Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

29 January 2014

Bukan Jawapan Sebenar

Selain daripada soalan "Kenapa kau kurus sangat?" yang aku benci, aku tak suka bila orang tanya secara randomnya kat aku soalan "Eh kau dengan dia okay tak? Korang still kawan lagi ke?" Bila aku dengan seseorang tu dah tak kawan, rapat dan langsung tak berhubung lagi dah. Selalunya, masalah aku dengan orang lain, masalah aku dengan diri aku sendiri, aku memang tak suka kongsi dengan orang. Biarlah aku simpan sorang sorang. Sama je bila aku kongsi dengan orang. Selesainya belum tentu. Entah entah makin teruk. Bukan tak pernah kena. Pernah.

Ada masa masa tu bila kau tengah borak borak dengan sesiapa pun, mesti akan ada yang tanya atau cakap pasal seseorang yang kau dah tak rapat. Mungkin mereka tanya sebab mereka tak tahu apa yang berlaku antara kau dengan "dia".

Contoh, kau baik dengan seseorang ni. Lepas tu korang berdua tak rapat dah sebab sesuatu. Sesuatu yang korang memang tak dapat cari jalan penyelesaiannya walaupun setiap masalah tu ada jalan penyelesaian yang lebih baik. Erti kata lain, menyerah.

"Weh kawan kau tu (kawan yang kau dah tak rapat) cantik kan. Suka aku tengok dia. Untunglah kau rapat dengan dia."

"Masa kau dengan Ali (bukan nama sebenar) (kawan yang kau dah tak rapat) pergi bercuti tu, korang pergi berapa hari? Seronok je aku tengok korang bercuti sama sama."

Kau yang dengar soalan macam tu dengan nama orang yang memang kau dah tak rapat tu membuatkan kau malas nak jawab. Disebabkan orang lain tak tahu masalah tu, kau terpaksa rahsiakannya dengan berpura pura jawab seakan akan korang masih rapat. Kau terpaksa simpan jawapan yang ringkas seperti "Aku mana rapat dengan dia dah." Sebab kau tahu akan ada soalan yang seterusnya yang boleh membuatkan kau sakit hati mahupun rindukan perkara dulu dulu. Jadi kau pun diam. Terpaksa dengar apa orang yang tak tahu apa apa tu cerita pasal orang yang kau dah tak rapat lagi.

Kadang kadang benda macam ni buat kau rindu perkara dulu lebih daripada kau rasa sakit hati. Secara tidak langsungnya orang buat kau menyesal dengan keputusan yang kau buat.

Sesuatu hubungan yang indah tu memang senang nak dibina bukan kerana ia tiada harga, tapi kerana kalian ada perasaan dan minat yang sama. Yang menyebabkan hubungan tu runtuh kerana kau tiada kata yang utuh. Kata kata yang boleh buat pihak lagi satu mengerti.

Apa yang aku nak kata kat sini ialah, aku memang tak suka bila orang TERtanya soalan yang melibatkan orang yang aku dah tak rapat. Sakit bila kau terpaksa beri jawapan yang macam kau dengan dia (orang yang kau tak rapat) masih rapat sedangkan yang tinggal hanya serpihan kata yang dah memang takda makna.

Sebelum ambil keputusan yang membuatkan kau ambil langkah terakhir dalam sesuatu permasalahan tu, fikir lah baik baik. Fikir dari mula terbinanya hubungan tu sampai saat ia mahu runtuh.

4 comments:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Abill Sharif said...

Salam keba. Sukaa sgt baca blog keba!

~spLenDIferOUs~ said...

Err..just giving out my opinion.
Adakalanya bila kita jadi tak rapat dgn kawan kita.it's actually a chance to make another close connection with someone else..
penting utk kite muhasabah balik kekurgn dn kesalahn kite.and once bile kite realize kite dah tak rapat,kite mesti ade effort utk kmbalikan relationship yg dah terbina tu.

NURAIN LIYANA:) said...

just remind me to "kawan" yang aku sendiri tak pasti if aku ni kawan dia atau tidak :') hm, i think issue kawan selalu jadi sangat sensitif kan?