Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

10 July 2013

Tak Mengapa

Kalis luka pedih di hati. Kais bahagia jauh tersisih. Berseorangan aku sedih, berteman aku ketawa gigih. 

Perasaan cuma, segenap ia muncul tiba, ranap hancur perasaan tiba tiba. Kau mungkin tak tahu kenapa. Aku yang rasanya, aku yang mengalirkan air mata. 

Senyum aku, gembira kau jangka. Senyum aku, pedih kau tak sangka. Siapa "kita"? Dua jasad yang tegak berdiri atas kata kata yang kita berdua cipta atau, maksud yang kau benar ada ceritanya? 

Takpa.

Jika perlu ku ini hanya sementara, duka itu aku tepis sahaja. Kau pergi nanti jangan tanpa berita. Aku di sini mungkin masih mahu tahu apa dan kenapa. Semoga bahagia. Ucapan aku ku hala, hala ke jalan kau yang kau pilih, mungkin tak lama.

4 comments:

Amni said...

Haha keba. Puitisnya! Ada bakat:)

Anonymous said...

senyumlah. senyumlah. kerana ada sahaja yang gembira kalau kau bahagia. memerhati dari sudut sana. :)

Unknown said...

dex, request buat novel bole ? i think adex ada bakat, :) nice entry . gud luck

Anonymous said...

Idea itu ada,
Daya yang entah ke mana.
Pemalas betul saya hahaha.