalam Kumpulan kat dewan. Menari nari semua. Joget chicken dance lah ape lah. Jadi budak-budak. SANGAT BEST XD

Then ada suprise dari akakakak and abangabang Faci. Jyeah ada aktiviti tambahan. Paling best sebab cerita tentang hidup kita. Mean kita share lah suka and duka hidup kita dalam group. Semua group jarak2. Nak lepak mana2 pon boleh. Kitorang dekat gelanggang sepak takraw. Masa tu pukul 1:30 pagi. Sepatutnya aktiviti habis 11:45. Then cerita lah. Dengar story orang lain pulak. Ade sedih gila sampai nangis. Actually aku tengok orang tu nangis aku pon nangis. Mengalir air mata. Sedih sangat. Gelapkan masa tu. So no one know. Pheeew selamat tak kantoi. Hahahawtf aku dah bagi tau semua orang. Then blablabla dah kol 4 pagi. Balik asrama teros tidur. Bangun kol 6 pagi. Kay 2 jam jeh tidur. Bangun pagi memang ngantuk ah. Tapi best malam tadi :)

DAY 3 (27/2/11)


Do you believe in magic? YEAH I DO. Know what, today is the last day. Nak balik dah. Aku dah seronok ada kat sini :'(
Mulakan hari itu dengan mata mengantuk. Then siap-siap gerak g MMU@Melaka Perdana. Sampai sane dapat t-shirt. Black colour I looooike. Then ada ucapan dekat dewan besar tu. Best gila tempat dia. Orang sapu sampah pon guna mesin. Maklum ah teknologi kan. Hahaha. Then kat sana jumpa sekolah sekolah lain lagi 1 melaka gabung ah. Memang ramai tak payah cakap ah. Then majlis bersurai tu. Sedih kot semua nak ber[isah. Perempuan memang ramai nangis. Aku? Aku? Aku? Hahahahaha tak nagis. Sedih jeh. Memang sedih sangat nak berpisah, belum puas lagi nak kawan ngan kawan baru. Kay amek gambar semua. Mintak facebook semua. No telepon semua. Then balik ah semua muram jeh. Haish kejap jeh.

Masa mula-mula sampai aku rasa nak balik jeh. Bila dah best, tak nak balik pon ade.

To my group: Arif, Rosli, Ikhwan, Atul, Amira, Pika, Liha, Athirah and Ain I will never forgetyou all. Hehe sweet memories

p/s: solat sempurna di sana :)

Much Love,
Akbar Azman

14 February 2011

Kita Sayang Dia, Dia Sayang Kita Ke?

Hello manusia sekalian alam :) Actually post nie bukan lah sambungan post yang nie --> Bila Hati Dah Sayang seperti mana yang aku cakap dulu. Muahaha. Sorry for the wrong info. Appologise is accepted :P Kali nie aku nak cerita pasal diri kita yang tak dihargai pulak. Dulu kita yang tak hargai orang, sekarang... Deal!

Korang ada minat dekat someone tak? Ada tak? Ada? Huh? Ada? Eleh tak nak ngaku pulak. Aku ada. Haks tui. Alah kalau aku dulu ada lah, sekarang mana ada. Hehehe. Okay, korang mesti ada kan? Pergh kalau dah minat dekat someone kepala hotak asyik nak fikir dia jeh kan. Asyik ingat dia. Sikit-sikit dia, banyak-banyak dia. Dia dia dia dia.

Kalau orang yang korang minat tu budak sekolah korang sendiri, whoa semangat bangun pagi nak jumpa dia kannn. Macam mana pulak kalau orang yang korang suka tu kawan korang sendiri! Of course lah kita takut nak bagi tahu dia yang kita suka dia. Gila? Dah lama kawan tiba-tiba beralih arah, dah jatuh hati? Dan dah tentu jugak korang takut nak luah kan perasaan tu dekat si dia. Mana tahu takut-takut si dia tak suka kita, terus dia tak nak kawan kita lagi :(

Aku ada 1 kes dekat sekolah. Baru tahun lepas, dah baik, tiba-tiba yang si bunga pergi luahkan perasaan dia yang sebenar kepada si kumbang. LOL kan dah bergaduh. Rupa-rupanya si kumbang lebih suka berkawan daripada bercinta. Bengong, see? Elok-elok baik, kamceng gila babeng, now langsong dah tak bertegur. Tapi macam mana pulak dengan cakap orang, "belum cuba, belum tahu, dah cuba baru tahu" Please, itu bukan senang, bukan hal main-main. Pepatah tu bukan untuk cinta monyet. Benda tu adalah untuk orang yang betul-betul ada perasaan sayang, yang mungkin dah saling kenal hati budi masing-masing.

Dalam satu situasi, korang dah bengang sangat dengan pujaan hati korang nie. Kita tunjuk, bagi hint kat dia yang kita suka dia, tak jugak dia faham. Buat bodoh jugak. Buat macam takde apa-apa yang berlaku. Padahal? Kita dah macam-macam buat untuk cari attention dia. Okay aku dah fedup. HAHA contoh, tu contoh lah. Korang mula lah tak nak layan dia macam mana korang selalu layan dia dekat sekolah/kelas or tandas(LOL). Kononnya korang harap dia akan tanya, "Eh kau/awak kenapa? Tak nak kawan dengan aku/saya lagi ke? Saya minta maaf ye kalau saya lukakan hati awak" HAHAHAHA lawak! Konon je kita harap macam tu. Realiti? Ampeh! Kita pon dia langsong tak pandang! Langsung dia tak perasan yang kita "merajuk" dengan dia. HAHA kesian korang, terbiar XD

Last-last, nak tak nak, tak kan kita nak dia cakap ayat macam tu, jangan mimpi lah kan. Kita jugak yang terpaksa buat-buat baik dengan dia baik. Kita pulak yang buat konon-kononnya takde apa-apa yang berlaku. Pergh berasap kot kalau dah jatuh hati dengan orang mcm nie. Tapi takpe, lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki. Haks tui. Lepas nie kalau dia cakap, kita pulak takyah layan. *Tunggu dia cakap dengan kita* 10 tahun kemudian lah jawabnya.

*Tukar mood serious. Jangan gelak. Mood jiwang on. Cet aku kata jangan gelak XD

Okay fine kalau dia tak pernah hargai apa yang kita buat untuk dia. Kita layan dia punya baik, jaga hati dan perasaan dia. Kalau boleh apa dia suka kita buat. Tapi langsung dia tak hargai kita. Hargai apa yang kita dah buat! Manusia jenis apa? Fikir dah bagus sangat? Rasa macam orang bodoh pulak terhegih-hegih dekat orang yang tak akan mungkin suka kita lebih dari kawan. Takpe, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Mungkin Allah tak bukak lagi hati dia untuk kita. Ada jodoh tak kan kemana.

Kalau kita terpaksa berpisah dengan dia. Tentu kita sedih. Dia? Tak payah cakap lah. Tau pon tak yang kita nak pegi jauh dari dia. Takpe. Ada rezeki boleh jumpa lagi. So bye pujaan hati aku. Selamat tinggal. Mungkin suatu hari nanti kau akan perasan aku yang aku takde dekat sisi kau lagi. Dan masa tu baru kau tercari-cari kemana perginya aku yang dulu selalu ada untuk kau. Itu lah yang dia salu buat dekat kita. Tinggalkan kita bila masa kita perlukan dia :') Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali pada kau, dan kita akan menjadi manusia yang boleh hargai sesama kita.

Ceeeewaaaahhhh XD Sekian. Kemerepekkan aku tamat.
Akbar Azman c(:

10 February 2011

Bila Hati Dah Sayang Sangat

Hai semua. How is everybody? Hari nie mood jiwang sikit daripada biasa. Wakakah. Woo woo jiwang beb, jiwang, tak boleh gelak XD Cewah Akbar! Okay today aku nak cerita sikit pasal hati, pasal apa yang aku rasa, alami selama nie. Mungkin ada antara korang yang akan faham apa yang aku nak sampaikan. Terima kasih kalau korang still membaca.

Berdasarkan tajuk, aku nak tanya, pernah tak korang rasa sayang dekat seseorang dengan tiba2? Or sayang dekat orang yang baru dalam sekeliling korang sebab dia baik dengan kita, dia bercakap dengan kita, peramah, always make you happy or something else? Mesti ada kan. Tak payah tipulah!

Mula-mula dulu kita anggap dia biasa je, tak lebih daripada seorang manusia yang telah ditakdirkan menjadi kawan kita. Tapi itu dulu, bila kita dah mula mengenali dia, bercakap dengan dia, dah kawan dengan dia, sedikit sebanyak rasa sayang sebagai kawan tu bertambah. Sebab? Pertama, dia baik gila dengan kita. Kedua, dia always support kita dari belakang. Dia jugak dengar masalah kita, gelak sama2. Macam-macam lagi. Kalau nak diingatkan balik lah, OMG sweet gila kan!

Tapi dulu dengan sekarang mana sama, dah berbeza. Apa yang berbeza? Berbeza dari soal hati dan perasaan kita terhadapt dia. Kita dah mula anggap dia sebahagian daripada hidup kita. Kita dah mula rasa dia penting dalam hidup kita. Dah mula anggap dia kawan baik kita, kawan gelak ketawa sedih bersama. Apa-apa yang kita nak buat, mesti dengan dia, mana-mana kita nak pegi, mesti nak dengan dia. Baik, baik jugak, kadang2 tu ada jugak kita rasa geram dengan dia, sakit hati. Manusia, memang tak pernah lepas dari buat silap.

Adat resam kehidupan berkawan, ada baik, ada gaduh. Kalau tak, takde kita jadi kawan baik. Masa kita gaduh dan baik jugak lah kita saling kenal antara satu sama lain. Kita lebih tau sikap sebenar perangai kawan kita tu. Cuba hidup kita nie happy je memanjang, best ke? Happy memang happy, tapi takde lah kita rasa hidup nie mencabar, penuh dengan dugaan dah cobaan. Aku rasa, dugaan dan cubaan nie lah yang membuatkan kita lebih matang dan kuat untuk hidup. Alah, kalau gaduh, mesti baik balik punyalah. Kata bestfriend.

Pepatah ada mengatakan, air kalau dicincang tak kan putus. Tak caya pegi cuba. Sedar tak sedar, lama-lama kita akan berbaik jugak dengan dia, eh dah berbaik pulak dah kan. Seperti yang aku cakapkan tadi, hidup nie ada suka dan duka. Pahit manis kehidupan. Contoh lah, tina-tiba kawan kita tu murong je, jauhkan diri dari kita, mesti kita dapat rasa kan sesuatu. Maybe dia ada masalah keluarga, sakit ke. Tertekan ke. Nak tak nak, kita akan rasa jugak tempias-tempias perasaan tu. Kawan yang bagus ialah kawan yang sedih bila kawan dia sedih, bahagia bila kawan dia bahagia. Wah kalau dia takde dalam satu jangka masa yang panjang, sure kita rindu gila bebeh T.T !

Paling aku tak suka, yang nie, bila kita dah sayang sangat dengan dia, sayang sangat2, dah anggap gila babeng punya bestfriend, or maybe more than that, or dah macam family kita sendiri. Tiba-tiba...dia pergi tinggalkan kita untuk selamanya. Dia pergi macam tu je tinggalkan kita keseorangan :( Masa tu lah, kita akan tersa sangat kesilapan yang kita buat dekat dia, cara layanan kita dekat dia, pernah ke kita bahagiakan dia selama nie? Pernah ke dia senang dengan kehadiran kita dalam hidup dia? Meskipon dia buat kita bahagia. Kalau kita sedar selama nie dia lah yang terbaik, mesti kita akan bahagiakan dia, layan dia dengan baik. Rencah hidup, manusia nie memang, even aku sendiri, bila orang tu ada depan mata, langsung tak nak hargai dia, tapi, kenapa? Kenapa bila dia dah takde, kita masih mencari dia?! Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan dia. Kita kena redha.

Last luahan hati aku, pandangan aku, please lah hormat-menghormati. Kau ada kelebihan dan kekurangan kau, aku ada kelebihan dan kekurangan aku. Kita tak pernah mintak semua kekurangan tu untuk kita. Yang penting kita baiki silap kita. Yelah bukan senangkan nak buat, aku sendiri macam tu. Manusia. Biasalah. Okay aku rasa cukup sampai sini. Benda nie takde kena mengena dengan sesiapa. Just luahan hati dan pendapat aku sendiri. Yang hayati, terima kasih banyak. Yang loya dan menyampah, justb wait for your turn to face all of that things. You will know what I'm saying just now. Maybe lepas nie, ada sambungan...Thanks sudi baca celoteh aku yang panjang nie. Terasa dihargai :)

Yang Ikhlas,
Akbar Azman