Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

14 February 2011

Kita Sayang Dia, Dia Sayang Kita Ke?

Hello manusia sekalian alam :) Actually post nie bukan lah sambungan post yang nie --> Bila Hati Dah Sayang seperti mana yang aku cakap dulu. Muahaha. Sorry for the wrong info. Appologise is accepted :P Kali nie aku nak cerita pasal diri kita yang tak dihargai pulak. Dulu kita yang tak hargai orang, sekarang... Deal!

Korang ada minat dekat someone tak? Ada tak? Ada? Huh? Ada? Eleh tak nak ngaku pulak. Aku ada. Haks tui. Alah kalau aku dulu ada lah, sekarang mana ada. Hehehe. Okay, korang mesti ada kan? Pergh kalau dah minat dekat someone kepala hotak asyik nak fikir dia jeh kan. Asyik ingat dia. Sikit-sikit dia, banyak-banyak dia. Dia dia dia dia.

Kalau orang yang korang minat tu budak sekolah korang sendiri, whoa semangat bangun pagi nak jumpa dia kannn. Macam mana pulak kalau orang yang korang suka tu kawan korang sendiri! Of course lah kita takut nak bagi tahu dia yang kita suka dia. Gila? Dah lama kawan tiba-tiba beralih arah, dah jatuh hati? Dan dah tentu jugak korang takut nak luah kan perasaan tu dekat si dia. Mana tahu takut-takut si dia tak suka kita, terus dia tak nak kawan kita lagi :(

Aku ada 1 kes dekat sekolah. Baru tahun lepas, dah baik, tiba-tiba yang si bunga pergi luahkan perasaan dia yang sebenar kepada si kumbang. LOL kan dah bergaduh. Rupa-rupanya si kumbang lebih suka berkawan daripada bercinta. Bengong, see? Elok-elok baik, kamceng gila babeng, now langsong dah tak bertegur. Tapi macam mana pulak dengan cakap orang, "belum cuba, belum tahu, dah cuba baru tahu" Please, itu bukan senang, bukan hal main-main. Pepatah tu bukan untuk cinta monyet. Benda tu adalah untuk orang yang betul-betul ada perasaan sayang, yang mungkin dah saling kenal hati budi masing-masing.

Dalam satu situasi, korang dah bengang sangat dengan pujaan hati korang nie. Kita tunjuk, bagi hint kat dia yang kita suka dia, tak jugak dia faham. Buat bodoh jugak. Buat macam takde apa-apa yang berlaku. Padahal? Kita dah macam-macam buat untuk cari attention dia. Okay aku dah fedup. HAHA contoh, tu contoh lah. Korang mula lah tak nak layan dia macam mana korang selalu layan dia dekat sekolah/kelas or tandas(LOL). Kononnya korang harap dia akan tanya, "Eh kau/awak kenapa? Tak nak kawan dengan aku/saya lagi ke? Saya minta maaf ye kalau saya lukakan hati awak" HAHAHAHA lawak! Konon je kita harap macam tu. Realiti? Ampeh! Kita pon dia langsong tak pandang! Langsung dia tak perasan yang kita "merajuk" dengan dia. HAHA kesian korang, terbiar XD

Last-last, nak tak nak, tak kan kita nak dia cakap ayat macam tu, jangan mimpi lah kan. Kita jugak yang terpaksa buat-buat baik dengan dia baik. Kita pulak yang buat konon-kononnya takde apa-apa yang berlaku. Pergh berasap kot kalau dah jatuh hati dengan orang mcm nie. Tapi takpe, lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki. Haks tui. Lepas nie kalau dia cakap, kita pulak takyah layan. *Tunggu dia cakap dengan kita* 10 tahun kemudian lah jawabnya.

*Tukar mood serious. Jangan gelak. Mood jiwang on. Cet aku kata jangan gelak XD

Okay fine kalau dia tak pernah hargai apa yang kita buat untuk dia. Kita layan dia punya baik, jaga hati dan perasaan dia. Kalau boleh apa dia suka kita buat. Tapi langsung dia tak hargai kita. Hargai apa yang kita dah buat! Manusia jenis apa? Fikir dah bagus sangat? Rasa macam orang bodoh pulak terhegih-hegih dekat orang yang tak akan mungkin suka kita lebih dari kawan. Takpe, ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Mungkin Allah tak bukak lagi hati dia untuk kita. Ada jodoh tak kan kemana.

Kalau kita terpaksa berpisah dengan dia. Tentu kita sedih. Dia? Tak payah cakap lah. Tau pon tak yang kita nak pegi jauh dari dia. Takpe. Ada rezeki boleh jumpa lagi. So bye pujaan hati aku. Selamat tinggal. Mungkin suatu hari nanti kau akan perasan aku yang aku takde dekat sisi kau lagi. Dan masa tu baru kau tercari-cari kemana perginya aku yang dulu selalu ada untuk kau. Itu lah yang dia salu buat dekat kita. Tinggalkan kita bila masa kita perlukan dia :') Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali pada kau, dan kita akan menjadi manusia yang boleh hargai sesama kita.

Ceeeewaaaahhhh XD Sekian. Kemerepekkan aku tamat.
Akbar Azman c(:

19 comments:

Sofya said...

Merepek ker? betul la tu..
Kes macam nii banyak...
Dari situ la timbul istilah SA = secret admire n SS = syok sendiri..

Akbar Azman said...

HAHAHAAHA boleh eh? Terima Kasih akak baca adik punya entry for yhe 2nd time

Alya Suraya Rohijas said...

suka post ni. memang bile bace part haks tui tu , feeling terikot ikot lah. HAHA

Afiqah Sanusi said...

maaaaak, akbar jatuh cinte haha :D

Akbar Azman said...

inikah dinamakan jatuh cinta? haks tui xD

:: s c h a | VAMP :: said...

aww~ haha . siriyess . takod nak luah kan . ==" lama dah kawan tetiba dah TERsuka dia . tataw nak buat mcm mana . mungkin lps spm i'll tell him :| what do you think ?

Husnaaa said...

Of course ade org yg kite minat. Pergi sekolah bersemangat nak jumpe die, setiap hari follow die. Sampai die suspek-.-

Akbar Azman said...

@scha : Lepas SPM, chill lambat lagi tu okay :)

:: s c h a | VAMP :: said...

@akbar , well , i love him since form 2 =="

Akbar Azman said...

@scha ; Awwww, u should tell him :P

fatihahnur ♥ said...

Hee sukelah post ni <3 and yg terdahulu jugaa. You really did a great post

ayyu zainol said...

haha , mcm terasa laa pulak dah . aku rasa lebih baik si dia tak tahu drpd dia tahu perasaan sebenar kita . buad tebal muka je if kasik tahu .

faRaHOolicS!! said...

haha.. this case mmg pernah jd kt i but mse kt kolej lah.. kt skola xprnah plak happen.. :D

aten said...

so sad , hate blew mcm tuh . huhu

izzah said...

suka entry ni..
terbaik..
menghadapi masalah yang sama macam entry ni

queen of love said...

cool ! :) make it simple . first klau na buad dye tertarik .. if dye kwn kite tnye la dye senyap2 "suke hadiah apew ? or permpuan ske ape .. msti dye akn ckp macam sya/aku . blaa~ .. (bende yg dye suke) second .. klau dye blom ade bf.. bukak la cite .. u like future wife mcm mne.then tnye dye pulak,klau da tau..buad la mcm yg dye ckp jgn asyik buad apew yg dye buad . cozzz .. akan membuat dye rimass :) . nyway .. soooo swwweeeeettttt.

Syira Bieber ♥ said...

HAHAH entry yang menarikk x) Tapi memang betul pon ape yang akbar cakap :)

nana_rozali said...

huh!bnd2 y ko post at entry ko byk y pnah aq almi
y nie aq pnah gx..last2 aq x taan thap gban c0z mlu thap cpnzi,,s0 aq gi brambus dri sk0ol ur
aq dh x snggop nk igt pristwe2 ur

Nuryuyu Musa said...

LIKE THIS POST :) muehehehe.