Pabila hati mula bicara, jari jemari mula meraba keyboard komputer riba.

24 August 2014

Dalam Banyak Banyak Kawan

Pernah terfikir tak, dalam banyak banyak kawan yang kau ada, dari sebelum sekolah rendah sampai la sekarang mahupun masa dah kerja nanti, kawan mana yang paling lama kekal dengan kau?



1) Kawan sekolah rendah. Masuk sekolah menengah pun ada yang terus tak berhubung dah. Mula daripada situ pun masing masing dah bawa haluan masing masing. Ada la segelintir yang kau masih berkawan atas sebab sama sekolah, rumah dekat atau kawan rapat yang kau kena tahu apa perkembangan dia, tapi berapa lama mereka boleh kekal dengan kau? Aku- tiada. 



2) Kawan sekolah menengah, alhamdulillah, ada yang sampai sekarang walaupun masing masing dah sambung belajar jauh jauh. Walaupun dah tak rapat macam dulu asalkan masih berhubung kadang kadang tu okay la. Bayangkan, yang rapat pun dah rasa tak rapat lagi; mana kawan kawan kau masa sekolah menengah yang biasa biasa tu? Bagus la kalau dah berpisah pun kau dengan mereka masih macam dulu. Bangga. 



3) Bila dah sambung belajar, dapat kawan baru, ramai- tapi percaya la. Lama lama tinggal sikit tak macam semester 1. Akan ada kumpulan kecil yang masih sama sama sampai la mereka habis belajar. Akan ada beberapa orang yang bila dah jumpa seseorang, masa yang mereka luangkan lebih kepada seseorang yang dia baru jumpa tu. Tak tipu- kau akan sekali rasa berseorangan. Pernah juga aku terfikir, kawan kawan yang sekarang ni, kalau masing masing dah habis belajar, entah ingat lagi ke tak. Entah berhubung lagi ke tak. 



4) Kawan "cyber". Bergantung pada korang la. Sekarang, yang mana kawan kau letak paling atas sekali? Kawan tu la yang kau rasa akan kekal. Kalau kawan U, tak kisah dah habis belajar ke, korang mesti akan nak jumpa kat luar. Sama juga dengan kawan masa sekolah menengah/rendah- kau dah sambung belajar pun- kalau kau letak mereka paling atas, insyaAllah, persahabatan kalian tak akan terputus. Kena fikir juga, bukan kita je yang akan jumpa lebih ramai kawan, mereka juga ada. Tak guna juga kalau kau letak mereka paling atas, mereka letak kau kat tempat yang tak sama. 



5) Bagi aku, mana mana kawan boleh kekal- asalkan mereka anggap kau kawan mereka. Lama lama nanti bila kau sendiri dah jumpa teman hidup, baru kau rasa kenapa dulu orang lebihkan seseorang tu lebih daripada kawan dia, iaitu kau. 



Aku pernah cuba cari kawan yang mana akan kekal dan aku juga pernah terfikir yang aku dah jumpa apa yang aku cari- tapi dalam persahabatan tiada yang tak mustahil. Teruskan mencari, sebab kawan yang baik, yang bukan sahaja rapat- memang susah nak cari. Jadi kawan yang baik, guna cara itu untuk dapatkan yang baik juga. Ingat, jangan baru kenal- kau anggap dia kawan dunia akhirat sebab kat dunia ni belum tentu dia pimpin kau ke akhirat.

18 comments:

am shah said...

lol keba. ngape post letely ni tacing sgt ngan kawan ni ? gaduh ke haihh ? haha. btw, yup, totally agreed. biasa lah, nothong contant in this life bruh :)
kirim salam ieka, haha :)

fieqakmal said...

Yeah u're totally right. Kadang2 kita rasa dialah kawan dunia akhirat tapi bila fikir2 semula hemmm tang mana dia bawa kita ke akhirat. Kalau ade tu alhamdulillah. Tapi manusia boleh berubah. Nice entry :')

amalina mazlan said...

I saw you on instagram! Ade blog rupanya. My advice, jd kan diri sendiri sbgai kawan baik sbb if kita carik 'kawan' yg boleh stay dgn kita, kita akan merana. Trust me ! I've tried. Btw, hii sy amalina mazlan :)

aina khalid said...

Good post...

Siti Sarah Sophia said...

Masa saya ada problem dengan kawan, abang pun post pasal kawan. Haha, kebetulan pula. Dan semua post abang pasal kawan memang best sangat! (bersesuaianlah dengan saya. Haha)

Jutawan Tuisyen said...

Pilih kawan yang sesuai dan sahabat yang baik-baik...:-)

noshafauzi said...

sedih . Dah laa kawan-kawan aku tengah bergadoh . bunuh laa aku , malas dah aku nak tengok muka mereka

noshafauzi said...

sedih . Dah laa kawan-kawan aku tengah bergadoh . bunuh laa aku , malas dah aku nak tengok muka mereka

Nadia V Zulkifli said...

Thanks Keba for build up my spirit again to continue my part-time job as blogger. I've left this blogging things since I break up with my ex a year ago. I delete my old blog and live in regret. But, after read your blog from the first entry(zaman rempit gila musnah bahasa hahahaha) it's really give me strength. Thanks again.

Nursyamimi Nazlan said...

Best 😁😁

Syahirah Ali said...

Mohon repost dalam blog sy :) Tq. http://syahirahali45.blogspot.com/

dafa yaya said...

sekarang ni kawan mcam duit syiling lah depan lain belakang lain .. mcm mne lah nak cari yg kawan 2 btul x kan khianati persahabatan ?

NURAIN LIYANA:) said...

lol. baru tahu keba ada blog jugak :3 tapi kenapa lama tak update ni ? hehe.

padieka raccolta said...
This comment has been removed by a blog administrator.
qaim abd rahman said...

Haluuu

qaim abd rahman said...

Haluuu

hilal husna said...

agreed

hilal husna said...

agreed