Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

11 April 2014

Siapa Kawan Kau?

Sebelum apa apa, jawab dulu. Siapa kawan kau? Okay dah jawab kan? Teruskan membaca. Ada benda aku nak suruh kau buat.

Apa perasaan kau dan macam mana kau bertindak bila orang yang kau mengaku kawan, tak mengaku kau kawan dia? Orang tanya kau, "Siapa kawan baik kau?" Kau jawab "dia". Orang tanya "dia", "Siapa kawan baik kau?" tapi "dia" jawab orang lain. Okay sampai kat sini pun dah rasa sakit. Ada yang masih lagi boleh bersabar.

Mungkin ada sesetengah daripada kita pernah alami situasi yang macam ni. Lagi lagi bila kawan yang kita anggap kawan kita tu, berkawan dengan macam macam orang dan kau kenal dia pun daripada orang lain lepas tu jadi rapat.

Dalam kes ni, boleh lah dikira kau sebagai "syok sendiri" atau kalau nak tapis sikit bunyi kesian dia tu, jadi la "ss". Orang anggap kau kawan lepak gelak masa bosan je. Kau anggap dia kawan dunia akhirat sebab hanya boleh gelak sama sama sampai hentak meja, gelak sampai air liur tersembur. Dia balik terus tidur. Kau balik terus esoknya nak lepak lagi. Sedihnya. Haha.

Tu okay lagi. Kalau kau yang jenis berkawan dengan sikit orang bukan sebab kau sombong, cuma kau tak reti bergaul. Jadi, bila kau dah rasa selesa dengan seseorang tu, kau memang akan anggap dia kawan sebab tu jela kawan kau. Tak kisah lah siapa dia. Asalkan kau boleh kongsi semua benda sama sama. Bila dah kongsi semua benda, kau tak tahu yang dia pun kongsi semua benda dengan kawan kawan dia yang lain.

Kau akan rasa macam syok sendiri juga lah tapi kau nak buat apa? Halang dia berkawan dengan orang lain? Nak suruh dia berkawan dengan kau je? Silap. Memang kau kena tinggal lah macam tu.
Menjengkelkan juga lah "overly attached" friend ni.

Kalau kau pernah rasa macam tu, mungkin kau tak akan sampai tahap nak suruh dia jangan kawan orang lain tapi kawan dengan kau je, paling paling pun kau akan diam buat buat tak nampak je tak nak bagi hati sakit atau sedih.

Susahkan orang yang tak ramai kawan dan tak pandai bergaul ataupun yang mengaharapkan kawan orang untuk jadi kawan dia sendiri. Paling sakit bila kau ingat dia anggap kau satu satunya kawan rapat dia, tapi ada hari hari yang kau nampak dia tunjukkan kasih sayang dia pada kawan dia yang lain yang dia sendiri gelar kawan baik. Kau tidak.

Siapa je tak nak orang tanya seseorang yang dia anggap kawan baik dia, mengaku kau tu pun kawan baik dia juga. Dia punya rasa bahagia tu jangan cakap. Bagi aku, aku tak ramai kawan, tak pandai buat kawan, tak semua aku panggil kawan. Ada yang kawan biasa, ada yang aku anggap kawan baik yakni kawan rapat. Tapi aku tak suka tanya siapa kawan dia apa semua sebab aku sendiri tak yakin aku boleh terima atau tidak jawapan yang akan diberi. Aku cuma harap bila orang tanya soalan yang sama, jawapannya ada lah juga terselit nama aku. Nama paling akhir pun jadi la daripada tak sebut langsung.

Tapi ingat, tak semestinya orang selalu sebut nama kau kat luar, orang sebut juga dalam doa dia. Orang yang sebut nama kau dalam doa dia tu baru betul kawan baik.

Lepas ni tanya la kawan kawan kau, siapa kawan baik atau kawan rapat dia. Lepas tu dengar dia cerita pasal kawan dia tu. Kalau kau mengharapkan mereka sebut nama kau, tapi tak disebut, mesti dalam cerita yang indah tu kau rasa sakitnya umpama takda kawan. Haha.

Bagi aku senang je. Tak kisah siapa kawan kau, siapa kawan baik mahupun rapat kau, kau kena jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang kawan yang baik. Mereka yang kau anggap kawan tapi tak anggap kau kawan, biar je. Berkawan mana boleh paksa. Pastikan jatuh bangun mereka, kau ada. InsyaAllah, mula pada detik tu, mereka sedar, siapa kawan yang sebenar.

38 comments:

Sushi Malaya said...

Saya pun tak banyak kawan, tak reti buat kawan and actually ada best friends je. Takde 'kawan' sebab I'm not the type of person yang pandai keep in touch dengan org. Haaa I sound so boring dah kan? Perkara yang paling baik yang saya buat sampai mcm saya ada banyak kawan, saya kawan dengan kawan kepada best friends saya. So, ramai lah geng. So now dalam geng ada lah sampai berbelas belas org. Tp memang ah kita ni jadi tulang ikan, jadi sisa makanan. Org tak pedulikan sangat tapi takpe la. Ni semua cabaran Allah. Dulu memang ada ketika di mana saya akan menangis pada malam hari because I don't feel like I belong anywhere tapi lepas tu, ingat balik, kan Allah ada? Tak payah lah nak pilih kawan sangat. Kita berkawan dengan semua org yang nak berkawan dengan kita. Yang penting, don't think too much about it, Keba. Redha pada Allah je semua. Sesungguhnya semua yang ada di dunia semua nya palsu. Tapi pastikan kita berusaha nak rapatkan silaturahim antara sesama manusia. You just have to get out of your comfort zone. Open your heart & mind to all possibilities.

Sushi Malaya
http://www.sushimalaya.tumblr.com

Anonymous said...

I cried a lot because of my friends. Saya ada ramai kawan then saya takda wechat and wassep. Then bila jumpa kat sekolah, semua cerita 'sendiri' saya rasa terpinggir gila. sobs

SHINee Girl's said...

Kawan yg saya anggap sbg kawan buang saya semasa sakit . Tu lagi sakit kut

Haziqah Ismail said...

kawan memang ramai. tapi berapa lah sangat yang boleh ada setiap masa dengan kita. Aku takkisah dengan siapa dia nak kawan atau siapa yang dia nak declare as 'kawan baik' or other words BFF. Yang penting aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang 'kawan' walaupun dia anggap aku ni bak angin lalu.

Dia boleh pulaukan aku, tapi dengan harapan, belajarh macam mana nak menghargai yang berelar 'kawan'. Thanks for your sharing Keba :)

Anonymous said...

Memang kena dengan batang hidung sendiri. Dulu memang ramai kawan, masa tu rasa macam seronok sangat sebab terasa kawan-kawan yg ada dekat sekeliling tu sentiasa ada. Siap buat janji nak jadi bestfriend forever la. Tapi bila masing-masing dah besar, dah kenal dengan dunia luar kita akan tau sendiri siapa kawan kita. Kawan yang dah janji nak jd bff tu pun dah tak mengaku kita kawan sebab diorang jumpa kawan baru. Manusia ni datang dan pergi bro, jumpa orang baru dia blah macam tu jela, ada juga yang bila susah cari kita balik sakit hati juga dengan orang macam ni. Sampai sekarang susah nak percaya dengan "bestfriend forever" even ada kawan rapat pun tak berani nak mengaku diorang tu "kawan baik" sebab diorang akan lupakan kita juga satu hari nanti.

Anonymous said...

knape nan iman?

Nurul Syaidatul said...

I feel like this almost all the time . so yeah ~

Zur Ain MA said...

for this post , kena gila dgn diri saya :) hehe . mmg kwn byk tapi tak smua akan kekal . ada yg asyik cakap " moga kita kekal hgga ke jannah" but bila kwn jadi jahannam , dia ikut jahannam sekali , bukan ada hati na nasihat ke apa . then , about me , mmg jnis yg tak pndai brgaul , tak byk sgt kwn ... and di dkolah , kengkawan semua ada geng2 sndiri . choiii terpinggir jugalah , but the BEST thing is when some of them will come to me and tell their problems . yha , kat skolah mmg itulaaa tugas diri sya , cukup dgr cerita org , msalah org . and bila dy dah takda masalah , kita ni mcm ? INVISIBLE jak . kawan mmg byk bagi kita ketawa , nangis and kngn mmg sush nak lupa . but ingatlaa , kawan tuu mgkin tdak smuanya benar . manusia ini byk yg palsu. luar baik , dpn baik but belakang kta , allahua'lam . prcaya pd Yang Satu , pasti akan ada insan istimwa yg akn lebih mmhami kita . dan sebaik-baik kawan ialah Nabi Muhammad SAW :)

Keba , thank you for the sharing . i love it :D

Killer. said...

Keba, thanks for sharing this. Honestly, saya memang dalam situasi macam ni. Ingatkan saya sorang ja kawan baik dia. Setiap hari dia cerita masalah dia ke saya, melepak sama-sama, tapi saya silap. Dia ada RAMAI kawan baik rupanya. Kesiannya saya sebab 'ss'. Tapi betullah, kita takda hak nak halang orang berkawan kan? Heee :') Thankyouu anyway.

Ain Mira said...

For me, sy ade ramai kawan. Tapi yelah tak semua kawan boleh dianggap kawan baik. Sometimes ade jugak kawan yang nak tumpang senang je, ambik kesempatan je. Tapi, I'm glad that, sy tau sape kawan sy yang ade mase sy susah, mase sy senang.. Kawan yang sentiase ade tak kira lah situasi sy mcam mane.

Anna Mazlan said...

Nak cari kawan senang, tapi nak cari kawan yang betul-2 baik, yang betul-2 jujur dengan kita, memang susah. In 19 years, tak pernah lagi jumpa yang kawan memang ada time susah, time gembira. kadang-2 rasa macam just, diorg take me for granted. Somehow, this post making me cried. sobs T____T

Hxzwxnx said...

Anonymous, Hi. We are in the same situation srsly.

Hi keba, cerita tu. sama. sebiji. serupa. sakit, sakit gila. Haha.

AHMAD SYAZNI said...

Samalah dgn saya...mmg kita xda hak nak halang dia berkawan dgn org lain,tapi kalau Dh smpai depan kawan dia yg lain tu dia buat2 tak kenal dgn kita,hati sapa x sakit..sedih gak sebab before ni dialah antara kawan pertama yg rapat sepanjang belajar dlm universiti...skrg bila Dh ada geng baru,dia trus lupa kawan yg lama..sabar jelah

Anonymous said...

Know whatt.. 4 tahun rapat baru aku tahu dia tak anggap aku kawan pun.

aer man said...

Setuju.. Kalau hilang awek boleh lah sbb sakit nye macam biase je, tapi kalau hilang kawan baik yg dari kecik macam mane? Sakit nye memang lain macam. Hahaha

eyla momoy said...

nak mintak nama Facebook boleh ?

RR said...

paling sakit bila kita naik kapal sama sama. bila kapal tenggelam, dia lari naik boat sorang sorang tinggalkan kita kat dalam sedangkan dia tahu kita tgh tidur kat dalam tu. it's clearly on purpose. sakit dia xboleh nak cakap.

miss sherlock said...

Tak salah nk berkawan dgn sesiapa pun.. Cume bagi pendapt saye bile dh berkwn dgn org tu jgn terlebih layan, jgn terlebih sombong.. Ingatkn org yg rapat dgn kite is best friend forever la konon... Bile org tnye saye siapa bff saye, saye ckp saye x de bff.. Sbb saye tau org yg sye anggap bff tu la sbnrnye musuh kite.. Anyway, apapun terima kasih abg akbar sbb entry citerr ni.. Saye tk berani nk panggil 'KEBA' because I'm only 14... Terima kasih abg akbar!!!!!!!!!

Anonymous said...

Aku lagi la. Dari lepas spm sampai sekarang ,xda kawan langsung. .baru 2x ni dapat tahu wanita yang aku cintai. .da berumah tangga da. .da berbadan dua da. . .sakitnya ya Allah. .Allah je yg tahu. . sabar je la. . kalau xpndai bergaul memang susah hidup ni. .bala bala. .

Nursyamimi Nazlan said...

Totally agree . Banyak kali dah rasa . Lagi lagi sekarang ni saya dah makin senyap , malas nak bercakap . So , memang susah la nak bergaul . Bergaul pun bila orang yang tegur dulu . Kalau tak memang taklah . Layan pon sebab takut dia terasa . thanks bro . best entry ever 😂

Anonymous said...

saya x pernah ade kwn baik dan tak de yg nk kwn sy .teringin sekali gelak sama2 .tapi tak de.kan best ade kwn ambil berat pasal kita.

Anonymous said...

saya x pernah ade kwn baik dan tak de yg nk kwn sy .teringin sekali gelak sama2 .tapi tak de.kan best ade kwn ambil berat pasal kita.

Anonymous said...

apa yang saudara tulis memang betul2 mengena dengan saya..saya ada seorang kawan ni. saya anggap dia kawan rapat saya sebab dengan saya dia bergila-gila dan mcm2 lagi...saya selalu lepak di biliknya...saya igt dia pun anggap saya kwn rapatnya..rupanya tak...dia pernah beritahu sy ada satu sahaja kawan rapatnya...memang sedih masa tu dan dia tahu saya sedih tpi dia x peduli pun...kalau tgk dia dgn org lain,dia lain dgn baik..mmg cemburu la..tpi nak buat macam mana kan..

Anonymous said...

kena sangat selalu pi bilik dia lepak2 . Ingat dia la kawan yang baik sanggup tinggal kawan yang baik sebab dia , entah2 diri sendiri yang kena balik . Alih2 , dia tak anggap pon diri ni kawan baik dia , bila selalu lepak selalu ja sebut nama bestfrend dia tu nak bagi kta jeles kot . tak pa la diri ni dah mula pandai bawa diri . Buat xtau ja apa dia cakap kebalkan hati walaupun sebenaqnya jeles sekali . hmmm sedih bila jadi cam ni baru lha tahu pentingnya bergauldengan semua orang jangan terlalu ercaya kan seseorang

Anonymous said...

ICUT

sukri amin said...

aq just berkawan dgn pen dan sehelai kertas.hanya menulis kata2 indah .

Anonymous said...

Memang susah bab bergaul nie...terlalu banyak kenangan pahit bab berkawan sampaikan saya jadi orang yang pendiam dan selalu asingkan diri daripada orang lain..saya cukup tak suka orang selalu salahgunakan istilah bff...sedangkan kebanyakan orang selalukan gunakan istilah tue sebenarnya tidak anggap kita bff..cuma untuk waktu tertentu sahaja mengikut kesenangan diri sendiri..waktu susah nengakulah..bila dah takda problem batang hidung pun tak nampak..macam biskut chipsmore..kejap ada kejap tak ada.Bagi saya, berkawan tue cukupla biasa biasa sahaja..jalankan tanggungjawab sebagai kawan setakat mana yang mampu..tak perlu lebih lebih sampai merana diri sendiri sebabnya belum tentu kawan yang kita bantu tue akan bersama kita bila kita susah nanti..people come and go in our lives..that's all.

Anonymous said...

Salam. Aku jenis yg tak kekok dgn org. Dalam erti kata lain im good in making friends. Sort of.
And yea. Sometimes aku mcm x terhandle sbb ramai ajak lepak semua. Dah tu pokai pulak. Sob sob.
Paling perit bila semua nk whatsapp and chat at the same time. Hahah.
That was before.
Alhamdulillah as time passes by, they all can accept me as who i am.
I am that type yg tak kisah kita tak ckap 3 bulan tapi kalau one day tiba tiba kau nk ckp ngn aku, im on. Aku sggup dgar pengalaman kau jadi ahli pbb kekalkan ketenteraman masa 3 bulan kau blah tu. Hahahahah
But one thing lah. Being a friend ni kau kena flexible. Let people come and step into ur life. Depa nk blah ke apa lantak depa. At least we are there when they need us kan. :)
A friend in need is a friend indeed.
But sure to know one thing, hidup kena ada best friend. At least satu. Sbb pada best friendlah kau akan rasa theres someone i can always look out for when im doomed. Tapi pilihlah elok elok.
Alhamdulillah my best friend ada satu je. Quality over quantity bruhhh. :)

And alhamdulillah dia jenis yg tak kisah aku tak mention dia kat twitter. Kalau aku x add dia kat fb ke kalau aku x whatsapp dia ke tak call dia ke tak retweet dia ke. Dia tak pandang semua tu sbb everytime dia perlukan aku, i'll always have time utk dia. Be it masa senang or senang.
Doakan aku ngn dia berkekalan hingga ke jannah. Persahabatan kami maksud aku. Heheh
Assalamualaikum :)

Anonymous said...

Sedih gila weh.. aq pon x reti bergaul.. n pmpuan yg aq suka pon aq dh stop contact sbab x konfiden.. wlaupun aq tau yg dia pon suka aq gak based on member dia crita.. mm xbest nya jadi antisocial ni :'(

Anonymous said...

Salam..
Umur aq 18.. baru melanjutkan pelajaran dlm ipta..
Even dh umur 18, still kwan2 pon leh kira ja dngan jari.. kwan baik smua dh entah kemana dngan kwan2 baru dorg kt tmpat blajar masing2..
Ekceli masalah pemalu aq ni sejak kecil lg.. aq ni dh la dok flat which majoriti is cina n mamak.. n x ramai yg sebaya aq kt situ.. so aq membesar dlm persekitaran terkurung dlm rumah smpai lah akhirnya aq pon smbung study kt ipta ni.. of coz la dh 18 tahun hidup just dngan family n x bergaul n tiba2 trcampak plak kt ipta ni.. mmg x reti berkawan la.. lgpon masuk2 kebnyakan dorg ni dh ada member dr skolah mnengah.. tu yg susah aq nk bergaul dngan dorg.. n satu lg factor is perbezaan loghat n sebagainya.. bayangkan dh brapa lama aq kt sini n aq xdak member lansung.. jauh plak dari family.. rasa terlampau sunyi.. kadang2 duk sorg2 rasa mcm nk mnangis.. n aq rasa bodoh bila pikir balik yg aq penah suka kt 2 org pmpuan.. dngan llaki pon xleh handle inikan plk dngan pmpuan.. ntah2 pmpuan tu klau tau aq cmni, mmg kena hina la.. dngn pmpuan 1st mmg x penah bcakap lansung sbab malu.. akhirnya lost contact cmtu ja n skarang dpat tau dia dh berpunya.. 2nd girl aq berjaya contact dngan dia.. malangnya secara alam maya.. aq ni klau dkat alam maya mmg power gila la.. cm skarang ni la.. tulih mcm2.. time f2f aq dngan batu pon dh xleh nk beza.. senyap kaku.. aq ni bila berhadapan dngan org rmai mmg xboleh.. habis berderau darah.. panas ja muka.. berpeluh2 satu badan.. bkan dngan org rmai ja.. even dok dlm group 3-4 org pon cmtu.. hmm disebabkan keadaan aq ni aq rasa sngat3 berputus asa dlm hidup.. cmna la masa depan aq eh.. xdak kwan.. xdak sapa kisah psal diri kau.. apa jadi pon xdak sapa kisah.. even kwan aq yg pendiam pon time birthday berbelas2 org wish birthday.. aq ni sorg pon xdak.. time birthday aq pon sunyi ja fb tu.. tapi tu aq x kisah sngat pon.. lani satu2nya pmpuan yg aq suka dia n dia suka aq pon dh lost contact.. sbab aq malu dngan dia.. takut dia tau keadaan aq ni.. haihh.. skarang ni aq rasa putus asa sngat2.. nk blajar pon dh xdak mood.. aq rasa smpai ke mati pon hidup aq just cmni ja.. x reti bersosial.. x reti berkawan.. xdak kwan rapat.. mmm.. hnya kepada Allah aq berharap n aq berserah :'( harap sapa2 boleh tlg aq.. mntak tlg sngat3 :'(

Anonymous said...

Sabar2... istighfar byk2... n jgn lupa selawat.... bulan puasa ni doa byk2.... insha Allah pasti ada jln keluarnya..... x ramai kawan xpe.... anggap je semua muslim saudara kita.... selalu buat baik n tlg org walau x kenal pon or mungkin tu la kali pertama or terakhir kita tlg seseorang tu..... buat baik n kwn kelas, lecturer.... rajin2 tegur staff.... org x layan xpe tegur je dgn ikhlas.... buat sesuatu bukan nak dptkan balsan makhluk tapi balasan Allah.... jgn berputus asa mencari kawan.... selalu muhasabah diri.... perbaiki kelemahan diri dan cuba lagi.... kalau gagal jugak teruskan lagi.... insha tuhan syg org yg x berputus asa dgn rahmatnya..... doa doa doa....

Cinta Allah said...

X yah la demand sgt nk ade bff..buat sakit hati je..bnde nasib2 org..anggap je sesape yg suke buat kebaikan tu bff kite. Contohye..ustaz2 ke..cik abag polis ke..mak ayah kite..mereka2 ini sering memikirkan yg terbaik utk kite...keselamtan kite..n mase dpn kite...luaskanla definasi bff tu...klu fikir bff tu mesti dok bwh ketiak kite..mesti mgaku kite bff die..mesti kwn dgn kite sorg je..kite sbnrnye seorg yg sngt selfish. Contohnye..klu die tu seorang yg loving..bijak..caring sume tu ..korg kene tahu..loving , bijak n caring tu kene dikongsi2...klu hang nk konker sorng x acila..lain la klu die tu bini hang ka..suami hang ka..mmg la..jagn..haip..hehehe

Anonymous said...

Salam. Sebut pasal kawan ni, sebenarnya kawan2 kita sekarang ni hanya la kawan huhahuha gitu. Mean kawan masa senang je. Bila kita susah sorang pon takkan anggap kita ni sebangai kawan mereka. Bukti ? Benda ni pernah jadi kat aku. Pada 10/11/14 aku accident. Masa aku kat hospital ada la kawan2 yang datang lawat. Kira ok la tu ada yang ingat. Yang masalahnya kawan baik aku yg konon nya kawan susah senang sampai mati. Tak pernah pun datang melawat. Now almost 10month aku masih terlantar sakit. Aku try contact mereka ni dari group. Tapi tak ada response. Kalau kawan kau yang lain dlm group tu mesej, punya la laju dorang balas. See. Nampak kat situ. Aku try private message tp dia buat2 tak kenal. Kadang2 ada kawan ni macam tak ada apa2 yang boleh bantu kita. Rasa menyesal pon ada. Tp tak apa, orang kata hidup ini ibarat roda. Cuma doa yang terbaik ja utk kwn2 dari jauh, walaupun mereka buat macam ni kat aku.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. aku baca entri pasal bff, sahabat, kawan baik.. mesti aku sentap, tacing, sedih dan mcm nak nangis..sbb aku ada sorng yg aku anggap bff.. dia byk bekorban utk aku.. dia tak kisah pun berbelanja utk aku, waktu aku sakit balik kg, n di tahan dalam wad.. dia sanggup dtg melawat walaupun dia tempuh 8-10 jam perjalanan.. bila aku plan holiday dgn dia, mesti dia 'on'.. walaupun di kerja jauh dia sanggup dtg.. time aku last sem kt kl.. aku plan nak jenjalan dgn dia kt kl,dia sanggup beli tiket kk-kl semata2 nk holiday bsama.. mcm2 lagi la.. dlm masa yg sama, aku pun sentiasa berusaha utk membalas jasa baiknya.. tp dia selalu ckp, aku tak pernah berhutang budi dgn dia, dia kata dia halalkan segalanya.. family aku sgt knl dgn family dia, bgtu juga sebaliknya.. aku boleh mengaku yg dia sahabat dunia dan akhirat aku, dan dia pun selalu ckp mcm tu juga.. tp yg aku benci dgn diri aku ni, aku selalu jeles laaaa bila dia hang out dgn kwnya yg lain.. walaupun dia xpernah update pic dia hang out dgn kwnnya.. tp aku selalu tgok kwn dia selalu update pic di fb..jeles juga la.. tp aku takda hak pun.. itu hak dia nak berkawan dgn siapa dia suka.. aku tk jeles dia hang out dgn kwn lelaki, tp aku jeles bila dia hang out dgn kwn girl.. haha.. truk la aku ni.. bila aku jeles, mula la aku mencari kata2 positif tuk kurangkan perasaan jeles tu..kihkihkih tp, aku mmg syg dia mcm keluarga sendiri... semoga dia pun mcm tu juga..

Nur Fara Adila said...

Ala sedihnyaaa😢😢

Anonymous said...

Saya pun selalu menangis di sebabkan bff saya ��������

Nurul Nazuha Abdul Malik said...

Saya sedih sangat. Why should this happen ya Allah.. adakah ini ujian atau balasan

Nurul Nazuha Abdul Malik said...

Saya sedih sangat. Why should this happen ya Allah.. adakah ini ujian atau balasan