Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

30 July 2013

Pergi

Tak, bukan. Ini bukan lagu Aizat Hamdan. Ini kau. Untuk kau. Untuk kita yang rasa sama.

Apa kau tunggu lagi?
Pergi.
Baik kau pergi.
Daripada kau terus disakiti.
Disakiti oleh perasaan sendiri.

Kau sendiri dah nampak jawapan depan mata.
Kau dah nampak macam mana cara dia layan kau.
Tak perlu tunggu.
Walau 1000 tahun sekalipun,
Dia ada pilihan dia sendiri.

Dia tak sakitkan kau,
Cuma kau yang degil.
Tak nak pergi.
Masih terhegeh menunggu yang tak pasti.

Dia punya pengganti yang lebih baik.
Kau sendiri nampak beza kau dengan pengganti kau. 

Sudah lah. 
Sakit kau berdiri,
Sakit kau menanti,
Sakit kau pergi,
Banyak lagi yang ada.

Lama lama kau lupakan dia juga. 
Tapi, kena ada pengganti. 
Pengganti yang ikhlas,
Bukan yang kau main pilih malas.
Nanti derita yang kau terima sebagai balas.

28 July 2013

Dulu Tak Pun

Dalam dunia ni, hari hari kau akan jumpa orang baru, hari hari kau akan jumpa orang yang sama. Bergantung ke mana kau pergi dan apa keputusan yang kau buat setiap hari.

Kalau jumpa orang yang sama hari hari, bosan. Kalau jumpa orang baru hari hari, segan. Kita selalu tumpukan pada orang baru dalam hidup kita. Konon nak mulakan semuanya baru. Hidup baru, perangai baru, kebahagiaan bersama orang baru.

Kita tak sedar, orang yang sama kita jumpa hari hari tu pun kita mampu mulakan sesuatu yang baru dengan dia. Daripada sahabat kepada lebih daripada tu. Ya, itu biasa berlaku dan jika berlakunya benda tu, selalunya tak menjadi. Kawan tak lagi jadi kawan. Sorang simpan perasaan hanya sebagai kawan dan lagi sorang mahukan lebih daripada itu. Apa nak buat, kita rancang, Allah tentukan.

Masalahnya,
Pernah kau macam jumpa orang baru hari ni, lepas tu kau macam tak heran dan tak endah pun dengan dia. Bila tibanya esok hari, kau jumpa dia sekali lagi. Perasaan masih sama. Takda apa apa. Kau tengok dia, dia tengok kau. Dah. Tu je. Kau tak terfikir langsung nak jadi kawan dia. Dia pun rasa macam apa kau rasa. 

Tapi,
Tak mustahil. Mana tahu, tiba tiba satu hari kau macam mula bercakap dengan dia, mula tanya soalan wajib bila baru nak kenal.

"Nama kau siapa?"
"Umur berapa?"
"Tinggal kat mana?"
Dan seterusnya. 

Akan tetapi,
Perasaannya masih sama. Tiada apa apa. Sekadar borak buang masa. Hari hari benda yang sama kau buat dengan dia. Bercakap. Kenal antara satu sama lain. Sampai masa, kau mula rasa selesa, kau rasa dia perlukan apa yang kau perlukan. Kau rasa dia faham apa yang kau rasakan. Sikit sikit ia mula. Kau mula nak jadi lebih rapat dengan dia. Kau nampak dia juga sama. Seakan akan perasaan kau dengan dia bertegur sapa.

Dulu tak pun.
Sekarang baru rasa. Hari ni baru kau sedar. Kau sendiri tak boleh agak benda macam ni akan berlaku. Orang yang langsung kau tak heran dulu dulu, sekarang sebagai teman.

Tibalah masanya. Kau dah sepenuhnya rasa kau perlukan dia. Tapi sejak kau mula tunjuk semua, dia seakan akan berubah. Tidak, dia tak berubah. Cuma kehendak kau dulu dan sekarang pada dia yang berubah. Dia biasa. Layan kau macam dulu dulu. Tiada siapa salah.

Bila kau mula sedar apa yang kau nak mulakan tu tak menjadi, baik kau hindari semua yang kau rasa. Balik kepada kau yang dulu. Perasaan di mana kau anggap dia biasa biasa je. 

Tapi, payah. Makin dilupakan, makin kuat diingatan. Warna, bau, apa yang kalian berdua katakan, sering menghantui ingatan. 

Kuat. Kau perlu kuat untuk lawan. Daripada kau sakit nanti. Baik kau berhenti. Anggap kau leka dengan mudah untuk berasa sayang pada seseorang. Mungkin dia seorang yang penyayang, sebab tu kau rasa disayangi dan kau mahu menyayangi. Tapi dia, penyayang pada semua orang. Layanan dia semua sama.

Sedarlah. Lebih baik kau anggap apa yang kau rasa tu mainan perasaan. Anggaplah dia kawan. Anggaplah dia masa mula mula korang kenal. Itu lebih baik daripada syok sendiri.

Sakit sikit. Tapi tak lama. Sekejap je, sebab, perasaan berubah. Bukan sekali, tapi banyak kali.

20 July 2013

Paras Rupa

Sering kita minta minta,
Nak rupa macam dia,
Nak rupa macam dia,
Kenapa muka aku banyak cela,
Kenapa muka dia cantik belaka,
Kenapa muka dia kacak sentiasa.
Kita minta,
Kita mengadu,
Tanpa kita sedar.
Buruk lagi kalau tak ada muka.

Kalau muka kita semua sama,
Mana isteri tuan,
Mana suami puan,
Keliru tak keruan.
Tiada balas kata pujian.
Bosan.
Tiada hiburan mata.
Umpama duduk depan cermin,
Bertentang mata dengan diri sendiri.
Jangan.

Bersyukur lah.
Dua biji mata,
Nampak indah dunia.
Dua cuping telinga,
Dengar alunan nada & irama.
Sebatang hidung,
Hidu bau wangi.
Mulut,
Berkata ia meluahkan rasa.
Tanpa itu semua,
Kau bukan manusia,
Kau.....
Kau.......
Tiada nama.
Entah wujudnya pun bila.

Tapi jangan bangga,
Bongkak,
Kekwat segala.
Allah tarik apa yang sedia ada.
Baru padan muka.

Kadang kadang aku pun sama... 2X5

15 July 2013

Kisah Dunia


Aku mulakan dengan soalan.
Soalan yang dah lama aku simpan.
Soalan berbentuk ungkapan.
Jawapan perlukan huraian.

Pernah kau lihat mereka yang hidup susah, tapi masih kerah mengumbah tong sampah untuk sesuap nasi?

Anak anak kecil meminta sedekah,
Berbekalkan buku senaskah,
Membuatkan orang anggap ia tipu helah.

"Bang, kak, derma lah. Saya orang susah. Ibu bapa tiada." Kata anak anak kecil tu dengan suara resah.

Yang mampu, balasnya tidak pada yang menadah.
Itu yang selalu kita nampak.
Ada pun dua dalam berjuta menghulurkan kertas berharga.

Jangan salah sangka.
Aku bukan mahu menghina mereka.
Tapi cukup sedar ke kita.
Hidup kita bagaimana.
Sesusah mereka?
Atau syiling kita buang merata.

Mampu kita,
Bersyukur kita.
Susah kita,
Dugaan dunia.
Usaha.
Kesenangan tunggu di hujung sana.

Hulur tangan ringankan beban.
Bukan hulur tangan menuding kesalahan.
Susah kita perlu bantuan.
Susah orang lain kita faham perasaan.

Susah kita, bantu lah jua.
Pengorbanan.
Tak tergambar besar nilainya.
Allah saja dapat membalas segala,
Di dunia atau akhirat sana.

Itu pasti.
Mensyukuri mesti.
Alhamdulillah.

14 July 2013

Termenung



Termenung.
Kau sedar separuh jiwa kau pergi.
Entah ke mana ia menyendiri.
Mungkin tinggal di segenap mimpi,
Mungkin penat dengan realiti. 

Kau termenung lagi.
Berlari anak anak kecil bersama rakannya.
Kau fikir sejenak, itu dulu kau selepas bayi.
Berlari ke sana ke mari. 
Yang kau kenal hanya mainan sendiri.

Selangkah demi selangkah kau menjejakkan kaki di atas bumi,
Kau sedar.
Hidup bukan cuma berdiri.
Terkadang kau harus berlari mengejar mimpi, sendiri.

Termenung kerana sepi.
Sepi kerana dia tak lagi di sisi.
Termenung kerana diri.
Diri yang tak lagi kau yakini.

Menyendiri untuk termenung.
Ada terdetiknya dalam diri untuk kau sedar.
Jauh mana kau tersasar.
Pudar.
Samar.

Termenung jauh ke sana.
Fikirkan pasal dia.
Termenung jauh ke sana.
Fikirkan pasal "kita".

Sedarlah.
Termenung sudah.
Langkah masih pasrah. 
Bergerak mengambil langkah.
Agar semua seperti mana yang kau damba indah.
InsyaAllah.

10 July 2013

Tak Mengapa

Kalis luka pedih di hati. Kais bahagia jauh tersisih. Berseorangan aku sedih, berteman aku ketawa gigih. 

Perasaan cuma, segenap ia muncul tiba, ranap hancur perasaan tiba tiba. Kau mungkin tak tahu kenapa. Aku yang rasanya, aku yang mengalirkan air mata. 

Senyum aku, gembira kau jangka. Senyum aku, pedih kau tak sangka. Siapa "kita"? Dua jasad yang tegak berdiri atas kata kata yang kita berdua cipta atau, maksud yang kau benar ada ceritanya? 

Takpa.

Jika perlu ku ini hanya sementara, duka itu aku tepis sahaja. Kau pergi nanti jangan tanpa berita. Aku di sini mungkin masih mahu tahu apa dan kenapa. Semoga bahagia. Ucapan aku ku hala, hala ke jalan kau yang kau pilih, mungkin tak lama.

07 July 2013

Keliru

Hidup kau mula dilahirkan berseorangan. Yang kau ada cuma ibu dan ayah. Ada juga yang dilahirkan yatim piatu. Itu semua suatu ketika dahulu.

Lihat kau yang sekarang. Berdiri atas kaki sendiri. Tapi tu tak bermakna kau tak perlukan sesiapa. Keluarga itu memang wajib kau ada sebagai semangat kau dalam hidup.

Cuma. 

Kau hanya mahukan seseorang yang bukan datangnya daripada keluarga kau sendiri tapi semangat yang mampu dia bagi pada kau tiada tolak bandingnya. Kau perlu teman. Rakan? Banyak. Itu sebagai tempat kau kongsi gelak dan tawa bersama. Tapi bukan semua.

Dia. Dia yang kau nak bersama selamanya dalam hidup kau. Walaupun kau terpisah dengannya dengan panggilan Ilahi, kau masih tetap rasa dia bersama dengan kau. Sebab perasaan ikhlas kau untuk dia dan dia untuk kau tak pernah lupus.

Masalahnya, adakah manusia macam tu di dunia? Yang boleh balas perasaan kau sama macam apa yang kau bagi dekat dia? Susah. Kau kena rasa macam macam. Kau kena hadapi macam macam. Hanya untuk dapatkan seseorang. Itu lah pengorbanan kalau nak tahu.

Bila kau dah jumpa seorang yang kau rasa kau boleh serahkan perasaan kau, kau cuba untuk kenal dia lebih rapat. Kau sanggup buat apa pun demi sepatah kata pada dia kepada kau. Itu sudah cukup sebab walau apa pun benda kecil yang dia buat, sudah cukup membahagiakan kau. 

Apa pula balasnya pada kau? Adakah sama? Itu permasalahannya.

1) Dia berikan apa yang kau nak. Dia balas seperti mana yang kau impi. Kau bahagia. Tak lama tu, ada benda yang berubah dari semasa ke semasa. Daripada bahagia kepada derita.

2) Dia uji kau untuk tengok sama ada kau betul betul ada perasaan pada dia. Mula mula sakit, tapi lama lama dia nampak ikhlas kau, dia balas dengan baik. Daripada derita kepada bahagia.

Akhir sekali, akan ada satu perasaan yang wujud di mana kau sendiri tak faham. Perasaan kau pada dia berubah walaupun antara kau dengan dia macam tak ada apa yang berlaku. Setiap kata yang diberi, kau rasa sangsi. Setiap hari, kau terfikir sama ada dia memang untuk kau atau kau yang membuatkan dia untuk kau walhal dia milik orang lain.

Tapi, apa pula yang dia rasa? Adakah sama macam kau rasa? Perasaan tu datang kembali.

Mungkin perasaan kau masih sama. Cuma perasaan dia yang berubah buat kau rasa kau berubah. Mungkin, mungkin dia yang dah tak rasa macam dulu lagi pada kau.

Kau anggap itu cuma mainan perasaan kau. Kau cuba berfikiran positif. Dalam pada itu, kau mahu menguji dia seperti mana dia pernah menguji kau. 

Kau jauhkan diri. 
Kau buat tak kisah pada dia lagi. 
Kau letak ego atas tinggi.
Cuma untuk lihat perasaan dia ada atau tidak lagi.

Beberapa hari kau cuba, dia seolah takda apa apa yang terjadi. Kau cuba untuk terus menyendiri. Gagal. Kau tak boleh. Apa yang dia beri, kau mesti nak balas. Apa yang dia hantar, kau mesti rasa gementar. 

Kau mula rasa takut nak berlaku jujur pada dia atas apa yang kau sedang rasakan. Kau takut reaksi yang dia bagi. Kisah ke atau tak lagi. Kau ambil keputusan untuk anggap takda apa yang berlaku. Anggap perasaan itu tak wujud. Kau suram. Kau pendam dalam. Makin hari kau lupa apa itu rasanya bahagia. 

Salah kau juga. Walaupun tiada yang dengar, tiada yang kisah, luahkan je. Lagi teruk kalau kau pendam dan tiada siapa yang mendengar.

Semua yang kau ingat pasal dia, menyakitkan walhal dia je yang kau rasa boleh membahagiakan kau. 

Ingat. Itu rasa. Bukan nyata. 
Mungkin, dah tiba masanya kau pergi. 
Tinggalkan semua yang kau anggap membahagiakan padahal langsung tidak. 

Ini semua sebab kau sorang yang berusaha, pihak yang lagi satu? Buat tak peka. Yang kau boleh harapkan cuma, dia rasa apa yang kau rasa agar dia cari kau semula. 

Doa yang terbaik. Allah maha mendengar.

01 July 2013

Malam Dikejar Anjing

Assalamuaikum dan selamat sejahtera semua. Kisah kali ini berlaku pada malam sebelum kami pergi ke #Floria2013. Nak tahu kami selamat ataupun tidak daripada dikejar anjing, teruskan membaca.

Kami merujuk kepada aku, Anna Khayalan dan juga Megat AD.

Kami turun KL awal sehari semata mata nak pergi #Floria2013 tu je. Tapi disebabkan datang awal sehari. Kami bercadang nak overnight. Before tu aku dengan Megat daripada Melaka datang hari Sabtu. Malam tu baru ambil Anna dekat hostel dia. Nak tahu tak... Hostel Anna kan... Macam kan... Pernah tengok tempat pekerja Bangla tinggal dekat kawasan pembinaan? Hostel dia takda beza pun dengan tempat macam tu. Hahaha. Patutlah dia bising je. Masa nak ambil Anna tu, aku dengan Megat kena naik tingkat 13 sebab Anna takut nak naik lift sorang sorang. Hek eleh, hantu nampak dia pun hantu takut haha. Penakut betul lah! Teroaksa lah naik. Sampai je kat tingkat 13, tunggu dia keluar. Ada 3 orang perempuan naik juga. Sebelum diorang keluar daripada lift, diorang menjerit nampak aku dengan Megat hahahaha sebab dekat situ kawasan perempuan. Kitorang main naik je sebab guard kat bawah takda. Well, typical Malaysian guards. Ada takda sama je. Most lah. Not semua. Aku dengan Megat pun dah kaku tak tahu nak buat apa. Then perempuan tu tutup badan dia macam nak elak kitorang rogol -.-" Kau ingat aku apa?! Hahaha. Then diorang cepat cepat masuk lift balik tutup pintu. Then keluar balik buat muka pelik. Then kecoh satu floor tu cakap ada lelaki hahahahaha aku dengan Megat dah tak tahu nak buat apa selain menyorok! XD

Ni semua Anna punya pasal. Lepas tu semua keluar nak tengok. Anna pun keluar sekali. Bengong punya Anna. Memalukan!

Lepas tu kitorang pergi tengok bola. (Hanya aku, Anna, Megat je tahu dekat mana kitorang tengok bola JDT lawan Kelantan hahahaha) Lepas tu semua lapar pergi makan dekat PappaRich. Sebelum tu pergi ambil kawan k a w a n KAWAN K A W A N Megat okay kawan hahahaha. Lepas habis makan tu Megat belanja. Alhamdulillah. Semoga rambut dia cepat tumbuh. Lepas makan tu Megat pergi hantar kawa dia balik dulu. 5 minit katanya. Kau tahu jelah 5 minit Melayu macam mana kan. Aku dengan Anna menunggu sampai sejam sampai kedai tu dah tutup. Lepas tu aku dengan Anna lepak tepi kedai tu tunggu Megat. Call semua tak angkat. Sambil tu borak borak dengan Anna. Cerita macam macam :-p Sementara tunggu Megat, aku dengan Anna nampak banyak gila anjing tepi tepi tu. Anna dah takut. Hahaha! Aku pula pergi panggil anjing tu dengan cara nak panggil kucing. Wahahaha anjing tu pandang okay lepas tu dia jeling.

Lepas tu makin banyak pula anjung. Aku saja sakat Anna lagi. Panggil anjing tu.

"Woff woff, meow meow~" Semua anjing pandang. Anna dah takut hahahahahaha. Lepas tu rakam video. Anna suruh aku panggil anjing tu sebab Anna kata macam ni,

"Keba pergi sana Anna rakam. Lepas tu Megat sampai kita panggil anjing tu kita lari masuk dalam kereta Megat. Biar anjing tu kejar kereta kita." Hahahaha bongok Anna. Lepas tu kitorang pun buat lah video. Baru start nak panggil anjing tu, Megat sampai. Lepas tu Anna dah suka dah Megat sampai. Temgah syok dia leka buat video, aku panggil anjing tu "woff woff" kuat gila. Semua pandang hahaha. Anna dengan kaki pendek dia lari terkedek kedek masuk dalam kereta. Hahahaha sumpah huru hara gila masa tu. Aku ada video tu. Last sekali ni aku ada bagi link. Tengok okay! Hahaha.

Then Megat sampai kitorang pun masuk kereta dengan lelahnya. Mula mula nak marah Megat. Lepas tu tak jadi sebab....... rahsia kan kan kan Megat kan Anna hahaha.

Lepas tu pergi hantar Anna ke rumah Meen pula. Malam tu kalau nak tahu, Anna tersangat hyper. Banyak gelak. Tak pernah aku tengok dia macam tu. Mungkin rindu sangat kat kami haha. Keesokan harinya pergi #Floria2013 tu. Seriously cantik gila. Kitorang melawat semua tempat. Puas hati lah pergi. Walaupun sekejap. Malangnya Anna tak dapat bunga. Semua bunga dalam pasu. Takkan nak angkut pula hahaha. Lepas tu semua tanya "Mana Aizat?" "Aizat takda?" "Mana abang long korang?" Haha dia busy so tak dapat pergi. Dia dah pergi hari lain.

Jadi, weekend tu memang seronok gila spend time with 2 of #MB4! Bawah ni aku sediakan video keek kami yang hampir dikejar anjing tu hahaha. See ya in next entry! Bye! :D

#CLICKHEREFORVIDEO