Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

24 August 2011

Penuh Kebencian

Assalamualaikum semua. Sorry sebab lama tak update blog. I'm not as busy as a student who will sit for SPM examinations. Poor me. I'm lazy and useless shit.

Macam biasa, aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi aku kena mula. Kalau tak, macam mana aku nak luahkan apa yang aku rasa? Ni blog, blog aku! Tempat luahan aku... kau takde hak nak berkata apa-apa kalau aku update macam-macam dekat sini. Kau takde hak. Aku sakit. Sakit hati. Hati yang sakit lebih menyakitkan berbanding luka secara fizikal. Kau tak tahu apa-apa... sebab kau tak rasa macam mana aku rasakan sekarang. Pernah rasa kehilangan seseorang yang kau sayang sangat? Pernah rasa macam mana bila takde orang ambil peduli pasal kau? Pernah rasa macam mana apabila dibenci oleh semua orang? Pernah rasa macam mana kau tak disayang? dan... pernah kau rasa yang diri kau ni tak penting bagi semua orang...?


Kita tak sedar yang diri kita ni, cara hidup kita ni berbeza dengan orang lain. Bukan semua orang suka dengan kita, suka dengan apa yang kita buat. Dan dengan sebab itu jugalah mereka, masing-masing ada alasan yang tersendiri kenapa mereka berbuat demikian. Benci mugkin? Jeles barangkali? Atau... mereka tak tahu apa yang mereka cuba lakukan. Mereka hanya mahukan apa? Yes, mereka hanya mahukan keseronokan. Tapi kenapa perlu dibencinya kita ni? Besar sangat ke mereka ni? Kalau besar mana pun dia, kau jangan lupa, Allah Maha Besar.

Kadang-kadang kita happy dan kadang-kadang kita sedih. Itu biasa, lumrah hidup seorang manusia. Tipulah kalau kau tak pernah sedih, tipulah kalau kau happy sepanjang masa. Gembira-gembira juga, pernah ke terfikir perasaan orang terhadap kita? Kita tak tahu apa-apa. Kita tak boleh baca hati dan perasaan orang. Kita tak tahu orang yang baik dengan kita tu sebenarnya tak suka kita, dah tak mustahil orang yang benci kita tu orang yang terlalu menyayangi kita. Subhanallah. Jiwa dan perasaan tak boleh dikotak-katikkan. Kita manusia. Ada hati dan perasaan.

Ada suatu masa nanti, masa yang kita rasa semua orang senang dengan kehadiran kita, suka dengan telatah kita. Tapi tak, kita salah, aku salah. Kenapa aku begitu bodoh kerana mudah untuk mempercayai orang yang tak sepatutnya aku percaya? Aku ingatkan semua orang sukakan aku sebab serasa aku, aku takde buat masalah dengan orang. So kenapa aku mesti fikir yang ada orang benci aku. Dan dengan itu, tekaan aku memang salah. Hinanya aku. Aku tak sedar, lain orang, lain cara dan lain orang mempunyai lain hati dah perasaan. Walau kita buat baik macam mana sekali pun, kalau orang dah tak suka tu, tak suka juga. Mungkin dia tak suka sebab kita ni bukan orang yang dia suka. Erti kata lain, cemburu? Aku tak tau. Aku kan hina. Time tu, bila seorang berani menyuarakan kebencian dia terhadap kita, seorang demi seorang akan berbuat demikian. Kenapa yang lain turut serta kalau sebelum ni tidak berkata apa-apa? Kenapa?!! Takut? Dengar ni, "takut kerana salah, berani kerana benar" Kalau kau benar benci aku dengan sebab yang kukuh, kau perlu menayatakannya. Kalau tidak, kau akan takut untuk menyatakan. See?

Mungkin, yang lain-lain tu cuma jeles dengan kita, jeles dengan apa yang kita ada. So, mereka lebih mendiamkan perasaan benci tu dalam diri. Membenci kerana cemburu memang tak patut dan sebab itu mereka tak berani menyuarakan. Bak kata aku tadi, bila seorang mula, yang lain akan memberanikan diri untuk menyatakan kebencian mereka terhadap kita. Kerana mereka tahu yang mereka tidak berseorangan! Masa tu, orang yang pernah baik dengan kita, yang pernah bercakap dengan kita, bergurau dan sebagainya, dengan tiba-tiba menyatakan hasrat bencinya. Dulu kata kita baik, kelakar, sporting and blablabla, tapi sekarang, mengutuk kita. Kata kita berlagak, kata kita ni "bajet", kata kita ni keji, kata kita hina, kata kita bodoh, kata kita macam-macam yang buruk-buruk. Tak ke benda tu semua berbau "cemburu"? Kalau tak, mereka boleh juga dianggap "hipokrit" sebab berpura-pura baik dengan kita. dan paling menyedihkan, mereka kata "Kau fikir semua suka kau ke? Kau fikir aku suka kau? Jangan nak perasan. Semua orang benci kau." Dan masa tu, perasaan kita hancur, hati rasa pedih, dan kita mula menitiskan air mata kelemahan. Kita rasa lemah dengan semua kata-kata tu. Kita mula rasa diri kita hina pada mata semua orang. Itu bermaksud mereka berjaya membuat kita jatuh. Dan kita decided untuk pergi dan menangis seorang diri.

Allah Maha Besar, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dan pada masa itu juga, ada seorang hamba Allah yang tetap akan menyokong kita dari segi apa pun. Walaupun seorang yang nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang membenci kita, it is truly amazing how that person can cheer us up. Dia menenangkan kita, beri kata-kata semangat. Sedikit sebanyak pun, itu cukup untuk buat hati kita tenang sekejap.

Sedihkan bila orang yang kita sayang, yang pernah buat kita bahagia, yang pernah rapat dengan kita tiba-tiba pergi macam tu je. Pergi dengan mereka-mereka yang tak suka kita. Itu sangat sakit. Sakitnya tak terkata. Hanya Allah je yang tahu... Bukan senang nak hilangkan perasaan sayang pada seseorang yang tak layak dibenci walaupun mereka membenci kita. Enough said. Manusia tetap manusia. Yang pergi tetap pergi. Dan ada yang akan tetap bersama kita. Wallahualam.

16 comments:

Anonymous said...

i feel u..i have been thru all this situations..be strong, notin could let you down unless u let them do that to u..journey is too far and life is too wonderful...

Akbar Azman said...

@csuciani: Thank you. It really hurts and thanks for understand me :")

dayanadarmawi said...

same situation :')
chill ukeyh ^^

lyn said...

no tears dont call it life..^_^

Perkara yang paling ditakuti

Anonymous said...

Hi akbar, be strong kay. Smua manusia ada prasaan hasad dengki. Tak perlu risau, rmai lagi org yg sygkn you. Kwn, family dll. Pedulikn mreka, mmg laa skit hti, pth hti sdih kcewa tpi klau biarkn lma2 diaorg pnat laa tuh. Dugaan hidup kay. Be tough!

Qausar Bakri said...

Be strong Keba. I feel you. Life isn't always beautiful but it's a beautiful ride.
Just remember what goes around comes around . Berdoa and talk to Him okay? Allah Maha Mendengar doa orang yang teraniaya. Cheer up Keba ! I know you're strong :)

INTAN AZNIDA said...
This comment has been removed by the author.
IntanAzrina :) said...

Akbar, truth be told, i baru je lalui semua ni (': Jujur i cakap, perit rasanya bila orang yg kita sayang and kita hormati buat kita macam nie. sedangkan i tak pernah sekali pun memburukkan dorang, tak pernah sekali pun kutuk or judge dorang. Lagi memuji adala. Bila org dah benci kita, apa kita buat semuanya akan jadi masalah untuk dia. I puji, dorang kata i perli. I buat baik, dorang kata i bajet. Betul you ckp, bukan semua orang boleh terima cara kita. Apa yg kita boleh buat, percaya pada diri you. Jangan sesekali rasa terlalu rendah diri. Believe in yourself my dear. I know, kita sendiri pun tak tahu tentang diri kita. Apa salah silap kita. Tapi ingat, we're not God to judge anyone even ourselves. And we dont have the right to give punishments even towards ourlselves. Sorry panjang lebar i cakap ni, i cuma taknak Akbar yg i kenal hilang. I miss the old of you. Funny, ceria, and strong. Dont care about what people said but take semua kutukan dorang tu sebagai nasihat. Maybe cara dorang tu yg salah. Last words from me, please dont despair. If you got something to share, you know how to find me right?

I miss you, Bulan (':
Assalamualaikum.

*oh btw yg td tersilap comment, haha. terpakai blog kakak :D

Akbar Azman said...

@Kid: Thanks for that. Yeah, I have my bff at school. I know they loves me :")

Akbar Azman said...

@Qausar: Thanks. I'm always praying to Allah when I have a lot of problems.

Akbar Azman said...

@Intan: Its ok. Lagi panjang lagi I suka. Thanks. You know me right. Kita bersabar jelah. Nothing in this world will last forever. Thank you so much :D

adeyla said...

chill..manusia kan?hidup ibarat roda..kejap kat atas n lama kat bawah..hoho.. ;D btw,ni salah satu cara Tuhan nak ingatkan kau utk sentiasa berpijak di bumi yg nyata..jgn terus dibuai dgn kata2 manusia yg sbnarnye 'parasite'..amek kesempatan atas kelebihan diri kau mybee..last but not least,semua org akan merasai membenci dan dibenci either oleh org lain or diri sendiri..fewwhhh..panjang nyee ak menceceh..kbai ;)

IntanAzrina :) said...

Of course i know you (': Almost well, heee. Be strong okay, Bulan? Hehe

Annrosli said...

hey kebaa :(
be patient. one day they will know,siapa yg baik dngn diorang :)
ramai lagi nak kawan dngn kebaa. Ramai sngt!! :D
so,jgn sedih kay? ;)

Soleha Anhar said...

Man , SAME SITUATION. YA ALLAH, I know how you feel right now. It's hurter than they ever know. Atleast , we have a friend who still can make us laugh. People nowadays is hard to believe to. Stay strong boy. There's a lot more people who love you. :'>

AJ said...

Benda ni ada juga berlaku dekat diri kita baru-2 nih, bulan puasa hari tu. Tersentap gila bila dia dah berani pijak kepala kita :{ BESTIE pulaa. Sama gilaa semua apa yg you post here Keba. Just be strong Keba :') Kita sama ^^