Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

30 August 2013

Merdekakan Akalmu

Merdekakan Akalmu;

Jatuh berdiri kau di situ,
Berpegang kepada semangat yang satu,

Jatuh berdiri kau di situ,
Ingin menuju destinasi kalbu.

Jatuh berdiri kau di situ,
Bukan seorang diri tapi dibantu.

Jatuh berdiri kau di situ,
Menanam semangat cinta tanah airku.

Merdekakan akalmu,
Bangkitkan semangat dahulu,
Seperti sejarah tercacat dalam buku.

Merdekakan akalmu,
Menyusun ilmu,
Memperoleh kemajuan dunia baru.

Merdekakan akalmu,
Agar terus kau menyeru--
Ini tanah airku,
Apa pun yang berlaku,
Mereka dan aku,
Bersatu,
Mengekalkan kemerdekaan negara tanah tumpahnya darahku.

29 August 2013

Aku Selalu Pesan

Aku selalu pesan,
Sakit ke, bahagia ke,
Kongsi.
Jangan simpan sendiri.
Nanti makan hati.

Bila tiba masa aku pula,
Susah aku nak kongsi,
Lagi lagi masa hati hampir mati.
Aku rasa,
Aku tiada siapa lagi.
Walau ada yang sayang aku pun,
Semua jauh dari sisi.

Kalau dekat seinchi,
Dah lama aku peluk.
Agar tenang rasa hati,
Walau di dalam bagai dicucuk semak berduri.

Kenapa semua ni boleh jadi?

Sebab kau tak kisah pasal hati sendiri.
Kau tanggung walau kau tak mampu berdikari.
Kau nak yang lain kongsi,
Sebab kau kisah hati mereka,
Lebih lagi.

27 August 2013

Aku Tak Boleh

Kalau aku rindu sesuatu,
Atau,
Seseorang semestinya,
Ego yang tinggi,
Hati keras gila nak mati pun,
Tewas.

Rindu,
Tak jual ubat dekat farmasi tu.
Rindu,
Makin kau diam,
Menghakis ia hati dulu.
Lama lama,
Sakit kau rasa.
Kau diam,
Rindu menendang jiwa.
Hati tak rasa apa,
Makan pun tak selera.
Tak tipu.

Pernah tak,
Kau pakai baju tu,
Sebab rindu je.

Pernah tak,
Kau dengar lagu tu,
Sebab kau rindu dia yang dulu.

Pernah tak,
Kau terasa nak makan sesuatu,
Sebab itu kegemarannya yang dia pernah bagitahu.

Pernah tak,
Kau diam termangu,
Rasa macam dungu,
Tak tahu apa apa,
Tak tahu mahu dibilang apa.
Kata disekat dik rindu yang tak terubat.

Kalau rindu bisa buat kau jatuh sakit,
Bangkitlah menyuarakan rindu yang tersepit.
Sikit sikit,
Hati bisa terlepas dari tersepit sakit.

Kau,
Aku,
Ada cara sendiri.
Luah atau pendam rindu,
Tak semua tahu.

Meski rindu tak berbau,
Rasalah dengan janji yang kau katakan dulu.
Susah aku,
Senang aku,
Kau tetap akan bersama setiap waktu.

21 August 2013

Rugi Ke?

Rugi ke?

Apa yang ruginya?

Rugi ke kau buat baik dengan semua orang?
Ini tak, semua benda adanya tak kena di mata kau. Orang buat baik, kau buruk sangka. Apatah lagi orang buat silap, cepat je kau nak tangkap. Kau tu? Sempurna sangat dah? Baiki diri sendiri.

Rugi ke kau lepaskan semua benda yang kau nak bagitahu daripada kau simpan dan tunjuk ego kau setinggi awan di langit?
Memang puas hati. Kejap je lah tapi. Berhari hari. Tak tahan sampai mati pun. Daripada terlambat, dia dah pergi baru kau berlari menyampaikan rasa hati. Sangat rugi.

Lagi,
Rugi kalau kau menolong dan mengharapkan balas budi. Tidak dapat apa yang kau mahukan, kau ungkit semua. Apa yang orang rasa? Macam macam. Seingat dia kau ikhlas, tapi lain pula yang dibalas. Sekali tu jelah orang minta tolong. Lepas ni, tiada lagi. Orang benci lagi ada.

Ada benda yang kita nak buat tapi kita tak nak sebab sakit hati. Jangan, buat lah. Tak rugi pun. Jangan sebab sakit hati, kita tak berbudi, kita hanya menyakiti. Sampai bila dendam mahu singgah di hati sedangkan niat ikhlas sudah lama mati.

Jika ikhlas kau beri,
Balasan semua di akhirat nanti.
Itu Allah janji.
Mesti.

03 August 2013

3 dalam 1

3 dalam 1 apa yang aku cuba maksudkan? Teruskan membaca. 

Macam ni sebenarnya, aku nak cerita pasal hari Khamis hari tu. Lupa pula nak update blog pasal tu. Padahal dah niat dalam hati nak update. Okay, mari kita mulakan.

Khamis, 1 Ogos 2013.
Aku, Aizat dan Megat berbuka sama untuk kali terakhirnya dalam bulan Ramadan untuk tahun ni sebelum masing masing cuti raya. Macam biasa, Anna takda. Dia berbuka dengan orang lain je. Kan.

Sebenarnya, rancangan kami lain tapi, Megat yang tukar semuanya. Penakut sangat nak tengok The Conjuring tu. Last last semua shopping je. Ganap duit.

Sebelum Aizat sampai, aku dengan Megat dah shopping sikit sementara tunggu dia sampai. Lepas Aizat sampai, kami terus berbuka di Seoul Garden. Main masak masak. Bergelak ketawa. Lepas makan je terus sambung shopping lagi. 

Di sini, bermula lah kisah 3 dalam 1 nya. Hahahaha. Kau tahu kan fitting room besar mana je? Kitorang nak beli ada satu baju ni, design sama cuma warna berbeza. Dalam kedai tu fitting room dia ada 3 je. 2 ada orang, satu kosong. Semua tak sabar nak cuba. 

Jadinya, Megat dapat masuk dulu. Aku tanpa fikir panjang, aku terus masuk juga sekali dengan Megat. Tiba tiba Aizat tolak pintu nak masuk sekali. Dah lah kedai tu ramai gila orang. Penuh. Tengah cuba baju masing masing, keluarlah kata kata yang membawa 1000 makna. Aku mula dulu. 

Aku: Eee Megat. Hitamnya kau punya! Aizat! Besarnya kau punya!

Lepas tu tiga tiga gelak dalam fitting room tu. Kepala otak kami tiga orang ni masing masing dah tercemar. Kau faham faham jelah hahahaha. Dah lah fitting room tu kecil. Dah puas hati semua, masa nak keluar tu, Megat dan Aizat. 

"Weh Keba kau punya sempit. Asal ketat?!"

HAHAHAHAHAHAHAHAHA masa ni aku cannot go dah duduk dalam tu lama lama. Kalau nak tahu, baju Megat warna hitam. Aku punya warna kelabu dan Aizat punya warna merah, cuma Aizat je size M. Aku dengan Megat size S. Sebab tu Megat "punya hitam". Aizat punya "besar". Dan aku yang "ketat dan sempit" ni sebab badan aku dengan Aizat sama. Tapi aku pakai S. Megat memang dah tentu badan kecil pakai S. Hahahaha. Jahanam kalau aku tak terangkan nanti.

Lepas tu, sekali bertiga keluar dari fitting room tu. Kau bayangkan dengan ramai orang dalam kedai tu. Keluar je gelak gelak. Aip aip abang kaunter tu jangan fikir lain. Hahaha. 

Dah selesai bayar semua. Kitorang terus balik. Sabar jap. Cerita belum habis. Aizat dah balik dulu naik kereta sorang. Si Megat naik aku sebab dia parking tempat lain. Masa dah sampai tempat dia parking tu, ramai gila orang beratur nak bayar tiket parking. Panjang gila beratur. Sebab mesin lain rosak. Aku pun padan kan muka Megat. Sampai je tepi jalan nak turunkan dia, dia celaka cepat cepat turun dari kereta lepas tu lari tanpa ambil barang dia. Hahahahaha sumpah tak terlintas lansung dalam kepala otak aku dia nak dajal aku. Kenalah aku tunggu sampai dia habis bayar. Takkan aku nak campak je barang dia tepi jalan tu. Eyyy nasib baik kawan tau. 

Ha, macam tu lah ceritanya. Entah bila agaknya kami nak berempat balik menjadi complete #MB4. Hope raya nanti dapat lah raya sama sama! :D

01 August 2013

Izinkan Kanda, Dinda.

Dinda,
Izinkan aku melelapkan mata,
Hanya untuk sementara.
Tak relaku lihat kau berduka sendiri setiap masa,
Manakan bisa aku pergi selamanya.
Aku masih belum bersedia.

Dinda,
Pergi ku seketika,
Untuk mencari mimpi kita.
Harapan jadi halal berdua,
Bahagia bisa kita kongsi bersama,
Hingga ke syurga.

Dinda,
Memiliki keluarga bahagia,
Keluarga Sakinah namanya,
Bukankah itu lebih mulia?
Bukankah itu cita cita kita?
Daripada bercinta menyelam ayat ayat dusta remaja.

Dinda,
Selamat malam.
Bawa keluar duka terpendam.
Jangan biar ia jadi hitam.
Kelak hidupmu kelam suram,
Dipenuhi dendam.

Salam,
Kanda bucuk masham.

**
Kanda: Aku tiada apa apa. Aku cuma ada tulang saja.
Dinda: Takpa, biarkan aku jadi isimu. Memenuhi setiap ruang kosong dalam hidupmu.

Kwaja Dinda bersweet perli habis.