Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

22 September 2013

Tolong Jangan

Bukan apa,
Bukan tak mensyukuri,
Tapi,
Aku risau.
Selalu aku fikir,
Mereka yang aku miliki hari ini,
Mungkin kah mereka bakal pergi?
Dengan panggilan Ilahi sudah pasti,
Tapi,
Pergi dengan rela hati mereka sendiri.

Aku cuma takut,
Hadir mereka cuma sementara.
Untuk ajar aku bagaimana,
Kuat di dunia hadapi ujianNya.
Aku kata ini,
Kerana pernah aku alami.
Tak sanggup aku harungi lagi.

Aku juga percaya,
Ada kebahagiaan yang kekal abadi atas muka bumi ini.
Itu buat aku kuat.
Mengatakan mereka yang sayang aku,
Mereka yang aku sayang,
Semuanya yang ada hari ni dalam hidup aku,
Aku menadah tangan agar mereka sentiasa ada,
Tak pernah berubah.

Setiap detik waktu,
Macam macam boleh berlaku.
Itu satu.
Lagi,
Paling teruk bila berlaku yang tak diingini.

Aku minta dijauhkan semua itu.
Aku dah sayang sangat dengan apa yang aku ada sekarang.
Keluarga aku, kawan kawan baik aku, mereka yang aku anggap macam keluarga sendiri,
Mereka ni lah yang tiada pilih berganti.

Aku rela jadi yang pergi dulu,
Kerana aku tak sanggup terpaku,
Melihat semuanya memori dahulu.

6 comments:

Ikhma Maa said...

Like (Y)

Abill Sharif said...

This real!

apa kata aku said...

'aku rela jadi yang pergi dulu?' serious? mmng bnda tu yang akan kita ckp. baek aku prgi dlu b4 org yg aku syg prg dlu. krna tk snggup trpaku. how perasaan org yg syg pd kita. aku selalu fikir bnda tu. and aku runsing. huh!

ika said...

serious touching ayat nie :') baca dua tiga kali pun tak bosan.. Love your writing Akbar Azman :D

epy fya said...

again.. best sgt.!

Ayin said...

Same with me . Kita tak tahu bila org yang kita syg tu akan tinggalkan kita dan tak sanggup hidup tanpa dia .