Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

28 July 2013

Dulu Tak Pun

Dalam dunia ni, hari hari kau akan jumpa orang baru, hari hari kau akan jumpa orang yang sama. Bergantung ke mana kau pergi dan apa keputusan yang kau buat setiap hari.

Kalau jumpa orang yang sama hari hari, bosan. Kalau jumpa orang baru hari hari, segan. Kita selalu tumpukan pada orang baru dalam hidup kita. Konon nak mulakan semuanya baru. Hidup baru, perangai baru, kebahagiaan bersama orang baru.

Kita tak sedar, orang yang sama kita jumpa hari hari tu pun kita mampu mulakan sesuatu yang baru dengan dia. Daripada sahabat kepada lebih daripada tu. Ya, itu biasa berlaku dan jika berlakunya benda tu, selalunya tak menjadi. Kawan tak lagi jadi kawan. Sorang simpan perasaan hanya sebagai kawan dan lagi sorang mahukan lebih daripada itu. Apa nak buat, kita rancang, Allah tentukan.

Masalahnya,
Pernah kau macam jumpa orang baru hari ni, lepas tu kau macam tak heran dan tak endah pun dengan dia. Bila tibanya esok hari, kau jumpa dia sekali lagi. Perasaan masih sama. Takda apa apa. Kau tengok dia, dia tengok kau. Dah. Tu je. Kau tak terfikir langsung nak jadi kawan dia. Dia pun rasa macam apa kau rasa. 

Tapi,
Tak mustahil. Mana tahu, tiba tiba satu hari kau macam mula bercakap dengan dia, mula tanya soalan wajib bila baru nak kenal.

"Nama kau siapa?"
"Umur berapa?"
"Tinggal kat mana?"
Dan seterusnya. 

Akan tetapi,
Perasaannya masih sama. Tiada apa apa. Sekadar borak buang masa. Hari hari benda yang sama kau buat dengan dia. Bercakap. Kenal antara satu sama lain. Sampai masa, kau mula rasa selesa, kau rasa dia perlukan apa yang kau perlukan. Kau rasa dia faham apa yang kau rasakan. Sikit sikit ia mula. Kau mula nak jadi lebih rapat dengan dia. Kau nampak dia juga sama. Seakan akan perasaan kau dengan dia bertegur sapa.

Dulu tak pun.
Sekarang baru rasa. Hari ni baru kau sedar. Kau sendiri tak boleh agak benda macam ni akan berlaku. Orang yang langsung kau tak heran dulu dulu, sekarang sebagai teman.

Tibalah masanya. Kau dah sepenuhnya rasa kau perlukan dia. Tapi sejak kau mula tunjuk semua, dia seakan akan berubah. Tidak, dia tak berubah. Cuma kehendak kau dulu dan sekarang pada dia yang berubah. Dia biasa. Layan kau macam dulu dulu. Tiada siapa salah.

Bila kau mula sedar apa yang kau nak mulakan tu tak menjadi, baik kau hindari semua yang kau rasa. Balik kepada kau yang dulu. Perasaan di mana kau anggap dia biasa biasa je. 

Tapi, payah. Makin dilupakan, makin kuat diingatan. Warna, bau, apa yang kalian berdua katakan, sering menghantui ingatan. 

Kuat. Kau perlu kuat untuk lawan. Daripada kau sakit nanti. Baik kau berhenti. Anggap kau leka dengan mudah untuk berasa sayang pada seseorang. Mungkin dia seorang yang penyayang, sebab tu kau rasa disayangi dan kau mahu menyayangi. Tapi dia, penyayang pada semua orang. Layanan dia semua sama.

Sedarlah. Lebih baik kau anggap apa yang kau rasa tu mainan perasaan. Anggaplah dia kawan. Anggaplah dia masa mula mula korang kenal. Itu lebih baik daripada syok sendiri.

Sakit sikit. Tapi tak lama. Sekejap je, sebab, perasaan berubah. Bukan sekali, tapi banyak kali.

8 comments:

its_diba said...

its the same case that happen to me before.. lagi sedih aku malam ni :'(

Anonymous said...

Tapi semua tu dah terlambat :'(

Anonymous said...

just like me :/

Anonymous said...

I through this now it hurts a lot :'(

Nadia Nasir said...

Same goes to me.

Anonymous said...

Tapi jika diri kita yang menyakiti bukan kah itu kekhilafan diri

Anonymous said...

may u meet the right person
the person who will company u
along yr life
nice and deep
keep it up bro
:)

Anonymous said...

happened to me