Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

11 July 2015

Hari Raya

Assalamualaikum & salam sejahtera. Dah nak raya ni aku nak share sikit la persiapan hari raya aku. Tahun ni tema baju raya warna merah putih yeay! Siapa sama kita geng! Korang yang lain warna apa?

Okay kalau dah ada baju raya mesti nak ada kasut raya juga kan. Takkan nak pakai kasut yang ramai orang pakai masa raya nanti. Jadi aku nak introduce kat korang yang aku ada satu brand ni yang ramai pakai tapi korang jarang nampak sebab lain daripada yang lain. 

Aku memperkenalkan brand Jazz Star! Legend right? Dah lama since zaman sekolah lagi. Sekarang dah maju bukan kasut sekolah je tapi kasut yang menunjukkan street wear!!! There are a variety of designs! Korang boleh je pilih mana mana yang korang nak dekat official website http://www.wow2wee.com/ & untuk lagi mudah boleh like facebook Jazz Star! 


Okay ni contoh gambar aku pakai kasut dari Jazz Star. Material dia memang terbaik. Dia bukan jenis yang leather tapi material yang sejuk so takda la kaki berbau dan berpeluh. Design tali dia simple & that makes it better because it will be easier to wear it! Spread the words! Jangan lupa visit their website! So korang boleh la beraya dengan kasut baru & cantik cantik! 

24 August 2014

Dalam Banyak Banyak Kawan

Pernah terfikir tak, dalam banyak banyak kawan yang kau ada, dari sebelum sekolah rendah sampai la sekarang mahupun masa dah kerja nanti, kawan mana yang paling lama kekal dengan kau?



1) Kawan sekolah rendah. Masuk sekolah menengah pun ada yang terus tak berhubung dah. Mula daripada situ pun masing masing dah bawa haluan masing masing. Ada la segelintir yang kau masih berkawan atas sebab sama sekolah, rumah dekat atau kawan rapat yang kau kena tahu apa perkembangan dia, tapi berapa lama mereka boleh kekal dengan kau? Aku- tiada. 



2) Kawan sekolah menengah, alhamdulillah, ada yang sampai sekarang walaupun masing masing dah sambung belajar jauh jauh. Walaupun dah tak rapat macam dulu asalkan masih berhubung kadang kadang tu okay la. Bayangkan, yang rapat pun dah rasa tak rapat lagi; mana kawan kawan kau masa sekolah menengah yang biasa biasa tu? Bagus la kalau dah berpisah pun kau dengan mereka masih macam dulu. Bangga. 



3) Bila dah sambung belajar, dapat kawan baru, ramai- tapi percaya la. Lama lama tinggal sikit tak macam semester 1. Akan ada kumpulan kecil yang masih sama sama sampai la mereka habis belajar. Akan ada beberapa orang yang bila dah jumpa seseorang, masa yang mereka luangkan lebih kepada seseorang yang dia baru jumpa tu. Tak tipu- kau akan sekali rasa berseorangan. Pernah juga aku terfikir, kawan kawan yang sekarang ni, kalau masing masing dah habis belajar, entah ingat lagi ke tak. Entah berhubung lagi ke tak. 



4) Kawan "cyber". Bergantung pada korang la. Sekarang, yang mana kawan kau letak paling atas sekali? Kawan tu la yang kau rasa akan kekal. Kalau kawan U, tak kisah dah habis belajar ke, korang mesti akan nak jumpa kat luar. Sama juga dengan kawan masa sekolah menengah/rendah- kau dah sambung belajar pun- kalau kau letak mereka paling atas, insyaAllah, persahabatan kalian tak akan terputus. Kena fikir juga, bukan kita je yang akan jumpa lebih ramai kawan, mereka juga ada. Tak guna juga kalau kau letak mereka paling atas, mereka letak kau kat tempat yang tak sama. 



5) Bagi aku, mana mana kawan boleh kekal- asalkan mereka anggap kau kawan mereka. Lama lama nanti bila kau sendiri dah jumpa teman hidup, baru kau rasa kenapa dulu orang lebihkan seseorang tu lebih daripada kawan dia, iaitu kau. 



Aku pernah cuba cari kawan yang mana akan kekal dan aku juga pernah terfikir yang aku dah jumpa apa yang aku cari- tapi dalam persahabatan tiada yang tak mustahil. Teruskan mencari, sebab kawan yang baik, yang bukan sahaja rapat- memang susah nak cari. Jadi kawan yang baik, guna cara itu untuk dapatkan yang baik juga. Ingat, jangan baru kenal- kau anggap dia kawan dunia akhirat sebab kat dunia ni belum tentu dia pimpin kau ke akhirat.

26 June 2014

Berkawan Pun Ikut Orang

To be in a friendship is not easy, but make it easy. Kalau kawan kawan kau tak suka kau berkawan dengan orang yang mereka tak suka, it depends on you. Perlu ke kau tak berkawan dengan orang lain sebab "kawan kawan" kau yang lain tak bagi berkawan? Tak perlu. Asalkan dia yang kawan kawan kau tak suka tu treat you nicely, don't tell you shit and all, or even help you, all is well. Keep on being a friend of him/her. Because at the beginning of a friendship, you can't tell who is the real one.

Even if they are your real friends at the moment, they won't stop you from being a friend of everyone. Kalau kau berkawan dengan orang yang mereka tak suka pun, paling paling kau kena menganjing je.

"Untung la kawan dengan dia."
"Dah ada kawan baru jangan lupa kitorang. Haha."

Kalau kawan kawan kau perli dia pun, kau buat bodoh je because you know they are joking around even they dislike him/her.

Kau pilih lah sendiri. Pilih kawan yang macam mana kau nak berkawan.

1) Yang halang kau berkawan dengan orang lain hanya sebab mereka tak suka seseorang ni, yang selalu cakap buruk pasal orang lain.

ATAU

2) Yang tak kisah kau berkawan dengan orang yang tak suka dia sebab dia tahu, kau berkawan dengan dia tu ikhlas.

Tolong jangan jadi seseorang yang- kau berkawan dengan seseorang tapi bila kau tahu kawan kawan kau yang ramai tu tak suka dia, kau pun ikut tak suka dia. Even kau dengan dia takda masalah apa apa. Tu yang menjadikan situasi kutuk belakang berlaku. Kau tak suka, jangan kawan langsung. Daripada berpura pura. You will hurt people even more. Jangan takut hilang ramai kawan sebab satu kawan. Yang ramai belum tentu damai, yang sorang tak mustahil penyayang.

I have been experienced so much things in friendship. I gave up once. Aku kecilkan persekitaran kawan kawan aku. Biar orang kata aku tak ramai kawan, most importantly, I know who the real ones.


ATAU SITUASI LAIN-

Kau tak berkawan dengan kawan kawan kau punya kawan sebab kau dengan kawan kau ada masalah.